Soalan:
PERIOD TIDAK TERATUR & SELEPAS B'SAMA,LELEHAN BANYAK KELUAR.
Jawapan:
Haid Tidak Teratur:
Masalah datang haid tidak teratur termasuklah :
1-Haid lebih dari sekali sebulan.
2-Haid berpanjangan melebihi 15 hari setiap pusingan.
3-Haid tidak datang setiap bulan.
Masalah haid tidak teratur biasanya disebabkan oleh ketidak stabilan hormone dalam badan puan.Puan mungkin mengalami kekurangan hormone seks yang berfungsi untuk penghasilan telur/ovum dan penebalan dinding rahim.
Apakah punca-puncanya ?
1-Berat badan tidak ideal:
-Sama ada terlalu berlebihan berat badan atau badan terlalu kurus.Berat badan yang tidak ideal boleh mengganggu penghasilan hormone seks perempuan.
-Jika puan gemuk,muka berjerawat ,banyak bulu rerambut dan haid tidak teratur puan mungkin mengidap penyakit “Polycyctic Ovarian Syndrome”.Ini boleh disahkan dengan pemeriksaan dan ujian oleh doctor.
2-Perubahan berat badan yang mendadak sama ada pertambahan atau kehilangan berat badan.
-Ini juga mempengaruhi kitaran haid.
3-Penyusuan badan.
-Hormon Prolaktin yang menggalakkan penghasilan susu boleh merencatkan haid.
4-Kesan smping ubatan,sama ada moden atau tradisional termasuklah pil perancang,jamu dan antibiotic.
5-Penyakit kronik
-seperti penyakit kencing manis,darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.
Jika masalah haid yang tidak teratur puan ini adalah masalah biasa ketidakstabilan hormone,saya cadangkan puan cuba cara ini:
a-Cara alternative:
1-Pil Evening Primrose Oil 500mg -1000mg setiap hari.
2-Pil Manjakani/Pil kacip Fatimah mengikut dos seperti yang disyorkan pengeluar.
3-Mengamalkan minuman yang mengandungi kacip fatimah/manjakani.
4-Mengamalkan jamu terpilih yang diluluskan kementerian kesihatan.
b-Cara moden:
-Berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terapi hormon mungkin untuk sekurang-kurangnya 3-6 bulan.
Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut jika masalah ketidak tentuan haid ini berterusan melebihi 6 bulan dan segala ikhtiar puan sebelum ini gagal.
Lelehan kemaluan:
Masalah lelehan yang banyak keluar dari kemaluan selepas hubungan seks bolehlah dianggap sebagai masalah biasa jika lelehan itu berwarna jernih sedikit keputihan,tidak disertai rasa gatal,sakit perut atau sakit kemaluan dan tidak berbau busuk .
Kemungkinan besar lelehan itu hanyalah lebihan campuran antara air mani suami dan air mazi puan semasa hubungan.Jika inilah masalahnya maka ianya hanyalah memerlukan cucian kemaluan yang teratur seperti biasa dan lelehan ini akan berkurangan /kembali normal dalam 2-3 hari.
Sekiranya lelehan ini telah bertukar menjadi putih pekat seperti dadih serta menyebabkan kegatalan ,sakit serta berbau busuk maka puan mungkin telah dijangkiti kulat/bakteria kemaluan.Ianya memerlukan rawatan antikulat atau antibiotik.(Ada diterangkan dalam kes-kes sebelum ini dalam blog ini).
Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Thursday, April 10, 2008
Haid tidak teratur,Lelehan kemaluan.
Labels:
Tanya Doktor Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment