BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Friday, April 18, 2008

Kekeringan Vagina

Soalan:
Vagina saya kekeringan dan ketika bersama dgn suami vagina saya tidak mengeluarkan cairan,saya keliru sekarang ini .

Jawapan:
Terima kasih atas kemuskilan puan ini,bagi saya masalah puan ini hanyalah masalah kecil dan melibatkan masalah teknikal sahaja,boleh diatasi tetapi boleh berulang-ulang jika dibiarkan ,ada beberapa kemungkinan puncanya:

1-Kekurangan hormone seks.
Perkara ini biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur 35 tahun ke atas dan makin ketara pada umur lebih 45 tahun.Ini berkait rapat dengan proses semulajadi penuaan,stress,keletihan, kekurangan zat,penyusuan badan atau kesan pengambilan pil perancang tertentu.

Keadaan ini boleh dirawat dan memberikan kesan yang positif dalam masa yang cepat iaitu lebuh kurang 2 minggu dari tarikh rawatan dimulakan.Dalam hal ini puan perlu mendapatkan nasihat doktor secara langsung.

2-Kekurangan ransangan semasa seks atau “Foreplay”
Hal ini pernah saya huraikan sebelum ini di dalam jawapan yang terdahulu.Masalah kekurangan ransangan atau kesilapan dalam “Foreplay” adalah merupakan punca utama kepada kekeringan Vagina semasa seks.

Perlu ditekankan cecair Vagina hanya akan keluar dengan banyak apabila adanya rangsangan yang mendatangkan rasa khairah wanita,rangsangan ini termasuklah rangsangan secara verbal,sentuhan atau pengelihatan.

Kaum wanita pula memerlukan tempoh yang agak lama iaitu sekitar 30 -45 minit untuk betul-betul terangsang semasa foreplay sebelum bersedia untuk aktiviti seks penetrasi kemaluan.

Sebagai lelaki dan seorang doktor saya menasihatkan agar puan secara tanpa malu-malu memberitahu suami apa yang puan mahukan semasa seks,beritahu suami sama ada secara verbal atau secara perbuatan apa yang perlu suami lakukan semasa foreplay,di mana tempat yang perlu suami sentuh atau belai,bagaiman sentuhan perlu dilakukan sama ada secara lembut atau secara kasar dan sebagainya hinggalah bila suami perlu mula memasukkan zakarnya pun puan perlu beritahu untuk memastikan bahawa puan telah benar-benar bersedia untuk itu.

Jangan sesekali beranggapan bahawa suami telah mahir dalam aktiviti seks,secara umumnya kaum lelaki sememangnya suka membelai kaum wanita terutamanya bila diminta-minta sebab ianya mengambarkan kehebatan bagi seseorang lelaki pandai memuaskan hati pasangannya.Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif semasa seks kerana ia boleh merencatkan rangsangan dan kekhairahan.

Berbincanglah dengan suami dan gunakanlah pancaindera/deria deria yang tuhan telah berikan dan cuba sama-sama terokai kenikmatan hubungan suami-isteri,mudah-mudahan akan berjaya.

Rawatan:
1-Puan boleh juga mencuba ubatan tradisional/alternative seperti:

-Pil Kacip Fatimah/Manjakani untuk stamina,nafsu dan menambahkan sensitiviti Vagina.
-Minuman berasaskan herba untuk wanita seperti Kopi Kacip Fatimah/Manjakani diminum terutamanya 30minit sebelum seks untuk tenaga dan stamina.
-Pil Evening Primrose Oil,Pil Lobata dan sebagainya untuk menaikkan hormon seks wanita secara tak langsung.

2-Secara fizikal puan juga boleh cuba cara-cara berikut:

-Mandi bersama serta membelai satu-sama lain untuk meningkatkan kekhairahan.
-“Seks kilat” iaitu hubungan seks secara tergesa-gesa dalam waktu yang singkat terutamnya selepas bangun tidur diwaktu pagi ,tidak semestinya puan mencapai klimak semasa ini tapi ianya digalakkan untuk memastikan yang kekhairahan yang tercipta di pagi hari akan kekal hingga malamnya sebelum di akhiri dengan hubungan seks sekali lagi.
-Mengurut dan sauna untuk perjalanan darah.
-Mempelbagaikan posisi seks atau tempat untuk mengelakkan kejemuan seks.
-Melakukan adegan ringan-ringan bersama suami bila berpeluang.

3-KY Jelly –jika segala usaha puan tidak juga berhasil,bolehlah puan menggunakan bahan pelincir ini atau bahan pelincir lain yang berasaskan air.

4-Rawatan terapi Hormon.
Banyak digunakan dalam perubatan moden,ianya terbukti berkesan untuk meningkatkan hormone seks secara sintetik,menggalakkan pengeluaran cecair vagina,memberi tenaga dan meningkatkan nafsu seks.Perlu meminta nasihat doktor sebelum menggunakannya.

Harap nasihat saya ini boleh membantu mereka yang memerlukan.

TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: