Soalan:
UMUR SAYA 24TH,SAYA DAH KAHWIN 4TH DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA 3 TAHUN,MASALAH SAYA, DI TEPI BIBIR ALAT SULIT SAYA ADA MEMPUNYAI KETUMBUHAN SEBESAR BIJI LIMAU,DULU IA KECIL SAHAJA TETAPI SEMAKIN MEMBESAR,ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN DIRI KITA ?
Jawapan:
Ada dua kemungkinan :
1-Kalau dibahagian luar bibir besar kemaluan iaitu disekitar rerambut kemaluan ianya hanya “biji” yang disebabkan oleh kelenjar peluh dan rerambut yang tersumbat.Ianya dikenali sebagai “Folliculitis”.
2-Kalau dibahagian dalam bibir kecil kemaluan,ianya ialah “Bartholin’s cyst” iaitu penyumbatan kelenjar di bibir bahagian dalam yang berfungsi menghasilkan cecair pelincir semasa hubungan seks,biasanya ia tersumbat oleh sel-sel mati dan cecair pelincir yang terlalu pekat.
Puan jangan risau sebab kedua-duanya,Folliculitis dan Bartholin’s cyst biasanya tidak merbahaya ,bukan kanser tetapi boleh dijangkiti kuman dan bertukar menjadi bisul yang sakit dan bernanah.
Bartholin’s cyst yang terbentuk juga boleh membesar hingga boleh mengganggu pergerakan dan hubungan seks.
Adakah ianya perlukan Rawatan ?
1-Folliculitis;
Memerlukan rawatan antibiotic dalam bentuk krim dan oral.
2-Bartholin’s cyst
-Ianya jika tidak dijangkiti kadang-kadang boleh mengecil dan sembuh dengan sendiri,minumlah lebih air sekurang-kurangnya 2-3L sehari dan amalkan mencuci kemaluan dengan pencuci wanita yang sesuai.
-Jika telah dijangkiti rawatan krim antibiotik dan oral antibiotik adalah wajib.
Elakkan dari memicit ke dua-dua biji/ketumbuhan itu kerana ia hanya akan lebih memudaratkan.Sekiranya ianya telah dijangkiti kuman,puan akan mengalami demam dan kesakitan ,sekitar ketumbuhan akan kemerahan dan membengkak,semasa ini rawatan antibiotic adalah amat penting.
Hanya pembedahan mengeluarkan /melepaskan penyumbatan “Marsupialization” akan dapat memastikan Bartholin's cyst itu hilang sepenuhnya.Perlu diingat di bahagian dalam bibir kecil kemaluan terdapat banyak kelenjar seperti ini dan masalah ini mungkin boleh berulang di kelenjar yang lain pula.Oleh itu langkah pencegahan secara memastikan kemaluan sentiasa bersih dan meminum air secukupnya adalah amat penting.
Berjumpalah doctor untuk rawatan jika :
1-Folliculitis semakin membesar,sakit dan bertukar menjadi bisul.
2-Saiz Bartholin’s cyst telah membesar hingga mengganggu pergerakan dan hubungan seks.
3-Bartholin’s cyst telah dijangkiti dan rawatan antibiotic serta langkah pembedahan diperlukan.
Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.
Terima kasih.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Wednesday, April 9, 2008
Folliculitis/Bartholin's Cyst.
Labels:
Tanya Doktor Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment