BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Thursday, October 29, 2009

TERAPI BEKAM LINTAH


Klinik Damai Putra kini maju setapak lagi dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.InsyaAllah kalau tiada masalah,saya akan memulakan Terapi Bekam Lintah di klinik Damai Putra.


Masyarakat kini dihidangkan dengan bermacam-macam kaedah rawatan untuk merawat penyakit yang bermacam-macam.Ada yang moden dan ada yang alternatif,ada yang berkesan dan ada yang hanya indah khabar dari rupa.


Dari pandangan saya ,masyarakat kini lebih berkecenderungan untuk memilih rawatan alternatif walaupun secara teorinya kadang-kadang penyakit yang dihidapi tidak akan terkawal/sembuh dengan rawatan tersebut.
Saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rawatan Terapi Bekam Lintah di Klinik Damai Putra atas beberapa factor:
1-Kos rawatan yang agak murah

2-Amat berkesan untuk penyakit tertentu.

3-Tidak memerlukan peralatan/mesin yang mahal.

4-Senang dilakukan.


Pengenalan:

Penggunaan Lintah dalam perubatan sebenarnya sudah bermula pada 1500bc lagi,dahulunya ia dilakukan oleh pengamal perubatan alternative seperti Ayurveda.Lintah yang digunakan ialah lintah khas iaitu Lintah Perubatan “Hirudo Medicinalis”yang dipelihara dan dijaga khas untuk tujuan perubatan.Rahsia perawatan Lintah sebenarnya terkandung di dalam air liur lintah yang mengandungi bermacam-macam bahan kimia yang baik untuk perubatan.


Penyakit-penyakit yang biasa dirawat:

Melalui pembacaan ,saya dapati Lintah digunakan secara meluas untuk penyakit berikut:

1-Muka-Sinus,Jerawat,Sakit kepala,Migrain.

2-Kawasan Telinga-Telinga bernanah,telinga berdesing,sakit telinga .

3-Kawasan Mata-rabun,sakit mata,Glaucoma,mata terkenyit-kenyit.

4-Leher-Darah Tinggi,Stroke.

5-Belakang-Kencing manis,sakit belakang,sakit otot.

6-Tulang belakang-sakit belakang kronik,slip disc.

7-Lutut/sendi-Gout,sakit sendi,arthritis.

8-Kulit-penyakit kulit,lebam-lebam,kayap.

9-Dada-Sakit Jantung,Asthma.

10-Perut-Gastrik,Batu Hempedu,Senggugut,penyakit berkaitan alat kelamin.

11-Kaki/Tangan-kejang otot,lenguh-lenguh,kebas-kebas,Penyumbatan salur darah,luka tak sembuh dll.

12-Lebam atau darah beku bawah kulit.

13-Salur darah tersumbat-Varicose Vein .

14-Luka lepas pembedahan jika darah bertakung.

15-Mati pucuk atau lemah syahwat.

Prosedur Rawatan:
Pesakit terlebih dahulu akan berjumpa doctor bertanggungjawab untuk pemeriksaan am,pengambilan sejarah penyakit dan pemeriksaan untuk menentukan penyakit dan kawasan untuk melekatkan lintah.
Pesakit akan berbaring atau hanya duduk dikerusi ,kawasan yang telah dikenal pasti akan dibersihkan dengan air suam untuk menghilangkan kotoran,pewangi,kosmetik dan sebagainya.
Lintah akan dilekatkan pada kawasan yang dikenal pasti ,setelah lintah mula menghisap darah ia akan dibiarkan melakukan kerjanya.Lintah akan tanggal sendiri bila sudah kenyang,biasanya ianya memakan masa antara 30min hingga 2 jam.
Luka gigitan akan dibersihkan dari darah tetapi kadangkala luka akan terus mengeluarkan darah hingga 12 jam.

Biasanya 3-5 ekor lintah akan digunakan untuk satu-satu penyakit,ada juga yang terpaksa menggunakan hingga 12 ekor lintah,ini bergantung kepada jenis penyakit.


Kos Rawatan:
Secara umum kos rawatan ialah RM 38 untuk satu penyakit ,setiap tambahan lintah akan dicaj RM10/seekor.Caj ini tidak termasuk caj ubat sapuan atau pil antibiotic jika perlu.Biasanya secara kasar untuk sekalai rawatan kos yang dikenakan antara RM38 hingga RM 200.


Kekerapan Rawatan:

Bergantung kepada jenis penyakit,biasanya antara 1 kali rawatan /minggu atau lebih kerap jika perlu.Semakin serius sesuatu penyakit maka lebih kerap rawatan diberikan.Namun ianya juga bergantung kepada keadaan fizikal pesakit ,keadaan pesakit yang pucat dan tekanan darah yang rendah tidak mengizinkan pesakit untuk mendapatkan rawatan.


Golongan yang tidak sesuai untuk rawatan:

1-Terlalu tua atau kanak-kanak bawah 5 tahun.

2-Mempunyai tekanan darah rendah atau pucat.

3-Terlalu kurus.

4-Perempuan mengandung.

5-Alahan kepada gigitan lintah atau alahan kulit yang teruk.

6-Pesakit yang mengambil ubat pencair darah spt Warfarin atau Heparin.

7-Pesakit Leukaemia,Thalasemia dan sepertinya.


Kesan Samping Rawatan Lintah:

1-Pendarahan hingga 12 jam.

2-Sedikit gatal pada luka,pesakit dilarang menggaru.Ubat sapuan akan diberi jika perlu.

3-Parut gigitan-biasanya akan kemerahan,sedikit bengkak dan hilang sepenuhnya dalam 2 minggu .

4-Jangkitan setempat atau sistemik-ubatan antibiotic akan diberikan untuk golongan berisiko tinggi.


SILA HUBUNGI 03-61842884 ,KLINIK DAMAI PUTRA JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TEMUJANJI RAWATAN.

No comments: