BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Tuesday, May 11, 2010

Benjolan Di Bibir Kemaluan.

SOALAN:

salam dr,
Saya berumur 23thn dan masih belum berkahwin...
saya mempunyai masalah di mana di bibir kemaluan saya mempunyai benjolan yang besar..sebelum ini benjolan 2 kecil sahaja tetapi seminggu ini benjolan 2 menjadi besar dan agak memedihkan...soalan saya:

1)adakah benjolan ini membahayakan?
2)apakah sebab2 benjolan ini terjadi?
3)apakah rawatan untuk menghilangkan benjolan ini?
4)di manakah saya boleh mendapatkn ubat ataupun rawatan untuk penyakit ini?

diharap dr dapat memberi nasihat dan feedback secepat mungkin kerana perkara ini membimbangkan sy dari hari ke hari...

trime kasih

JAWAPAN:

Wslm,

Sebenarnya agak susah utk mengagak sesuatu masalah tanpa melakukan pemeriksaan,walaubagaimanapun utk pengetahuan saudari majoriti benjolan dibibir kemaluan wanita adalah tidak merbahaya dan boleh dirawat.

1-Bahaya ?.
Saudari kemungkinan besar hanya mengalami pembengkakan kelenjar Bartholin,kelenjar Bartholin berfungsi utk menghasilkan cecair pelincir semasa persetubuhan atau sekadar untuk pembersihan corong/kawasan bibir kemaluan.Biasanya ia tidak kelihatan pada mata kasar.



Gambaran Bartholin Cyst



Kuantiti cecair akan bertambah sekiranya saudari berada dalam keadaan ghairah atau terangsang,jika tersumbat kelenjar ini akan membengkak dan kelihatan berbentuk benjolan yang sakit ,kemerahan dan boleh dijangkiti kuman menghasilkan bisul .



Gambaran Bartholin Cyst pada bibir Kemaluan.




Ianya tidak bahaya dan boleh dirawat dengan antibiotik atau pembedahan jika telah bernanah.......so dapatkan rawatan segera ya.


2-Sebab terjadi ?
Penyumbatan kelenjar akibat kekurangan air badan,rembesan terlalu pekat atau jangkitan kuman.

3-Rawatan.
Perlukan antibiotik utk 1 minggu.Pembedahan jika telah menjadi bisul.










Gambar pembedahan utk mengeluarkan nanah




4-Kena berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan secepat mungkin sebelum ianya merebak.

TQ.

Monday, May 10, 2010

VAKSIN HPV PERCUMA

Sungguh bertuah kita sebagai rakyat Malaysia,kerajaan kita amatlah perihatin terhadap rakyat terutamanya hal-hal berkaitan kesihatan.Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan program pemberian vaksin HPV percuma untuk pelajar sekolah menengah.Adakah ini langkah terbaik atau akan mengakibatkan berlakunya komplikasi sosial lain ?.


Contoh :Penile Wart








Apakah HPV ?,
HPV atau “Human Papilloma Virus” ialah sejenis virus yang boleh mengakibatkan penyakit ketuat dan juga boleh menyebabkan Kanser Pangkal Rahim untuk wanita.Ada 180 jenis HPV dan 40 jenis daripadanya boleh memudaratkan manusia .HPV 16 dan 18 adalah telah diketahui boleh mengakibatkan ketuat tularan seks pada awalnya dan penyakit kanser termasuklah Kanser Pangkal Rahim,kanser penis,kanser rektum dan kanser mulut pada akhirnya.



Contoh Vaginal Wart-Ketuat Kemaluan








Macam mana HPV berjangkit ?,
Secara umunya HPV yang mengakibatkan kanser tularan seks berjangkit melalui sentuhan kulit dari pembawa kepada penerima baru,risiko jangkitan adalah tinggi dikalangan golongan yang mengamalkan seks bebas atau secara lainnya ianya hanya berjangkit melalui hubungan seks termasuklah seks oral,seks anal atau lesbian .

Rawatan yang boleh didapati ?,
HPV yang hanya mengakibatkan ketuat di kawasan kemaluan,dubur,mulut atau kerongkong biasanya boleh dirawati secara ubatan sapuan ataupun pembedahan.

Jika telah menyebabkan kanser maka rawatan adalah secara menyeluruh termasuklah pembedahan dan kemoterapi/radioterapi.Walaubagaimanapun kanser yang terjadi biasanya hanya dapat dikesan pada peringkat yang teruk jadi rawatan yang boleh diberikan kurang membantu.


Contoh :Cervical Cancer.






Pencegahan adalah langkah terbaik ,ini termasuklah :

1-Mengelakkan pengaruh dan amalan seks bebas.
2-Menjaga kebersihan diri dan memastikan pemakanan yang sempurna.
3-Mengambil suntikan Vaksinasi HPV-Gardasil adalah vaksin yang kini telah diluluskan oleh kerajaan untuk pencegahan.

-Vaksin biasanya diberikan kepada gadis yang belum pernah melakukan seks ,biasanya dalam usia 15-16 tahun,atau wanita dalam usia 19-26 thn yang belum terdedah kepada seks.

Nasihat saya ,kalau lah anak-anak kita disekolah hendak diberikan suntikan vaksinasi HPV percuma,ambil jelah………….usahlah berfikir panjang sebab kita tidak dapat meramalkan masa depan apa yang akan berlaku pada anak-anak kita.

Selain itu diharapkan langkah pemberian vaksin HPV percuma tidak disalahertikan oleh gadis/wanita sebagai galakkan untuk melibatkan diri dengan seks bebas.

Adakah pemberian Vaksin HPV adalah langkah terbaik ?

Apakah dengan pemberian percuma vaksin ini akan secara tidak langsung menggalakkan seks bebas ?


Biar anda yang memberi jawapannya …………………………bagi saya sebagai seorang doktor dan beragama islam langkah mengelakkan seks bebas masih adalah langkah pencegahan terbaik.

TQ.

Saturday, May 8, 2010

Gangguan Hormon oleh Stress

Soalan:

Saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin
usia perkahwinan sudah mencecah 2 tahun, february lalu..
saya masih belum mempunyai cahaya mata kerana saya masih belajar
dan mengikut perancangan untuk tidak mempunnyai anak dalam masa terdekat ini..
setiap kali bersama suami, kami menggunakan kondom..
kebelakangan ini haid saya agak tidak teratur...
bermula dari february hingga kini (april) haid saya tidak datang...
saya akui yang saya agak stress dgn pelajaran saya kebelakangan ini..
dan ini adalah kali pertama saya merasakan yang diri saya sgt2 stress..
haid saya sebelum sentiasa teratur..
dan apa yang merisaukan saya lagi,..
puting payudara saya juga keduanya mengeluarkan cecair putih seperti susu..
saya membuat test kehamilan kerana bimbang saya hamil..
tetapi keputusan adalah negatif...
dua kali saya menjalankan ujian tersebut dan keduanya adalah negatif..
jadi,.. apakan cecair yang keluar seakan susu itu dah adakan ianya normal?..
adakah ia berkaitan dengan haid saya yang mengalami gangguan itu...

Izatul.

Jawapan:
Salam utk Pn.Izatul,

InsyaAllah apa yang awak alami adalah perkara yang tidak merbahaya.Keadaan ini hanya disebabkan gangguan hormon,kemungkinan besar stress yang ada alami telah menyebabkan pengeluaran hormon Prolaktin yang berlebihan dari kadar yang asal,ini akan merencatkan pengeluaran hormon Oestrogen/progesteron yang mengawal haid.

Hormon Prolaktin yang tinggi akan mengakibatkan Haid terencat dan berlakunya pengeluaran susu dari buah dada,kesan lain antaranya ialah kekurangan nafsu seks dan kekeringan faraj semasa seks.

Seeloknya cuba tangani stress sebaik mungkin ,dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti ,jaga kesihatan umum,insya Allah keadaan akan kembali normal.

Keadaan ini hanya perlukan rawatan sekirannya anda bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat.

TQ.

Bisul di Kepala

Soalan:

Salam Dr Mazlan,

Anak saya berusia 2 tahun dan akan ditinggalkan di taska semasa saya bekerja. Baru-baru ini tumbuh 3 bisul kecil di bahagian belakang kepalanya.Saya sedari setelah melihat kepalanya seakan-akan mempunyai luka kering.
Untuk pengetahuan doktor, saya sentiasa mementingkan kebersihan anak saya.
Menurut suami saya, semasa kecil dia pernah mengalami bisul yang agak serius.

Soalan saya:
1. Adakah ini melibatkan faktor keturunan?
2. Adakah bisul ini akan berlarutan jikalau tiada pengambilan ubat?
3. Adakah bisul akan berjangkit dari satu individu kepada yang lain?
4. Adakah Bisul ini bakal tumbuh di bahagian muka atau badan yang lain?
5. Apakah punca sebenar dan rawatan yang terbaik bagi mengelakkan bisul?

Diharap Doktor dapat memberikan pandangan terhadap masalah ini.
Sekian, terima kasih

Norasma

Jawapan:

Waalaikum mussalam,

Maaf ye lambat reply sebab streamyx break down,apapun janganlah bimbang masalah anak puan ini adalah kecil sahaja.

1-Bisul tak de kena mengena dengan keturunan.

2-Bisul boleh membesar,berlarutan dan bertambah teruk jika tidak diubati.

3-Bisul adalah jangkitan kuman dan ia boleh berjangkit melalui sentuhan ,biasanya dari tangan yang menggaru kepada orang lain yang disentuhnya.

4-Bisul boleh tumbuh dimana mana yang ada liang roma.

5-Bisul adalah jangkitan kuman bakteria pada liang rerambut/rambut/roma yang tersumbat oleh habuk dan rembesan peluh/minyak badan.Ianya biasa berlaku dikawasan kulit yang banyak berpeluh/berminyak terutamanya bahagian kepala,belakang badan,ketiak dan bahagian kemaluan.

Bisul biasanya menyebabkan kawasan jangkitan menjadi kemerahan,gatal,pedih dan boleh bertukar menjadi nanah,jika digaru ia akan pecah mengeluarkan nanah atau cecair mengandungi bakteria.

Biasanya bisul merebak melalui sentuhan tangan yang telah dicemari cecair bisul yang berbakteria.

Cara terbaik ialah mengambil rawatan antibiotik sama ada secara sapuan jika bisul masih pada peringkat awal ataupun antibiotik oral jika telah bernanah dan banyak.Kesan penyembuhan akan berlaku dalam tempoh 3-5 hari.

Pembedahan utk membuang nanah juga perlu jika bisul telah membesar dan mengandungi banyak nanah.

TQ.

Bisul-Perianal Abscess

Soalan:
A'kum

Dr. saya nak tahu apa cara rawatan yang berkesan untuk penyakit bisul di punggung dekat dengan saluran buang air besar? saya dah jumpa doktor tapi di bagi tahu bisul saya akar di dalam dan tak kan sembuh. tolong lah saya.

terima kasih

Jawapan:
Waalaikum mussalam,

Siapa kata tak boleh sembuh ?,doktor tu tak tahu kot ...............atau pun saje je nak tutup kelemahan diri..........

Bisul dekat dengan salur najis atau perianal abscess(kalau betullah) boleh disembuhkan tetapi memakan masa yang agak lama.






1-pastikan punca
Bisul jenis ini sama ada berpunca dari masalah sembelit atau hanya jangkitan kuman biasa dari najis.Kalaulah ada masalah sembelit hendaklah rawat masalah ini sekali.

2-Antibiotik
Secara umumnya apa-apa jenis bisul pun perlukan antibiotik,tetapi jika bisul yang berpunca dari dalam ataupun dari usus antibiotik biasa tidak akan berkesan,perlu ambil antibiotik yang kuat dan mahal.

3-Pembedahan
Jika telah dipastikan bahawa anda mengidap bisul jenis "perianal abscess" yang berpunca dari masalah usus besar tersumbat oleh sembelit,pembedahan adalah langkah terakhir jika rawatan antibiotik tidak berkesan.

Ada 2 cara pembedahan:
1-Pembedahan membuang nanah
2-Pembedahan untuk menyembuhkan saluran bisul,ini memerlukan satu benang seakan tali tangsi dibiarkan terikat pada bisul hinggalah sembuh.

Jadi apa perlu buat ?.Jika doktor biasa gagal merawat maka mintalah dia refer anda ke hospital untuk berjumpa pakar bedah yang sememangnya lebih pakar dari doktor biasa macam saya ni.

Good luck.

Cervisitis(Radang Pangkal Rahim)

Soalan:
Akum dr.

Saya mengalami pendarahan sejak bulan jan 2010 ni.setiap kali bersama memang akan berlaku pendarahan sehingga hari ini dan sakit pada pelvis.Saya juga ada kelenjar yang tumbuh di sekitar bibir kemaluan.Sya bimbang perkara ni berlarutan...pap - smear saya sudah lakukan semasa pertama sekali berlaku pendarahan.tetapi keputusan nya normal.tiada sebarang jangkitan.

Jawapan:
Waalaikum mussalam,

Penerangan puan ini sebenarnya kurang lengkap,perlu juga dinyatakan tempoh perkahwinan,berapa lama ?.Dah ada anak ke ?.Waktu hubungan seks semasa kemasukan kemaluan suami ada rasa kesakitan ke ?.

Apapun saya andaikan puan hanya mengalami pendarahan semasa seks dan puan serta suami kedua-duanya adalah bebas dari gejala seks bebas.

Berdasarkan penerangan yang diberikan,saya rasa puan hanya mengalami Cervisitis iaitu radang pangkal rahim,ini biasanya berlaku disebabkan oleh tusukan zakar semasa seks yang mencederakan pangkal rahim,pangkal rahim yang cedera boleh dijangkiti kuman.

Antara tandanya ialah sakit bahagian ari-ari terutamanya semasa pergerakan,keluar cecair dari kemaluan yang berlebihan seperti hingus atau keputihan,demam ringan dan sakit serta pendarahan semasa/selepas seks.

Cervisitis biasanya berlaku pada peringkat awal perkahwinan dan perlukan rawatan termasuklah antibiotik.Dengan rawatan masalah ini akan sembuh dala 3-7 hari.Cervisitis biasa berlaku,saya pernah merawat banyak kes-kes begini.

Biji-biji sekitar bibir kemaluan biasanya tanda jangkitan kuman,ianya boleh disembuhkan dengan antibiotik atau antikulat.

Jika rawatan antibiotik gagal membantu atau puan terlalu bimbang takut-takut terkena jangkitan tularan seks,sila jalani ujian saringan darah.

Sila berjumpa doktor utk mendapatkan rawtan,ok.

TQ.

Jangkitan Kulat/STD

Soalan:Salam.

Doc, saya nak tahu macamana atau apa pemeriksaan yang boleh di buat untuk memeriksa penyakit STD ni?.Berapa pulak kosnya?

Untuk pengetahuan doc, saya pernah dapat gatal yang teramat sangat pada hujung zakar dan melecet. tapi ape yang saya perasan, tiada lelehan nanah atau sakit masa nak kencing. saya risau saya terkena jangkitan STD.

Sekarang ni pulak, isteri saya sering terasa tak tahan bila nak kencing dan rasa sakit selepas kencing.

Saya tak pernah mencari pelacur atau main dengan perempuan lain. Saya harap doc boleh tolong merungkaikan masalah yang merunsingkan kepala saya ni.

terima kasih...

Jawapan:
Waalaikum mussalam,

Insyaallah awak hanya terkena jangkitan kulat je.........tetapi isteri awak mengalami jangkitan /luka salur kencing.

Kedua-dua masalah ini boleh dirawat,awak perlukan krim antikulat ,pil antikulat /antibiotik.Isteri pula perlukan rawatan antibiotik utk kencing kotor.

STD(Sexual Transmitted Diseases) ?????,jika awak dan isteri tak pernah terlibat dengan seks rambang kenapa perlu bimbang dengan STD ?.Secara amnya STD hanya berlaku jika kita terlibat dengan seks bebas,walaupun ada beberapa penyakit STD tertentu boleh juga menular secara lain umpamanya melalui jarum suntikan,pemindahan darah tercemar ataupun semasa kelahiran kepada bayi..........ini anugerah Allah utk mereka yang "terpilih" sahaja.

STD boleh dikesan dengan melakukan ujian darah yang berkos sekitar RM 50-RM 150,senang je.

Jumpa doktor ye utk rawatan..................boleh sembuh tu.........kacang je.

TQ