Soalan:
Bagaimana untuk saya pulihkan kemaluan saya kerana bahagian bibir luar kemaluan saya hitam dan pangkal paha saya juga hitam malah bawah punggung saya juga.
Jawapan:
Kehitaman atau pigmentasi sememangnya biasa berlaku dibahagian kemaluan,celah pangkal paha atau bahagian bahagian lain yang tersepit/terlindung.Ada pigmentasi yan g terjadi secara semulajadi dan ada juga yang berlaku akibat keradangan dari jangkitan kuman atau kulat.
Pigmentasi majoritinya adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati dan penebalan lapisan kulit yang berlaku akibat keradangan kronik,radang biasanya ditandai dengan kulit kemerahan,kegatalan dan terasa pedih akibat luka garuan.
Secara jujur kehitaman/pigmentasi yang berlaku sememangnya boleh dihilangkan secara perlahan-lahan tetapi memakan masa yang panjang,mungkin 3-6 bulan untuk melihat perubahan ketara.
Suka diingatkat bahawa kawasan kemaluan dan pangkal paha adalah kawasan yang berkulit lembut,sensitif dan mudah luka.Oleh itu penggunaan bahan-bahan pemutih yang mengandungi agen pemutih atau agen pengelupasan dari bahan kimia seperti Hydroquinone,asid dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.
Saya mencadangkan agar saudari/puan cuba menggunakan bahan bervitamin seperti yang mengandungi Vitamin A,C dan E yang sememangnya berkesan sebagai agen anti-oksida,bertindak sebagai agen pemutih semulajadi dan juga agen pengelupasan secara perlahan-lahan.
Vitamin-vitamin ini biasanya bertindak secara menggalakkan pertumbuhan dan penggantian kulit baru dan secara tidak langsung memutihkan kehitaman/pigmentasi .
Antara ubatan/krim yang boleh digunakan ialah:
1)Krim Vitamin ACE (Jenama YSP),sapu rata hingga meresap 2 atau 3 kali sehari,hendaklah dilakukan secara berterusan.
2)Vitamin E oil-minyak vitamin E juga digunakan secara menyapu hingga meresap pada bahagian terlibat 2 -3 kali sehari.
3)Pil Vitamin C 1000mg setiap hari dan Pil Vit E 400mg setiap hari.
Selain itu, gunalah juga produk –produk lain jika mahu,yang penting ianya berkesan dan selamat seperti basuhan pati sireh dan sebagainya.Menyental secar lembut juga digalakkan untuk membuang sel-sel mati.
Apapun yang digunakan hendaklah selamat,jika sekiranya berlaku kesan kegatalan yang lebih setelah pengunaan apa-apa produk,hendaklah berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat pakar.
TQ.
Wednesday, May 7, 2008
Pigmentasi /kesan kehitaman
Labels:
Tanya Doktor Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment