BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Thursday, April 10, 2008

Sakit semasa seks.

Soalan:
Saya dah punyai suami,bila berhubungan seks kemaluan saya rasa sakit, jadi apa ubatnya yang boleh di gunakn ?

Jawapan:
Terima kasih atas soalan puan ini,sebelum itu hendaklah kita cuba selidiki apa punca kesakitan itu ?.Antara punca punca yang mungkin ialah:

1-Kekeringan faraj/kemaluan .
-Ini adalah masalah yang paling biasa di alami oleh wanita jika hubungan seks tidak mengikut aturan yang sepatutnya.Kesakitan yang dialami biasanya semasa dan selepas aktiviti seks.

Secara semulajadi jika seseorang wanita dalam keadaan khairah,sejenis cecair putih likat akan dikeluarkan oleh kelenjar dibahagian dalam kemaluan ,ianya berfungsi sebagai pelinciran yang penting untuk mengelakkan kecederaan kepada rongga kemaluan semasa hubungan seks.

Jika tahap keghairahan adalah tinggi maka banyaklah cecair itu keluar dan begitu juga sebaliknya.Tahap keghairahan sememangnya boleh ditingkatkan dengan melakukan “Foreplay” iaitu tahap pemanasan seks meliputi sentuhan,ciuman dan kata-kata manis.

Tanpa “foreplay” yang sempurna maka seks hanya akan menyakitkan bagi wanita,tiada lagi keindahan dan tiadalah kemuncak seks atau”Klimak”,Perlu difahami,kaum wanita biasanya memerlukan masa “pemanasan” antara 30 min-45 min untuk betul-betul bersedia untuk aktiviti seks yang melibatkan penetrasi/kemasukan kemaluan.

Jika inilah yang puan alami,saya nasihatkan puan berbincang dengan suami dan meminta suami memainkan peranan yang lebih sebagai mana yang puan inginkan semasa “foreplay”,jangan segan untuk meminta dan memberitahu suami apa yang suami patut lakukan,suami pula hendaklah cuba memenuhi permintaan isteri,bila puan rasa benar-benar bersedia maka aktiviti penetrasi kemaluan bolehlah diteruskan.

Jika segala ikhtiar semasa “foreplay” telah dilakukan tetapi puna masih juga mengalami kekeringan faraj,maka puan bolehlah menggunakan cecar pelincir buatan seperti KY-Jelly atau sebarang cecair pelincir berasaskan air yang boleh dibeli di farmasi.

2-Radang dinding kemaluan.
-Akibat aktiviti penetrasi yang berpanjangan,dinding dalam kemaluan melecet dan luka.Kadand-kadang ianya disertakan dengan lelehan kemaluan seperti hingus yang lebih dari biasa.
-Juga boleh diakibatkan oleh masalah jangkitan kulat/keputihan serta penyakit kelamin yang membentuk “ulcer” di dinding dalam kemaluan.

3-Radang Pangkal Rahim.
-Boleh berlaku secara normal selepas aktiviti seks dan akan mengakibatkan kesakitan dibahagian dalam kemaluan semasa seks berikutnya,terutamanya semasa penetrasi dilakukan.
-Biasanya juga akan menyebabkan sakit dibawah bahagian pusat atau bahagian ari-ari yang berlanjutan beberapa hari.
-Boleh juga diakibatkan oleh tanda-tanda awal kanser pangkal rahim(Jarang berlaku),sedikit pendarahan boleh berlaku semasa penetrasi seks.Risiko lebih tinggi jika puan/suami mempunyai ramai pasangan seks atau bertukar-tukar pasangan.

Saya beranggapan bahawa puan hanya mengalami masalah yang kecil yang kemungkinan besar disebabkan oleh kekeringan faraj semasa seks.Ianya boleh diatasi dan boleh dirawat.

Benbincanglah dengan suami dan amalkan pengambilan Pil EPO,Pil manjakani,kacip fatimah atau sebarang minuman untuk wanita .

Puan boleh mengambil Pil.Voltaren 50mg 3 kali sehari berserta pil Buscopan 2 biji 3 kali sehari untuk menghilangkan kesakitan puan itu.Pil-pil ini boleh dibeli di farmasi/klinik berdekatan.

Puan dinasihatkan berjumpa doctor jika masalah puan ini berlarutan untuk memastikan puan tidak mengalami masalah lain.

Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini,terima kasih.

TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: