Soalan:
CAM MANE NAK HILANGKN BAU KETIAK KETIKA BERPELUH SELAIN MENGGUNAKN DEODORAN ?
Jawapan:
Bau ketiak/badan ketika berpeluh dipengaruhi oleh beberapa perkara:
1-Berat badan.
2-Jantina
3-Kitaran/ketidak stabilan hormone .
4-Alat kosmetik yang dipakai.
5-Pemakanan.
6-Penjagaan kebersihan badan.
Bau badan/ketiak terhasil apabila peluh yang dikeluarkan bertindak balas dengan bahan kimia dan bacteria/kuman yang ada dikawasan terlibat,ini adalah asas untuk menyelesaikan masalah bau ketiak.
1-Berat badan
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan maka dinasihatkan anda untuk cuba menurunkan berat badan ketahap yang ideal.Umum mengetahui bahawa mereka yang gemuk/berat badan berlebihan akan berpeluh melebihi orang yang lebih kurus.Peluh yang terhasil juga lebih susah meruap pada mereka yang gemuk berbanding mereka yang kurus.
2-Jantina
Secara semulajadinya,kaum lelaki akan menghasilkan peluh yang lebih berbau berbanding kaum wanita atas faktor hormone semulajadi,hormone lelaki biasanya akan merangsangkan pertumbuhan bulu-bulu badan,saiz pori-pori yang lebih besar dan lebih kuat baunya.
3-Kitaran/ketidak stabilan hormone.
Kita dilahirkan mempunyai kedua-dua hormone seks lelaki dan hormone seks wanita tetapi dalam nisbah yang tertentu,lelaki mempunyai kadar hormone seks lelaki yang lebih berbanding kadar hormone seks wanita dan begitulah sebaliknya.Masalah akan timbul sekiranya yang sebaliknya berlaku.
Perempuan yang mempunyai kadar hormone seks wanita yang lebih rendah berbanding hormone seks lelaki secara umumnya akan menghasilkan peluh badan yang lebih kuat baunya berbanding perempuan yang mempunya kadar hormone seks wanita yang normal.
Ciri-ciri lain perempuan yang mempunyai hormone seks lelaki yang lebih tinggi ialah:
a-Saiz badan yang lebih besar/dada lebih bidang.
b-Otot yang lebih besar dan kuat.
c-Tekstur kulit yang lebih kasar,pori-pori lebih besar,kulit lebih berminyak.
d-Bulu badan yang lebih lebat dan kasar.
e-Jerawat yang lebih banyak.
f-Kitaran haid yang terganggu.
4-Kosmetik yang dipakai.
Biasanya wanita manyapu bedak talcum di ketiak/badan setiap hari untuk lebih wangi.Perlu diketahui bedak yang disapu di ketiak boleh menyumbat liang peluh,menghalang pemeruapan peluh dan memerangkap habuk dan kuman.Kombinasi semua ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria yang menghasilkan peluh berbau masam/hangit dan berwarna kekuningan.
5-Pemakanan.
Umum mengetahui bahawa sesetengah bahan makanan/minuman akan menghasilkan bau tertentu.Untuk mengelakkan peluh badan/ketiak berbau ,cuba elakkan pengambilan makanan/minuman berikut:
-Makanan berbau-bawang terutamanya yang dijeruk,petai,jering,budu dan sebagainya.
-Minuman bergas atau berkafeein-Kopi,Nescafe,Tea tertentu.
-Ubatan terutamanya ubatan tradisional seperti jamu tertentu.
-Merokok atau pengambilan minuman keras/beralkohol.
6-Penjagaan kebersihan badan.
Ini adalah faktor yang paling penting,mandi yang cukup dan sempurna boleh mengelakkan pembiakan bacteria/kulat,menghilangkan liang roma yang tersumbat dan menanggalkan sel-sel mati.
Bulu badan/ketiak jika ada hendaklah dicukur/dipotong secara berkala supaya tidak terlalu panjang yang boleh memerangkap peluh/bau dan menjadi tempat pembiakan bacteria yang menghasilkan bau busuk/masam.
Pakaian terutamanya pakaian dalam seboleh-bolehnya hendaklah dari kain kapas yang mudah menyerap peluh,bagi kaum wanita pemakaian anak baju berkain kapas amat membantu untuk mengelakkan bau peluh.
Secara umunya jika anda mempunyai badan/ketiak yang berbau,cubalah langkah perawatan/pencegahan berikut:
-Mendapatkan berat badan ideal.
-Mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum 2-3L air sehari.
-Menjaga kebersihan badan.
-Mengamalkan pengambilan vitamin tertentu seperti EPO,Manjakani,Kacip Fatimah untuk golongan wanita.
-Mengelakkan penggunaan bedak diketiak.
-Berjumpa doctor sekiranya anda mengalami jangkitan kuman/kulat,mengalami ketidakstabilan hormone.
-Menjaga pemakanan,lebihkan sayur dan buah-buahan.
Walau apapun sekiranya anda malas untuk berusaha seperti yang disarankan,maka gunalah pelindung bau seperti Deodoran atau pewangi yang sememangnya lebih murah ,cepat dan berkesan untuk jangkamasa pendek.
Harap cik/puan berpuas hati.Terima kasih.
Dr.Mazlan Mat.
Saturday, April 5, 2008
Bau Badan/Ketiak
Labels:
Tanya Doktor Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment