BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Monday, April 28, 2008

Sesak nafas semasa tidur.

Soalan:
Apakah tanda2 seseorang itu menghidap penyakit jantung? .Saya semasa tidur selalu rasa sesak nafas dan kadang-kadang sakit dada sebelah kiri.

Jawapan:
Secara jujur saya merasakan bahawa anda tidak mengalami serangan/sakit jantung.Ini mungkin tanda-tanda bahawa anda mempunyai masalah angin di usus atau penyakit Resdung/Sinus yang biasanya menyerang semasa tidur di waktu malam/awal pagi yang sejuk.

Angin berlebihan di usus biasanya akan naik ke dada semasa tidur berbaring dan menyebabkan perasaan sukar bernafas atau nafas menjadi pendek.Biasanya ini boleh dielakkan dengan mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti minuman berkaffein(Nescafe,Kopi,Air berkarbonat dan makanan pedas),elakkan merokok dan elakkan mengambil makanan dalam tempoh 4 jam sebelum tidur.

Jika anda ada mengalami pedih ulu hati dan mengalami masalah sembelit,berjumpalah doctor untuk rawatan,mungkin anda telah terkena penyakit Gastrik yang juga menyebabkan angin berlebihan.

Resdung/sinus biasanya akan menyerang di waktu sejuk atau jika terdedah kepada habuk ,ianya biasanya ditandai dengan selsema,gatal hidung,mata dan tekak,hidung tersumbat dan sedikit batuk-batuk.Mudah berlaku jika jika tidur dalam bilik yang tertutup tingkap kerana tahap pengudaraan yang lemah /teruk.

Sakit jantung biasanya menyerang semasa melakukan aktiviti fizikal sama ada ringan atau berat,lepas makan berat tetapi jarang menyerang semasa tidur atau berehat.

Antara tanda-tandanya ialah:
1-Sakit dada sebelah kiri atau ulu hati secara tiba-tiba dan sakit yang teruk.Terasa seperti hendak mati.Sakit biasanya akan merebak ke bahu kiri atau tangan kiri.
2-Sesak nafas hingga begitu sukar untuk bertutur walaupun sepatah ayat.
3-Muka pucat dan berpeluh-peluh sejuk.
4-Berdebar-debar .
5-Lemah atau kurang bertenaga dan boleh pitam.
6-Bengkak kedua-dua kaki jika jantung telah lemah.

Jika anda ada mempunyai mana-mana 2 dari tanda di atas silalah berjumpa doktor untuk melakukan ujian tekanan darah dan ujian ECG.

Jika semasa anda sakit dada atau terasa sukar bernafas tetapi anda masih boleh bercakap-cakap seperti biasa maka kemungkinan besar anda tidak mengalami sakit/serangan jantung.

TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: