BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Wednesday, April 16, 2008

Kesakitan dan Pendarahan selepas Buang air besar.

Soalan:
SAYA BARU BERSALIN 6 BULAN YANG LEPAS TAPI BEKAS JAHITAN MASIH SAKIT DAN SUSAH MEMBUANG AIR BESAR..KESAKITAN DI BAHAGIAN BEKAS JAHITAN DAN DUBUR DIIKUTI DARAH BILA BUANG AIR BESAR.

Jawapan:
Saya bersimpati dengan masalah puan ini .Saya menjangkakan bahawa puan baru pertama kali bersalin dan koyakan yang berlaku adalah agak besar yang memerlukan jahitan yang dalam dan banyak.

Masalah puan ini boleh dikatakan berpunya dari 2 perkara iaitu:
1-Parut jahitan.
2-Masalah susah buang air besar .

1-Parut jahitan.
Bekas jahitan sepatutnya sudah sepenuhnya sembuh dalam tempoh 6-8 minggu.Parut yang terhasil biasanya lembut dan memerlukan masa untuk mengeras kembali terutamanya parut dibahagian otot kemaluan.Parut puan ini masih dikira masih parut baru yang masih lembut.

Kesakitan yang puan alami mungkin disebabkan oleh luka yang kembali terjadi pada bahagian dalam parut jahitan itu disebabkan oleh aktiviti meneran semasa membuang air besar.Namun luka ini biasanya tidak menyebabkan berlakunya pendarahan melalui dubur.

2-Masalah susah buang air besar.
Masalah ini adalah kerap berlaku selepas melahirkan anak,biasanya ia disebabkan oleh perasaan takut untuk meneran kerana akan menimbulkan kesakitan pada parut jahitan,menyusu badan ,kurang pengambilan serat dan kurang meminum air.

Pendarahan akibat masalah ini hanya akan berlaku sekiranya salur najis telah luka akibat najis yang keras atau telah terjadinya buasir sama ada yang terjadi semasa mengandung atau semasa meneran dalam proses kelahiran.

Rawatan;
Kedua-dua punca yang saya sebutkan di atas adalah tidak serius dan sememangnya boleh disembuhkan.Puan hendaklah melakukan pemeriksaan doktor dan jika perlu puan akan diberikan ubat berikut:

1-Ubat tahan sakit:T.Ponstan 500mg 3 x sehari atau selainnya.
2-Ubat buasir:T.Haemorrid 2 biji 3 kali sehari untuk 2 minggu.Ubat suppository untuk dimasukkan kedalam dubur -2 kali sehari,pagi dan sebelum tidur.
3-Antibiotik seprti : T.Cefadroxil 500mg 2 kali sehari untuk 7 hari.
4-Ubat lembut najis:Syrup Lactulose 10 mls 2-3 kali sehari.

Dengan rawatan yang tepat biasanya maslah ini dapat diatasi dalam masa 3-5 hari.

TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: