BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Saturday, April 12, 2008

Gangguan Hormon

Soalan:
Saya alami kitaran haid yang tidak teratur,kadang-kadang 2 ,3 atau 4 bln sekali.Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 2thn 4 bln tetapi masih belum dikurniakan anak.

Jawapan:
Terima kasih atas soalan Puan ini ,saya turut bersimpati dengan masalah puan ini .Pada pendapat saya puan mengalami masalah gangguan hormon,eloklah Puan berjumpa dengan doktor/Pakar sakit puan di hospital/klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Puan dan suami hendaklah melakukan pemeriksaan doktor untuk memastikan siapakah sebenarnya yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat.Di zaman serba moden ini bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah puan ini.

Jika suami tidak mempunyai sebarang masalah ,perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat puan secara menstabilkan haid/hormon dalam badan Puan,2 cara boleh dilakukan untuk melakukannya iaitu:

1-Cara moden
Secara rawatan terapi hormone,ini memerlukan pemeriksaan dan kebenaran doktor kerana terapi hormon juga memberi kesan samping yang ringan.Terapi hormon biasanya dilakukan untuk tempoh 3 bulan dan ianya akan dihentikan pada bulan berikutnya untuk melihat sama ada kestabilan hormon yang tercapai adalah kekal atau tidak.Jika masih gagal maka terapi akan disambung semula.

2-Cara Alternatif.
Hormon seks wanita boleh juga distabilkan secara lebih semulajadi,iaitu dengan mengamalkan pemakanan pil Evening Primrose Oil(EPO) 1000mg setiap hari dan mengambil ubatan berasaskan herba Manjakani( pil Binari) dan Kajip Fatimah (Keluaran orang kampong) atau Pil Maharani (keluaran Hai-O),produk ini memerlukan tempoh 3 bulan untuk memberikan kesan optimum dan ianya memang berkesan berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit.

Secara jujur saya lebih menasihatkan Puan mencuba cara alternatif kerana kurang/tiada kesan samping tetapi Puan hendaklah bersabar kerana kesannya lebih lambat.Rawatan alternatif hendaklah juga diteruskan walaupun kitaran Haid puan telah teratur setiap bulan.

Adanya Haid setiap bulan menunjukkan bahawa puan berupaya menghasilkan benih/telur yang matang setiap bulan.Setelah ini tercapai bolehlah puan mendapatkan pil kesuburan dari klinik/farmasi berdekatan iaitu pil Clomiphene 50mg,diambil 2 biji sehari bermula pada hari ke-5 hingga ke 10 haid(dikira Dari Hari pertama haid bulan itu).

Pil Clomiphene berfungsi untuk menggandakan bilangan telur puan yang terhasil setiap bulan dan secara langsung meningkatkan peluang puan untuk hamil.

Puan juga hendaklah cuba menggoda dan mengajak suami untuk melakukan hubungan seks sekurang-kurang setiap 2 atau 3 hari sekali terutamanya pada tempoh subur (hari ke-11 hingga ke-17 dari hari pertama haid bulan itu)dan memastikan air mani suami dipancutkan kedalam rongga kemaluan puan.

Cuba puan baca jawapan kepada soalan-soalan sebelum ini kerana saya pernah menjawap soalan yang hampir sama sebelum ini.

Selamat mencuba dan diharap puan berpuas hati dengan jawapan saya ini.

TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: