BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Tuesday, April 29, 2008

Luka bersalin,kesakitan Faraj/kurang nafsu seks.

Soalan:
Luka bersalin 8 tahun yg lalu tidak becantum.Saya selalu sakit di faraj,nafsu seks tiada.Bagaimana kah rawatan nya?

Jawapan:
Terima kasih atas pertanyaan puan ini.Saya menjangkakan bahawa luka semasa bersalin itu telah 100% sembuh kerana ianya sudah terlalu lama tetapi mungkin jahitannya telah terbuka semasa dalam proses penyembuhan dulu,menyebabkan luka itu kelihatan seolah olah tidak bercantum,ini akan menyebabkan bukaan faraj kelihatan luas dan mengelebeh.

Namun luka faraj yang tidak bercantum begini sebenarnya boleh dirawat jika puan benar-benar mahu tetapi ianya perlulah dilakukan secara pembedahan kecil,boleh dilakukan oleh doktor terlatih atau pun pakar sakit puan.Ianya adalah selamat dan tidak merbahaya.

Prosedur ini biasanya melibatkan suntikan bius setempat di tempat luka lama,sedikit luka semula akan dibuat kembali sebelum ianya akan dijahit semula,setelah sembuh luka baru ini akan bercantum semula seperti mana keadaan faraj puan yang asal.

Prosedur ini sebenarnya banyak dilakukan sekarang oleh wanita-wanita yang merasakan bahawa faraj mereka telah longgar setelah melahirkan anak,apabila sembuh rongga faraj mereka akan kembali ketat ke bentuk yang asal.

Namun bagi saya sebagai seorang doktor,saya merasakan bahawa masalah puan yang berikutnya adalah tidak ada kaitan langsung dengan luka bersalin yang tidak bercantum itu.

Kesakitan di faraj(biasanya semasa hubungan seks) dan kurangnya nafsu seks adalah 2 perkara yang saling berkaitan.Ianya biasanya disebabkan oleh beberapa perkara:

1-Trauma/Psikologi-mungkin puan mengalami kekeringan semasa seks yang disebabkan oleh perasaan takut kalau-kalau luka yang tidak bercantum itu akan memberikan masalah kepada puan .Perasaan bimbang yang terbawa-bawa semasa seks akan menyebabkan faraj tidak bertindak balas sewajarnya denganmengeluarkan cecair pelincir .Ini mengakibatkan tusukan suami ke dalam faraj menimbulkan kesakitan dan merencatkan nafsu seks puan.

2-Kurannya persefahaman semasa seks.
Ini melibatkan kurangnya pasangan puan memahami keperluan seks puan,kurangnya pemanasan seks dan puan pula malu-malu untuk memberitahu suami apa yang puan ingin suami lakukan semasa seks.

3-Kekurangan hormon.
Keadaan ini biasa berlaku jika puan kekurangan vitamin dalam badan,selalu keletihan,stress dan makin ketara jika puan telah berumur 35 tahun ke atas.Namun keadaan kekurangan hormon seks boleh dirawat dengan mudah di masa kini melalui rawatan tradisional atau terapi hormon.

4-Jangkitan kulat atau luka melecet dalam rongga faraj.
Keadaan ini pun boleh dirawat dengan antibiotik atau anti-kulat.

Rawatan:

Untuk rawatan yang benar-benar tepat dan berkesan saya menasihatkan puan untuk berjumpa doktor dan menceritakan apa masalah puan yang sebenarnya.Mungkin luka puan yang tidak bercantum itu tidak memerlukan rawatan pembedahan tetapi puan boleh mengetatkan kembali rongga faraj dengan melakukan senaman “kemutan”,cuba dapatkan nasihat doktor tentang bagaimana untuk melakukannya.

Puan juga mesti mendapatkan rawatan untuk kesakitan faraj dan kekurangan nafsu seks.
Biasanya puan akan diberikan nasihat berkaitan dan digalakkan untuk berbincang dengan suami untuk sama-sama cuba menyelesaikan masalah puan ini.Mintalah nasihat dari doktor berkenaan hubungan seks dan masalah berkaitan yang puan alami.

Doktor boleh memberikan rawatan hormon untuk puan dan memberikan vitamin.Puan juga boleh mengambil pil Evening primrose oil,produk mengandungi Manjakani/Kacip Fatimah atau yang seumpamanya yang sememangnya berkesan menaikkan paras hormon seks wanita secara tidak langsung.

Selamat mencuba.

TQ.

No comments: