BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Saturday, May 31, 2008

Puting Tenggelam "Rectracted Nipples"

Soalan:
Askum.Macam mana nak betulkan bilateral inverted nipples.Apa caranya?.Saya adalah lelaki 26 tahun dan saya malu untuk buka baju kerana masalah ini.

Jawapan:
Waalaikum mussalam,anda sebenarnya tidak perlu bimbang atau malu kerana masalah anda ini adalah biasa walaupun tidak normal.Masalah putting berkedudukan kedalam atau “Retracted Nipples” dalam bahasa perubatan adalah masalah yang tidak merbahaya.

Masalah ini biasanya di alami oleh kaum lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan dan pengumpulan lemak berlaku secara tidak sekata di bawah buah dada,tetapi pengumpulan lemak tidak berlaku dibawah puting buah dada,ini mengakibatkan putih kelihatan tenggelam dalam lapisan kulit.

Ianya juga berlaku pada wanita,mereka biasanya akan menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka di kemudian hari.Masalah ini walau macam mana pun tidak ada kaitan dengan masalah kanser atau masalah kesihatan lain.

Untuk lelaki yang menghadapi masalah ini,sebenarnya hanya pembedahan yang boleh menyembuhkannya 100% tetapi bagi saya ianya tidak perlu dilakukan kerana tidak ada kepentingan sangat.

Apa yang perlu dilakukan ialah mengurangkan berat badan dan kandungan lemak badan,membentuk semula otot-otot dada dan akhirnya belajar menerima yang keadaan ini adalah tidak mencacatkan.

Cara terbaik ialah dengan mengamalkan senaman berterusan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti berjogging atau bermain bola sepak.Mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan juga pergilah ke Gimnasium untuk melakukan senaman bagi membentuk,memejalkan dan menguatkan otot dada.Ini sedcara tidak langsung akan menolak puting yang tertanam tadi keluar semula.

Bagi kaum wanita yang mengalami masalah “Retracted Nipples”,tidak banyak yang perlu dan boleh dilakukan,apa yang penting terimalah keadaan ini sebagai anugerah tuhan dan cubalah dapatkan nasihat doktor bila keperluan menyusu badan tiba nanti.

TQ.
Dr.Mazlan Mat.

Bulu Roma berlebihan seakan "bermisai"

Soalan:
Saya seorang wanita ada masalah dengan bulu roma yang tumbuh lebat di bahagian atas bibir. Ia kelihatan seperti misai.macam mana nak hilangkannya?

Jawapan:
Secara semulajadi,sememangnya semua wanita mempunyai bulu roma di bahagian atas bibir tetapi biasanya ia tidak lebat,halus dan pendek sahaja.Bulu roma akan lebih ketara jika mereka berkulit putih/cerah.

Bulu roma yang lebat,kasar dan agak panjang menyerupai misai lelaki biasanya menunjukkan masalah ketidakstabilan hormon,iaitu wanita itu mempunyai paras hormon seks lelaki yang lebih dari hormon seks wanita.

Keadaan ini biasanya ada kaitan dengan berat badan berlebihan,haid yang tidak teratur ,tumbuhnya jerawat,kulit lebih kasar dan berminyak dan biasanya sukar mendapat anak jika telah berkahwin.

Apa yang cik/puan perlu lakukan ialah :
1-Melakukan pemeriksaan Ultrasound dan pemeriksaan darah untuk melihat paras hormon berkaitan.Seeloknya berjumpalah dengan pakar sakit puan.
2-Jika perlu ,bulu roma yang mencacatkan hendaklah dicabut,elakkan dari mencukur kerana ia boleh meransangkan pertumbuhan bulu yang lebih lebat.Jika anda berkemampuan bolehlah melakukannya dengan rawatan laser yang agak mahal tetapi berkesan.
3-Mengurangkan berat badan ke berat yang ideal.
4-Mengamalkan pengambilan supplemen Evening Primrose oil(EPO) 500mg atau 1000mg setiap hari,Manjakani atau seumpamanya yang boleh menaikkan paras hormon seks wanita.
5-Jika perlu,doctor akan memberikan rawatan hormon Oestrogen.

Rawatan yang betul biasanya mengambil masa antara 3-6 bulan untuk menampakkan hasil/perubahan yang ketara.Oleh itu anda hendaklah banyak-banyak bersabar.

TQ.
Dr.Mazlan Mat.

Wednesday, May 7, 2008

Buah dada lebih besar/montok.

Soalan:
Assalamualaikum..saya nak tanya..macam mana nak dapatkan buah dada yang besar dan montok tanpa pembedahan.

Jawapan:
Waalaikum mussalam………..

Sememangnya majoriti wanita menginginkan buah dada yang besar ,cantik dan montok,namun perlu diingat apa sahaja yang telah dijadikan Tuhan tentu ada hikmahnya.

Dari segi perubatan dan seksologi,buah dada sememangnya memainkan peranan yang penting sama ada sebagai daya penarik seksual,organ penyusuan dan juga titik penting semasa hubungan seks.Namun yang besar tidak semestinya lebih menarik dari yang kecil di mata kaum lelaki,begitulah sebaliknya.

Pertumbuhan buah dada setelah “sampai umur” dipengaruhi oleh hormon seks iaitu Oestrogen,tingginya kandungan Oestrogen dalam darah semasa proses ini maka lebih saiz buah dada juga akan lebih besar.Faktor lain termasuklah faktor keturunan,pemakanan dan persekitaran.

Bagi saya cara yang paling selamat untuk mendapatkan buah dada yang besar,montok dan cantik ialah secara meningkatkan kembali paras hormon Oestrogen dalam badan,sama ada secara langsung atau tidak langsung:

1-Terapi hormone Oestrogen-contohnya Premarin 0.625mg,1mg atau 2 mg.
Terapi ini memerlukan nasihat doctor dan pemeriksaan kesihatan berkala.Ini sememangnya berkesan dan banyak digunakan oleh golongan “Maknyah” untuk tujuan membesarkan buah dada,menghaluskan kulit dan mendatangkan sifat lebih kewanitaan.

2-Pil Manjakani,Lobata ,pati kacang soya dan sebagainya.
Bahan-bahan di atas mengandungi Phyto-Oestrogen dari tumbuhan yang secara tidak langsung boleh meningkatkan paras hormone Oestrogen dalam badan dan seterusnya meningkatkan saiz buah dada.

3-Terapi HRT-mengandungi kombinasi hormon iaitu Oestrogen dan progesteron.
Juga boleh digunakan dan biasanya digunakan untuk mengatasi masalah pre-menoupause dan menoupause tetapi juga berkesan untuk membesarkan buah dada.

Urutan buah dada atau pam Vakum juga boleh membesarkan saiz buah dada tetapi ianya tidak berkekalan dan menyebabkan buah dada menjadi semakin lembut dan mengendur untuk jangkamasa panjang.

Senaman “tekan tubi” atau apa saja senaman yang melibatkan anggota atas iaitu tangan ,bahu dan bahagian dada adalah disyorkan,ianya dapat memantapkan otot-otot yang menyokong buah dada dan membuatkan buah dada kelihatan lebih besar,menonjol dan padat.

Apapun,pengamalan ubatan dan senaman di atas sememangnya memakan masa antara 3-6 bulan untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

Selamat mencuba.

TQ

Pigmentasi /kesan kehitaman

Soalan:
Bagaimana untuk saya pulihkan kemaluan saya kerana bahagian bibir luar kemaluan saya hitam dan pangkal paha saya juga hitam malah bawah punggung saya juga.

Jawapan:
Kehitaman atau pigmentasi sememangnya biasa berlaku dibahagian kemaluan,celah pangkal paha atau bahagian bahagian lain yang tersepit/terlindung.Ada pigmentasi yan g terjadi secara semulajadi dan ada juga yang berlaku akibat keradangan dari jangkitan kuman atau kulat.

Pigmentasi majoritinya adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati dan penebalan lapisan kulit yang berlaku akibat keradangan kronik,radang biasanya ditandai dengan kulit kemerahan,kegatalan dan terasa pedih akibat luka garuan.

Secara jujur kehitaman/pigmentasi yang berlaku sememangnya boleh dihilangkan secara perlahan-lahan tetapi memakan masa yang panjang,mungkin 3-6 bulan untuk melihat perubahan ketara.

Suka diingatkat bahawa kawasan kemaluan dan pangkal paha adalah kawasan yang berkulit lembut,sensitif dan mudah luka.Oleh itu penggunaan bahan-bahan pemutih yang mengandungi agen pemutih atau agen pengelupasan dari bahan kimia seperti Hydroquinone,asid dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.

Saya mencadangkan agar saudari/puan cuba menggunakan bahan bervitamin seperti yang mengandungi Vitamin A,C dan E yang sememangnya berkesan sebagai agen anti-oksida,bertindak sebagai agen pemutih semulajadi dan juga agen pengelupasan secara perlahan-lahan.

Vitamin-vitamin ini biasanya bertindak secara menggalakkan pertumbuhan dan penggantian kulit baru dan secara tidak langsung memutihkan kehitaman/pigmentasi .

Antara ubatan/krim yang boleh digunakan ialah:

1)Krim Vitamin ACE (Jenama YSP),sapu rata hingga meresap 2 atau 3 kali sehari,hendaklah dilakukan secara berterusan.

2)Vitamin E oil-minyak vitamin E juga digunakan secara menyapu hingga meresap pada bahagian terlibat 2 -3 kali sehari.

3)Pil Vitamin C 1000mg setiap hari dan Pil Vit E 400mg setiap hari.

Selain itu, gunalah juga produk –produk lain jika mahu,yang penting ianya berkesan dan selamat seperti basuhan pati sireh dan sebagainya.Menyental secar lembut juga digalakkan untuk membuang sel-sel mati.

Apapun yang digunakan hendaklah selamat,jika sekiranya berlaku kesan kegatalan yang lebih setelah pengunaan apa-apa produk,hendaklah berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat pakar.

TQ.