Soalan:
Mengapa saya mengalami kejang seluruh badan,sejuk-sejuk dan hampir terkancing gigi setelah saya makan ubat kuruskan badan?
Jawapan:
Cepat minum air gula jika puan mengalaminya sekarang,ini tanda-tanda kekurangan gula yang serius.
Untuk pengetahuan semua ubat menguruskan badan biasanya terdiri dari beberapa jenis ubat iaitu:
1-Ubat diet-berfungsi untuk mengawal/merencatkan selera makan,antaranya ialah Duramine,Adipex ,Reductil dan Ionamine.
2-Ubat pecah lemak-berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak berlebihan kepada tenaga.
3-Ubat anti-kolesterol-berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah dan membuang lemak berlebihan dalam makanan yang dimakan.
Ada juga pihak tertentu yang menggunakan ubat Frusemide untuk membuang air dari badan,ubat Dulcolex untuk melawaskan pembuangan air besar dan ubat Metformin(Ubat kencing manis) untuk membakar gula dalam darah.
Pada pendapat saya puan mengalami komplikasi Hypoglycaemia atau kekurangan gula yang ketara dalam darah,tanda-tanda awalnya ialah seram-sejuk anggota badan,lenguh leher,sakit kepala,mata berpinar-pinar dan jika terlalu serius boleh menyebabkan kancing gigi/sawan ,koma dan kematian mengejut.
Oleh itu sesiapa juga yang ingin menguruskan badan dengan bantuan ubatan moden,silalah mendapatkan penerangan yang betul dan detail dari doctor bertauliah,jujur dan telus.Jangan sesekali membelinya dari farmasi atau dikaunter klinik tanpa pemeriksaan doctor dahulu.
Secara jujur,ubatan yang digunakan sememangnya boleh membawa malapetaka jika tidak kena caranya.Secara peribadi saya melarang pesakit saya menggunakan ubatan dibawah ini jika mereka ingin mengurangkan berat badan:
1-Ubat Julap-Dulcolex atau seumpamanya kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal usus,akan mengalami sembelit jika berhenti mengambilnya setelah memakanya untuk jangkamasa panjang.
2-Ubat lawas kencing-Frusemide/lasix-Ubat ini boleh menyebabkan kekeringan cecair badan dan kekurangan garam Kalium yang boleh menyebabkan kekejangan dan sakit jantung.
3-Ubat kencing manis-Metformin atau seumpamanya sebab boleh menyebabkan penurunan paras gula mendadak dalam darah mengakibatkan pengsan,koma dan kematian.
Ada juga pesakit yang menggunakan ubat diet dari syarikat MLM yang kadang-kadang amat berkesan tetapi status pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) diragui.
Berhati-hatilah sebab ubat apa sekalipun jika dapat memberikan kesan ketara dalam jangkamasa yang pendek biasanya juga amat beracun dan mempunyai kesan samping yang serius dalam jangkamasa yang pendek juga.
Antara kesan samping yang boleh membawa maut ialah kerosakan kekal hati,sakit jantung dan kerosakan kekal buah pinggang.Kes-kes kematian sememangnya telah berlaku dan janganlah anda pula yang mengalaminya.
Sekian terima kasih.
TQ.
Dr.Mazlan Mat.
Friday, April 18, 2008
Ubat kurus dan koplikasinya.
Labels:
Tanya Doktor Anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment