BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Friday, July 31, 2009

RAWATAN KUDIS DENGAN ULAT “LARVA”

Pengenalan:

Luka atau kudis sememangnya biasa berlaku diakibatkan oleh perkara berikut:

1-Luka kemalangan.
2-Luka Kencing Manis “Diabetic Ulcer”
3-Luka akibat berbaring lama “Bed Sores”
4-Jangkitan Kuman.
5-Bisul.
6-Luka akibat aliran darah tersumbat “Venous Ulcer”
7-Luka lepas pembedahan.

Luka yang lambat/tidak sembuh biasanya akan diselaputi sel-sel mati “Slough” dan memerlukan pembersihan setiap hari.Ini bertujuan untuk membuang sel mati bagi memberi peluang kepada sel baru untuk tumbuh,seterusnya menutup luka.


Contoh luka Yang Tidak Sembuh


Larva semasa Rawatan

Menjelang 1990,penggunaan antibiotic yang meluas telah menyebabkan berlakunya masalah “kebal” pada sesetengah kuman/bacteria ,mere digelar “Superbugs”.

Penggunaan MDT oleh Doktor /pengamal perubatan berkembang selepas itu dan mereka mula menyedari betapa berkesannya MDT dalam merawat/membersih luka dan melawan bacteria “Superbugs” ini.

Di Malaysia ,penggunaan Larva lalat dalam rawatan luka telah dipelopori oleh IMR.Kini ianya sedang berkembang dan dijangka akan digunakan secara meluas di masa depan.

OBJEKTIF RAWATAN TERAPI MDT.

1-Membersihkan luka dan mengelakkan kekerapan rawatan .

Rawatan terapi MDT telah terbukti amat berkesan membersihkan luka bermasalah dalam hanya 24 jam.Biasanya luka yang kotor perlu dicuci setiap hari atau selang 2 hari dan ini biasanya boleh memakan masa berbulan bulan atau tahun untuk sembuh.

2-Menggelakkan risiko pembedahan.

MDT menawarkan rawatan pilihan untuk membersihkan luka tanpa perlu pembedahan dengan bius penuh atau separuh.Rawatan MDT juga adalah tidak menyakitkan dan amat menyenangkan tanpa perlu memikirkan kesan ubat bius selepas pembedahan.

3-Mengelakkan risiko kehilangan anggota yang cedera.

MDT mempercepatkan penyembuhan dan membunuh kuman pada luka,ini amat penting terutamanya kepada pesakit Kencing Manis yang berisiko kehilangan anggota yang cedera.

4-Menggantikan keperluan pakar untuk mencuci luka.

Seekor Larva adalah diibaratkan seperti seorang pakar bedah ,adalah mustahil untuk 300 orang pakar bedah untuk melakukan kerja mencuci luka dalam tempoh 24 jam tetapi 300 ekor Larva terbukti boleh melakukannya hanya dalam tempoh 24 jam.

5-Mengurangkan kos rawatan.

Rawatan menbersihkan luka teruk di hospital swasta boleh mencecah RM4000 jika dilakukan dengan bius penuh,rawatan terapi MDT hanya melibatkan kos antara RM 300 hingga RM 500 bergantung kepada luas luka terlibat.

BAGAIMANA MDT BERTINDAK

Ulat Larva seperti juga mamalia mencernakan makanannya dengan merembeskan enzim penghadaman yang bertindak mencairkan makanan untuk dihisap mereka,enzim pencernaan Larva ini secara semulajadinya hanya mencairkan tisu-tisu dan sel-sel mati sahaja tanpa merosakkan sel hidup.Ini secara langsung membersihkan sel/tisu-tisu mati yang terdapat pada luka.
Larva Dalam Rawatan

Bakteria pada luka akan dimakan dan dicernakan dalam usus larva ,sementara itu enzim pencernaan Larva juga boleh membunuh bacteria.

TEMPOH RAWATAN MDT

Larva biasanya akan diletakkan pada luka dan boleh dibiarkan untuk tempoh 72 jam,walaubagaimanapun tempoh efektif Larva biasanya hanya 48 jam.Selepas itu ianya akan dibuang dan digantikan dengan yang baru jika perlu.

Kebanyakan luka hanya memerlukan hanya sekali rawatan MDT untuk memastikan ianya bersih tetapi sesetengah luka teruk mungkin memerlukan 3 kali atau lebih MDT.

BAGAIMANA KITA MENGETAHUI BAHAWA MDT TELAH BERKESAN

Tujuan utama penggunaan MDT adalah untuk membuang sel/tisu mati yang biasanya berwarna hitam atau kekuningan diikuti dengan bau yang hanyir.Jumlah tisu/sel mati biasanya mula berkurangan dalam tempuh 2 hari penggunaan MDT,walau bagaimanapun bau hanyir mungkin akan bertambah pada mulanya dan berkurangan hari berikutnya.


Luka Yang Telah Dirawat


Larva yang pada mulanya bersaiz hanya beberapa millimeter panjang akan mula membesar kepada saiz maksimum 1cm dalam tempoh 2 hari rawatan yang dijalankan.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN MDT

Tiada kesan sampingan direkodkan hingga ke hari ini.Biasanya pesakit hanya merasakan seperti ada benda merasap-rasap semasa tempoh rawatan.


JENIS JENIS LALAT YANG BOLEH DIGUNAKAN


1-Green Bottle Fly-Lucilia seritica.


2-Lalat tempatan-Lucilia cuprina.


LANGKAH BERJAGA-JAGA SEMASA RAWATAN MDT

1-Larva hendaklah dipastikan mempunyai lembapan sesuai untuk mengelakkan kekeringan dan mati.

2-Larva memerlukan Oksigen untuk bernafas,kekurangan O2 akan berlaku sekiranya luka berendam air atau balutan luka adalah terlalu ketat.

3-Larva akan mati jika ditekan,jadi pesakit dilarang memberikan tekanan berlebihan pada luka.Jika luka pada tapak kaki maka pesakit dilarang memijak dengan kaki yang luka dalam tempoh rawatan.

TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat

Untuk Keterangan Lanjut:
http://www.sterilarvae.com/