BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Saturday, May 31, 2008

Bulu Roma berlebihan seakan "bermisai"

Soalan:
Saya seorang wanita ada masalah dengan bulu roma yang tumbuh lebat di bahagian atas bibir. Ia kelihatan seperti misai.macam mana nak hilangkannya?

Jawapan:
Secara semulajadi,sememangnya semua wanita mempunyai bulu roma di bahagian atas bibir tetapi biasanya ia tidak lebat,halus dan pendek sahaja.Bulu roma akan lebih ketara jika mereka berkulit putih/cerah.

Bulu roma yang lebat,kasar dan agak panjang menyerupai misai lelaki biasanya menunjukkan masalah ketidakstabilan hormon,iaitu wanita itu mempunyai paras hormon seks lelaki yang lebih dari hormon seks wanita.

Keadaan ini biasanya ada kaitan dengan berat badan berlebihan,haid yang tidak teratur ,tumbuhnya jerawat,kulit lebih kasar dan berminyak dan biasanya sukar mendapat anak jika telah berkahwin.

Apa yang cik/puan perlu lakukan ialah :
1-Melakukan pemeriksaan Ultrasound dan pemeriksaan darah untuk melihat paras hormon berkaitan.Seeloknya berjumpalah dengan pakar sakit puan.
2-Jika perlu ,bulu roma yang mencacatkan hendaklah dicabut,elakkan dari mencukur kerana ia boleh meransangkan pertumbuhan bulu yang lebih lebat.Jika anda berkemampuan bolehlah melakukannya dengan rawatan laser yang agak mahal tetapi berkesan.
3-Mengurangkan berat badan ke berat yang ideal.
4-Mengamalkan pengambilan supplemen Evening Primrose oil(EPO) 500mg atau 1000mg setiap hari,Manjakani atau seumpamanya yang boleh menaikkan paras hormon seks wanita.
5-Jika perlu,doctor akan memberikan rawatan hormon Oestrogen.

Rawatan yang betul biasanya mengambil masa antara 3-6 bulan untuk menampakkan hasil/perubahan yang ketara.Oleh itu anda hendaklah banyak-banyak bersabar.

TQ.
Dr.Mazlan Mat.

No comments: