BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Wednesday, April 16, 2008

Pendarahan semasa seks.

Soalan:
Mengapakah keluar darah setiap kali membuat hubungan kelamin bersama suami? Masalah bermula sejak 1 bulan yg lalu. Terima kasih

Jawapan:
Secara semula jadi rongga kemaluan wanita/vagina adalah lembut,lembab dan mudah cedera sekiranya berlaku kemasukan sesuatu secara tergesa-gesa atau paksa.

Keluarnya darah semasa/selepas seks biasanya disebabkan adanya luka atau melecet di bahagian rongga vagina atau radang pangkal rahim.Inilah punca yang paling biasa saya rawat untuk kes-kes pendarahan apabila bersama suami.

Punca –punca lain boleh juga disebabkan oleh jangkitan kulat,bakteria atau adanya ketumbuhan di rongga vagina atau pangkal rahim.

Biasanya pendarahan yang diakibatkan oleh luka kecil atau melecet dirongga vagina akan berhenti sendiri,tidak serius dan tidak memerlukan rawatan doktor kecuali jika diikuti dengan pendarahan dan kesakitan berpanjangan di bahagian kemaluan.

Namun begitu puan dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kemaluan/vagina untuk memastikan bahawa pendarahan yang berlaku adalah tidak bahaya dan pangkal rahim juga tidak ada ketumbuhan atau radang.

Selalunya doktor akan juga menjalankan ujian pap-smear pangkal rahim atau mengambil sampel cecair vagina untuk pemeriksaan bagi memastikan tiada jangkitan kulat atau kuman.

Rawatan.
Rawatan akan hanya diberikan jika pendarahan adalah banyak dan berlarutan,adanya jangkitan kuman atau jangkitan kulat,antaranya:
-Antibiotik - T.Ciprodac 500mg 2 kali sehari atau T.Cefadroxil 500mg 2 kali sehari untuk 5 hari.
-Anti kulat- T.Fluconazole 150mg sekali sahaja. atau Vaginal suppositori setiap malam- 1-5 hari.

Sekiranya ada didapati ketumbuhan pada pangkal rahim,maka barulah pembedahan untuk membuangnya perlu dilakukan.

Sekian .

TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: