BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Saturday, April 5, 2008

Vaginal Candidiasis

Soalan:
Saya ada keputihan dan ada bau yg tidak menyenangkan jadi bagaimana cara mengatasi masaalah saya ini?

Jawapan:

Secara semula jadi seseorang wanita biasanya akan mengeluarkan cecair likat jernih kekuningan dari kemaluan tetapi didalam jumlah yang sedikit.Cairan ini berfungsi untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati di dalam rongga Vagina,sebagai pelinciran semasa hubungan seks,antiseptic dan pengawalan pembiakan kulat/bacteria di dalam Vagina.

Sekiranya cecair itu bertukar kepada putih ,pekat seperti dadih/susu masam berserta bau hanyir dan kegatalan maka anda mungkin dijangkiti kulat kemaluan atau “Vaginal Candidiasis”.

Rawatan:
Vaginal Candidiasis adalah senang dirawat dan amat berkesan tetapi boleh berulang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.Berjumpalah doktor anda untuk rawatan.Antara rawatannya ialah:

1-Vaginal Suppository-
Ubat seperti peluru ini digunakan secara memasukkannya ke dalam rongga Vagina sebiji setiap malam sebelum tidur untuk tempoh 1-6 hari.

2-Capsul Itraconazol/Sporanox 100mg
Diambil 2 biji setiap hari untuk 1 hingga 3 hari berturut-turut.

3-Capsul Fluconazole 150mg
Sangat berkesan dan mudah diambil,hanya perlu dimakan sebiji sahaja.Kos –RM 15-RM 25 sebiji.

Langkah pencegahan:

1-Mengurangkan berat badan /mendapatkan berat ideal.
-Secara umumnya wanita yang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat keputihan.
2-Mengamalkan pengambilan vitamin EPO ataupun pil Manjakani dan Kacip Fatimah.
-Berfungsi sebagai penstabil hormone seks wanita dan antiseptic.
3-Mencuci kemaluan sebelum dan selepas hubungan seks.
-Amat penting untuk mencuci kemaluan kerana air mani mengandungi bahan makanan yang amat sesuai untuk pembiakan kulat.
4-Menggunakan pencuci khas untuk Vagina .
-Elakkan menggunakan sabun mandi untuk tujuan mencuci Vagina.
5-Menjaga kebersihan intim semasa haid.
6-Pengambilan antibiotic hendaklah dielakkan jika boleh.
7-Mengeringkan Vagina secepat mungkin selepas kencing atau mandi.
8-Menggunakan seluar dalam yang bersih dan meresap peluh,ini mengelakkan bau dan cairan daripada mengotori kemaluan.
9-Mencukur/memotong bulu kemaluan sekurang-kurangnya setiap 40 hari atau bila perlu untuk mengelakkan lembapan dan bau.

Jika masalah keputihan anda berulang-ulang walaupun sudah mendapat rawatan ,anda dinasihatkan menjalani ujian darah untuk memastikan bahawa anda tidak mempunyai penyakit Kencing Manis atau penyakit kelamin.

Di harap puan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Terima kasih.

Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: