BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Saturday, April 5, 2008

Kemandulan

Soalan:
-TIADA ANAK

Jawapan:
(Soalan paling pendek tetapi mempunyai jawapan yang panjang lebar)

Selalunya kita akan mengatakan bahawa sesebuah pasangan itu adalah mandul jika mereka tidak ada zuriat.

Apakah itu mandul ?

Seseorang/pasangan itu hanya dikategorikan mandul sekirangan mereka telah berkahwin sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih tidak mendapat zuriat berserta syarat-syarat berikut:
1-Melakukan hubungan seks sekurang-kurang setiap 2-3 hari sekali.
2-Tidak mengamalkan sebarang langkah pencegahan kehamilan.
3-Memastikan air mani suami dipancutkan didalam rongga Vagina/kemaluan.

Sekiranya anda telah melakukan 3 perkara di atas tetapi masih juga gagal mendapatkan zuriat setelah 1 tahun maka anda dikategorikan sebagai mandul.Untuk memastikan apakah punca kemandulan anda itu,anda hendaklah berjumpa doctor untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Antara punca kemandulan termasuklah:

1-Dari isteri
-Ketidak stabilan Hormon
-Kegemukan.
-Salur peranakan rosak,bengkok .
-Kilang telur gagal menghasilkan telur setiap bulan.
-Haid yang tidak teratur.

2-Suami
-Kualiti air mani yang rendah.
-Jumlah air mani yang kurang.
-Kecacatan testes.
-Benih yang lemah,kurang dan cacat.

Di mana hendak mendapatkan rawatan ?

Rawatan hendaklah dilakukan oleh doctor bertauliah seperti di tempat berikut:
1-Klinik kerajaan terpilih/klinik swasta.
2-Klinik sakit puan di Hospital Besar kerajaan/swasta.
3-Klinik LPPKN di Jalan Raja Laut atau cawangannya.
4-Klinik Universiti seperti HUKM,HUSM,PPUM atau Hospital UPM Serdang.

Bagaimana rawatan dilakukan ?

Biasanya doctor akan mengambil/menanya beberapa soalan yang berkisar tentang perkara berikut:
1-Umur dan Sejarah penyakit kronik.
2-Lama tempoh perkahwinan.
3-Kekerapan hubungan
4-Dimana air mani dipancutkan.
5-Posisi pasangan wanita semasa pancutan air mani.
6-Apa yang dilakukan pasangan selepas air mani dipancutkan.
7-Penggunaan pil/ubatan moden atau tradisional jika ada.
8-Latar belakang kerjaya,cara hidup bersosial.
9-Kitaran Haid.

Seterusnya diikuti dengan pemeriksaan badan iaitu:
1-Ukuran asas-tinggi,berat,BMI ,tekanan darah.
2-Pemeriksaan tahap hormone secara pemerhatian seperti pembentukan buah dada,taburan bulu di badan,bentuk badan dan sebagainya.
3-Pemeriksaan abdomen/perut untu mengesan pembengkakan peranakan atau air/angin pasang pada lelaki.
4-Pemeriksaan kemaluan/Vagina –pemeriksaan luaran,kehadiran selaput dara dan sebarang pembengkakan atau keabnormalan.
5-Pemeriksaan Kemaluan lelaki terutamanya testes-kehadiran kedua-duanya dan saiz yang normal.
6-Pemeriksaan organ lain seperti Tiroid di leher.

Antara Ujian yang biasanya dilakukan untuk menentukan punca kemandulan ialah:

1-Ujian darah/air kencing:
Ini dilakukan untuk mengukur tahap hormone seks dalam badan,kencing manis atau kelainan hormone Tiroid.

2-Ujian Ultra sound;
Untuk melihat sebarang pembengkakan organ peranakan dalaman atau sebarang pembengkakan di dalam perut.

3-Ujian x-ray peranakan untuk wanita(HSG):
-Menentukan sama ada peranakan tersumbat ,bengkok atau sebagainya.

4-Ujian Laparoscopi jika perlu:
-pembedahan kecil didalam bilik bedah untuk melihat keadaan dalaman rongga perut.

5-Pemeriksaan kualiti air mani suami
-Menentukan kuantiti air mani,jumlah sperma/benih,bentuk benih dan pergerakan serta jangkahayatnya.

Setelah segala ujian perlu telah dilakukan barulah langkah rawatan yang berkesan boleh diberikan.Antaranya termasuklah:

1-Pemberian Hormon.
2-IVF
3-Permanian berhadas/tabung Uji.

Tidak dinafikan bahawa perubatan secara tradisional/alternative juga boleh membantu pasangan untuk mendapatkan zuriat terutamanya jika semua ujian yang dilakukan seperti di atas didapati normal.

Untuk menambahkan peluang untuk hamil ,anda juga boleh mencuba ubatan-berikut(Berdasarkan pengalaman dan keberkesanan):
1-Pil Folic acid sebiji setiap hari.
2-Pil Manjakani Binari atau Pil Kacip Fatimah seperti yang diarahkan.
3-Pil Spirulina Luxor 5-10 biji setiap hari.

Sepanjang 2001-2007,saya pernah memberikan rawatan untuk beberapa pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat,5 pasangan telah berjaya mendapat anak pertama atau berikutnya dalam tempoh 3 bulan hingga 3 tahun mencuba.

Cara saya ialah:

1-Memastikan pesakit wanita mempunyai kitaran Haid yang normal.
2-Pil Manjakani Binari dan Kacip Fatimah seperti diarahkan.
3-Pil Spirulina 10-15 sehari.
4-Pil kesuburan Clomiphene 100mg setiap hari dari hari ke-5 kitaran Haid hingga hari ke 10 Haid.
5-Memastikan pasangan melakukan hubungan seks tanpa pencegahan kehamilan sekurang-kurangnya setiap 2 hari .
6-Memastikan pihak wanita berada di posisi berbaring semasa air mani dipancutkan suami ke dalam rongga Vagina..
7-Meninggikan punggung dengan bantal dan meluruskan kaki selepas air mani dipancutkan.
8-Isteri hendaklah terus berbaring sekurang-kurangnya 30 min selepas air mani dipancutkan.
9-Isteri dilarang mencuci secara memasukkan pancutan air atau menggunakan pencuci wanita selepas hubungan seks.
10-Mengurut untuk perjalanan darah.

Jika sekiranya anda dan pasangan adalah normal,segala ikhtiar di atas telah dilakukan tetapi masih gagal,maka banyak-banyaklah berdoa,kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH yang menentukan………………

Harap puan/anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Sekian terima kasih.

Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: