BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Tuesday, April 8, 2008

"Secondary Amenorrhoea" oleh Penyusuan Badan

Soalan:
SAYA TLH MELAHIRKAN ANAK 1 THN YG LALU DAN MASIH MENYUSU BADAN DI SAMPING SUSU FORMULA..DAN SAYA CUMA DATANG HAID 1 KALI SEPANJANG TEMPOH ITU..APAKAH SBB SAYA TDK DATANG HAID IALAH ANAK MENYUSU BADAN?

Jawapan:
Terima kasih atas soalan puan ini,secara umum jawapannya ialah ya.Menyusu badan sememangnya boleh menyebabkan ketidakstabilan Haid tetapi ada lagi punca-punca lain yang mungkin iaitu seperti:

1-Stress dan kekurangan rehat secukupnya.
2-Perubahan berat badan secara mendadak.
3-Penggunaan pil perancang semasa penyusuan atau pengaruh ubat-ubatan tradisional.
4-Faktor umur.
5-Kehamilan semasa penyusuan(jarang tetapi ada berlaku) tanpa disedari.

Ketiadaan Haid atau “Amenorrhoea” yang puan alami dikategorikan sebagai “Secondary Amenorrhoea” iaitu ketiadaan Haid disebabkan perkara lain yang berlaku bukannya secara azali/semulajadi.

Menyusu badan secara teratur setiap hari menggalakkan perembesan hormone Prolaktin dari otak/pituatari yang berfungsi merencatkan penghasilan hormone seks perempuan iaitu LH,FSH,Oestrogen dan Progesteron.Ketiadaan atau kekurangan hormone seks ini menyebabkan penebalan rahim/uterus tidak berlaku dan telur/ovum dari kilang telur tidak terhasil.

Tiadanya pengeluaran telur dari Ovari dan tiadanya penebalan uterus/rahim menyebabkan Haid tidak berlaku seperti biasa.Penyusuan badan oleh itu bolehlah juga dianggap sebagai salah satu cara untuk pencegahan kehamilan secara semulajadi.

Masalah puan ini adalah tidak serius dan tidak berkekalan,biasanya Haid akan teratur semula dalam tempuh 3 bulan setelah puan berhenti menyusu badan ,mungkin bila anak berumur 2 tahun nanti.

Sekiranya puan ada merancang untuk mengandung semula dalam masa terdekat ini maka terpaksalah puan berhenti menyusu badan.

Sekian,terima kasih.

Dr.Mazlan Bin Mat.

No comments: