Soalan:
Saya mengalami kedatangan haid yang tidak menentu,ada kala sepanjang bulan.Berat badan saya 90kg dan berusia 31 tahun dan sudah berkahwin selama 6 tahun tapi belum ada cahaya mata.
Jawapan:
Puan mengalami dua kemungkinan iaitu:
1-Gangguan hormone.
2-Ketumbuhan dalam rahim “Fibroid”.
1-Gangguan hormone.
Saya merasakan puan mungkin mengalami masalah ini,ini dibuktikan dengan masalah berat berlebihan(Perkiraan berat ideal tidak boleh dilakukan kerana tidak dinyatakan tinggi),katakanlah tinggi puan ialah 165cm,berat yang ideal bagi puan adalah sekitar 50kg-60kg sahaja.Gangguanlah hormone juga boleh menyebabkan puan mengalami masalah untuk mendapat zuriat.
2-Fibroid.
Ini adalah ketumbuhan biasa dalam peranakan/rahim wanita,ianya bukan kanser tetapi boleh menyebabkan haid berpanjangan,darah yang banyak serta senggugut.Fibroid boleh juga menyebabkan kemandulan tetapi jarang.
Jika ianya berlaku puan biasanya akan merasakan pembengkakan bahagian perut bawah pusat.
Apa perlu puan lakukan ?
1-Langkah pertama ialah berjumpa doctor untuk pemeriksaan dan rawatan,apa doctor akan lakukan ?
Biasanya doctor akan mengambil semula ukuran berat dan tinggi puan,menjalankan pemeriksaan perut dan jika perlu juga pemeriksaan kemaluan untuk mengesan sebarang pembengkakan.
Doktor juga boleh melakukan pemeriksaan imbasan Ultra sound dan mengambil darah untuk ujian hormone.
Setelah disahkan bahawa puan mengalami masalah tertentu,barulah rawatan boleh diteruskan.Jika puan ada gangguan hormone maka rawatan hormone boleh diberikan.Jika ada Fibroid ,mungkin pembedahan diperlukan.
2-Langkah ke-2
Puan juga hendaklah mula merancang untuk menurunkan berat badan kepada berat yang ideal,mungkin sekitar 50-60kg.Umur puan masih muda dan tidak mustahil untuk puan menurunkan berat badan secara perlahan-lahan secara kawalan diet atau senaman.
Kadang-kadang dengan menurunkan berat badan sahaja pun kandungan hormone sudah boleh distabilkan.
3-Langkah ke-3.
Setelah puan telah selamat menjalani ujian dan pemeriksaan doctor,pujuklah suami untuk menjalani pemeriksaan doctor juga,ini untuk memastikan bahawa suami adalah sihat dan sempurna untuk membolehkan puan hamil kelak.Biasanya suami perlu menjalani ujian analisis air mani.
Sementara itu puan juga boleh mengambil ubatan tradisional yang berdaftar dengan KKM seperti produk Kajip Fatimah,Manjakani atau Spirulina untuk menolong menstabilkan hormone puan.Mungkin ianya boleh membantu.
Selamat mencuba,harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.
(Puan boleh juga berkomunikasi secara memberi komen di ruangan komen dibawah jawapan ini)
TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.
Tuesday, April 15, 2008
Haid berpanjangan
Labels:
Tanya Doktor Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment