BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Saturday, May 8, 2010

Bisul di Kepala

Soalan:

Salam Dr Mazlan,

Anak saya berusia 2 tahun dan akan ditinggalkan di taska semasa saya bekerja. Baru-baru ini tumbuh 3 bisul kecil di bahagian belakang kepalanya.Saya sedari setelah melihat kepalanya seakan-akan mempunyai luka kering.
Untuk pengetahuan doktor, saya sentiasa mementingkan kebersihan anak saya.
Menurut suami saya, semasa kecil dia pernah mengalami bisul yang agak serius.

Soalan saya:
1. Adakah ini melibatkan faktor keturunan?
2. Adakah bisul ini akan berlarutan jikalau tiada pengambilan ubat?
3. Adakah bisul akan berjangkit dari satu individu kepada yang lain?
4. Adakah Bisul ini bakal tumbuh di bahagian muka atau badan yang lain?
5. Apakah punca sebenar dan rawatan yang terbaik bagi mengelakkan bisul?

Diharap Doktor dapat memberikan pandangan terhadap masalah ini.
Sekian, terima kasih

Norasma

Jawapan:

Waalaikum mussalam,

Maaf ye lambat reply sebab streamyx break down,apapun janganlah bimbang masalah anak puan ini adalah kecil sahaja.

1-Bisul tak de kena mengena dengan keturunan.

2-Bisul boleh membesar,berlarutan dan bertambah teruk jika tidak diubati.

3-Bisul adalah jangkitan kuman dan ia boleh berjangkit melalui sentuhan ,biasanya dari tangan yang menggaru kepada orang lain yang disentuhnya.

4-Bisul boleh tumbuh dimana mana yang ada liang roma.

5-Bisul adalah jangkitan kuman bakteria pada liang rerambut/rambut/roma yang tersumbat oleh habuk dan rembesan peluh/minyak badan.Ianya biasa berlaku dikawasan kulit yang banyak berpeluh/berminyak terutamanya bahagian kepala,belakang badan,ketiak dan bahagian kemaluan.

Bisul biasanya menyebabkan kawasan jangkitan menjadi kemerahan,gatal,pedih dan boleh bertukar menjadi nanah,jika digaru ia akan pecah mengeluarkan nanah atau cecair mengandungi bakteria.

Biasanya bisul merebak melalui sentuhan tangan yang telah dicemari cecair bisul yang berbakteria.

Cara terbaik ialah mengambil rawatan antibiotik sama ada secara sapuan jika bisul masih pada peringkat awal ataupun antibiotik oral jika telah bernanah dan banyak.Kesan penyembuhan akan berlaku dalam tempoh 3-5 hari.

Pembedahan utk membuang nanah juga perlu jika bisul telah membesar dan mengandungi banyak nanah.

TQ.

No comments: