BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Monday, April 14, 2008

Jangkitan Kuman Vagina

Soalan:
Boleh tolong terangkan apakah itu jangkitan kuman vagina dan apakah tanda seseorang itu mengalami jangkitan tersebut dan apakah kesannya ?

Jawapan:
Jangkitan Kuman kemaluan wanita/Vagina terbahagi kepada beberapa bahagian,iaitu:

1-Jangkitan Kulat(Candidiasis).
Jangkitan kulat adalah jangkitan vagina yang paling biasa terjadi,di dalam vagina sememangnya terdapat kuantiti tertentu kulat yang bertindak untuk menjaga kesihatan rongga vagina dari pertumbuhan/jangkitan kuman lain yang memudaratkan.

Namun populasi kulat ini akan bertambah ketahap yang memudaratkan jika kelembapan dan persekitaran vagina adalah tidak sihat.Contohnya dari darah Haid,cairan mani dan peluh .

Jangkitan kulat biasanya akan menyebabkan keluarnya cairan keputihan dari vagina yang pekat,berbau hanyir dan mendatangkan kegatalan kepada vagina.Kadang-kadang kesakitan perut dibahagian bawah pusat juga berlaku.

Rawatan untuk jangkitan kulat adalah mudah dan amat berkesan.Jika dibiarkan tanpa rawatan ,jangkitan kulat boleh menyebabkan radang/luka rongga vagina,pendarahan dan sakit semasa hubungan seks.

2-Jangkitan Bakteria biasa.
Bakteria semulajadi juga terdapat dalam rongga vagina dalam jumlah yang terkawal.Ianya akan membiak ketahap memudaratkan jika kesihatan vagina tidak terjaga.

Jangkitan bacteria biasanya akan menghasilkan cecair vagina yang berwarna kekuningan atau hijau pekat berserta bau busuk,ianya jarang menyebabkan kegatalan.

Jangkitan bacteria jika tidak dirawat boleh merebak ke salur peranakan dalam dan menyebabkan jangkitan peranakan yang lebih serius yang dipanggil “Pelvic Inflammatory Disease(PID)”.

PID akan menyebabkan seseorang itu demam dan sakit di bahagian ari-ari yang teruk.Dijangka masa panjang PID boleh menyebabkan kerosakan salur peranakan dan boleh juga menyebabkan kemandulan.

Jangkitan bacteria biasa/PID boleh dirawat dan disembuhkan dengan rawatan antibiotic.

3-Jangkitan bakteria tularan seks(STD).
Ini termasuklah “Clamydia” dan “Sifilis”.Jangkitan ini berlaku jika wanita melakukan seks dengan lelaki yang ada kuman tersebut didalam badan mereka.Kuman ini berjangkit melalui cecair mazi atau mani.

Tanda STD termasuklah demam berpanjangan,lelehan kehijauan yang berbau,kesakitan semasa kencing/seks,luka/ulcer di kemaluan dan kencing bernanah.

STD kini boleh dirawat setelah pengesahan melalui ujian darah dilakukan.Ianya boleh disembuhkan tetapi boleh meninggalkan kesan kerosakan salur peranakan yang kekal.

STD yang tidak dirawat sempurna boleh juga kekal dalam badan wanita terbabit dan akan mengjangkiti pasangannya di masa depan.

4-Jangkitan virus tularan seks.
Ini termasuklah virus Herpes,virus wart dan virus HIV.Antara tandanya ialah demam berpanjangan,ulcer di kemaluan yang amat menyakitkan,kencing yang amat sakit,rasa kepanasan di kemaluan dan sakit bahagian ari-ari.

Jangkitan boleh disahkan melalui ujian darah,rawatan untuk Herpes dan wart boleh dilakukan dengan antivirus tetapi HIV tidak boleh disembuhkan.

Jangkitan wart boleh menyebabkan kanser pangkal rahim dikemudian hari.

Jika anda tidak pasti sama ada anda dijangkiti atau tidak,berjumpalah doctor untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan tepat dan berkesan.Ingat semuanya boleh dirawat dengan izin tuhan kecuali HIV.

Harap anda berpuas hati.

TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: