BERINTERAKSI BERSAMA DR.MAZLAN MAT.

LAMAN BLOG INI DIKHASKAN UNTUK INTERAKSI ANTARA ANDA DAN DR.MAZLAN BIN MAT.SEGALA PERSOALAN KESIHATAN ANDA AKAN TERJAWAB........


KAMI ADALAH PAKAR RAWATAN LUKA KRONIK MENGGUNAKAN ULAT.



Tuesday, November 2, 2010

Air Mani keluar Dari Vagina

SOALAN;

salam..
sy berusia 25 thn, dan baru berkahwin pd 18 jun yg lepas...
sy & suami berjumpa bergantung pd cuti masing2, kerana sy bekerja di jb manakala suami bekerja di kl...masalah sy, apb bersama dgn suami selang 30 minit kemudian setelah bersama akan ada air mani yg keluar di seluar dlm sy,apakah punca perkara tersebut berlaku?dan adakah kami ada masalah kesihatan?
harap doktor dapat menjawab soalan sy ini,terima kasih...

JAWAPAN;

Wslm,

Pengeluaran air mani dari vagina isteri selepas hubungan seks adalah perkara biasa dan bukanlah satu masalah atau penyakit,pada kebiasaannya semasa hubungan corong kemaluan akan terbuka untuk kemasukan zakar suami dan corong ini akan mengecil semula apabila zakar dikeluarkan selepas hubungan,pengecilan corong akan menolak cairan mani keluar,namun dikatakan hanya dalam 20% sahaja yang akan keluar.Tambahan pula air mani akan mula mencair dalam tempoh 30 minit selepas dikeluarkan.

Jadi anggaplah ini perkara biasa,ok..............

TQ

Jangkitan/Luka Salur Kencing akibat Seks.

SOALAN;

Dear dr:

Kenapa berlaku pendarahan dan kesakitan semasa membuang air kencing selepas beberapa jam selapas berhubungan seks dgn suami saya?

Adakah ia berbahaya? Selain itu, saya juga menjadi semakin kerap membuang air kencing, tetapi setiap kali akan rasa kencing tidak keluar sepenuhnya.

JAWAPAN;

Hi Anne,

Keadaan ini boleh berlaku kepada mana mana perempuan selepas hubungan seks walaupun kadang kadang ianya menandakan bahawa ada jangkitan saluran kencing.Kesakitan semasa kencing selepas seks adalah disebabkan oleh saluran kencing yang teregang dan luka semasa kemasukan zakar suami.

Keadaan ini kadang kala ada kaitan dengan keadaan anda yang belum bersedia untuk penetrasi zakar dan keadaan cairan pelinciran vagina yang belum cukup untuk penetrasi.

Saya mencadangkan agar anda cuba betul betul menghayati keseronokan hubungan seks ,merasai kenikmatannya dan jangan segan segan untuk meminta minta kepada suami semasa seks tentang apa yang anda mahu dia lakukan terhadap anda.

Bila anda rasa sudah bersedia untuk penetrasi barulah arahkan suami untuk melakukannya,untuk anda semasa penetrasi cuba legakan kemutan vagina anda,bertenang dan cuba hayati betul betul keseronokan seks yang bakal menjelma.

Pastikan juga Anne membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan seks untuk memastikan jika ada kuman yang termasuk kedalam salur kencing semasa seks akan dikeluarkan semula.

Jika masalah ini berterusan saya mencadangkan agar Anne jumpa doktor untuk ujian air kencing bagi memastikan ada jangkitan atau tidak ,jika ada maka antibiotik diperlukan.

TQ

Sifilis Atau Herpes

SOALAN;

sy mempunyai tanda2 penyakit sifilis. tanda2 tu jelas.
sy mengaku dh buat kesilapan pasal terlanjur melakukan sek luaran bersama perempuan urut dan terlanjur sampai menggesel2 kemaluan saya bersama kemaluan nye tetapi tiada sek penetrative.

semua berlaku tanpa perancangan semasa sy outstation ke KL pada bulan june 2010.sejak dr itu sy sgt risau dn menyesal. oleh itu saya memerlukan suntikan antibiotik penicilin (benzatine).

blh tak doktor beritahu saya di mana sy blh mendapatkan suntikan ini selain drpda
hospital dan klinik kerajaan kerana sy malu nk ke klinik yg ramai org. kalau blh
doktor cdgkan nama klinik tersebut.

sekian terima kasih.

bantuan drpda doktor amatlah saya perlukan dan didahului dgn ribuan terima kasih..


jAWAPAN;

Wslm,

Wow..main gesel gesel lagi,sorry ye.......sebenarnya masalahnya terletak pada sentuhan kemaluan awak dengan cairan yang keluar dari Vagina perempuan urut tu.

Eloklah lakukan ujian darah diklinik untuk VDRL/TPHA dahulu.Jika dua-dua positif sahlah sifilis.

Tak semestinya perlukan suntikan,pil pun boleh,cuba dapatkan ,tak semestinya ambil suntikan penicillin,makan ubat pun boleh ,cuba
dapatkan antibiotik ini dari klinik atau farmasi :

-T.Ciprofloxacin 500mg 1 biji 2 x sehari untuk 1 minggu.

Habiskan ubat di atas lepas tu Sambung dengan ubat ini selama 2 hingga 3
minggu:

-T.Doxycycline 100mg 1 biji 2 kali sehari selepas makan.

Ingat jangan berhenti makan antibiotik di atas sehinggalah habis .Insyaallah
akan sembuh.

TQ

SOALAN 2;


Terima kasih dr. Sy dh pun jumpa doktor di hospital colombia bln lps dn dia bg
sy doxycyline malangnye sy alergi teruk lps mkn ubat tu i.e demam n muntah2. So
sy x blh hbskan ubat tu.

Cuma satu sj pilihan yg ada iaitu suntikan penicilin.
Semasa sy jumpa doktor( dr. india) di columbia tu dan masa tu ada ulser kecil di
kemaluan saya, doktor tu x buat ujian darah walaupun sy insist utk dptkn
kepastian.

Namun doktor tu tetap ckp x perlu membuatkan sy fikir doktor tu x serius dgn masalah sy walaupun sy dh ceritakan yg sy ada kontak dgn perempuan.
X lama lps tu ulser kecil itu pulih .

Tetapi Hari ini sy dapati ada ruam di tgn saya dan ada ulser lbh bnyk di
kemaluan saya.. Apabila sy study tanda2 ini dan dptkn informasi dr internet, sy
dapati sy mengidap sifilis tahap dua. Jd itulh yg menyebab kn sy sgt risau dh
jumpa blog Dr madzlan di internet.

Jika hanya suntikan yg sy blh terima kerana oral supplement menyebabkn sy
alergi, klinik swasta apakah yg mempunyai prasarana utk tujuan itu?.
Saya difahami tidak semua jenis penyakit blh dirujuk kpda klinik biasa, mungkin
hospital colombia juga tidak mempunyai kepakaran utk merawat penyakit ini.

Blh doktor cadangkan klinik mana yg saya blh rujuk? Klinik di kl pun x mengapa
kerana sy sanggup kesana utk mendapatkan rawatan awl sblm terlambat.....

Terima kasih dr kerana ambil brt masalah saya ni. Semoga kesilapan pertama sy ni
merjadi pengajaran seumur hidup..

Sy benar2 tertekan dh malu dgn apa yg dh berlaku.


Bantuan doktor saya ucapkan berbanyak terima kasih.

JAWAPAN 2;

-Sebenarnya saya masih nasihatkan anda untuk buat ujian darah utk bezakan sama ada anda betul dapat Sifilis atau Herpes sebab tandanya hampir sama tetapi rawatannya berbeza.

-Klinik atau hospital mana mana pun boleh merawat masalah anda ini sebab hanya masalah kecil berbanding HIV atau Hep B yang tiada rawatan untuk 100% penyembuhan.

-Awak bukanlah allergik kepada Doxycycline tetapi awak mendapat kesan sampingan antibiotik itu,itu memang biasa berlaku.So ambillah ubat yang mula mula saya cadangkan tu,ianya sangat berkesan tetapi lebih mahal.Ambil untuk 2 minggu.

-Kalau susah sangat datang jumpa saya jelah.

-Dulu-dulu memanglah kita guna Penicillin,itu zaman Jepun dulu tetapi sekarang kita bagi injection lain yang lebih mujarab .

Dulu saya merawat kes hampir sama,ujian darah walaubagaimanapun menunjukkan dia kena Herpes,rawatannya memang hanya antivirus.


Wellcome to Selayang,selangor.OK

TQ

Kekeringan Vagina.

SOALAN;

salam,mengenai subject diatas,saya dan isteri tidak dpt melakukan p'setubuhan secara normal dengan memasukkan zakar kedlm faraj spt kbykan pasangan lain,kami biasanya hanya melakukan seks oral kerana vagina isteri sentiasa kering wpun isteri saya telah pun klimax 2 kali semasa oral seks.

Sblm melahirkn anak kekeringan vagina tidak begitu ketara wpun cairan vagina adalah sedikit namun dpt dibantu dgn ky gel tetapi selepas melahirkan anak sulung,vagina tidak lg mengeluarkan cairan dan memasukkan zakar adalah mustahil sama sekali wpun menggunakan ky gel.

Dan isteri merasa sakit setiap kali saya cuba memasukan zakar wpun m'gunakan ky gel.umur isteri baru shj 29 tahun.boleh x doktor jelaskn sebab dan jalan penyelesaian,kami tidak mengadakan seks scr normal selama setahun lebih kerana masalah ini.

Terima kasih doktor.

JAWAPAN;


Wslm,

Kemungkinan besar isteri mengalami gejala kekurangan hormon mungkin akibat stress,perubahan berat badan atau punca punca lain.Kekeringan Vagina boleh juga berlaku akibat kekurangan rangsangan fizikal atau keadaan isteri yang terlalu penat semasa hubungan.

Saya mencadangkan isteri awak untuk mendapatkan rawatan hormon untuk sekurang kurangnya 3 bulan,selalulah melakukan aktiviti seks ringan bersama isteri walaupun tidak secara penetrasi zakar untuk menggalakkan pengeluaran cairan vagina,anda juga boleh cuba memasukkan satu jari kedalam vagina semasa merangsang isteri untuk mengetahui sama ada ianya boleh membantu menambah cairan ,jika satu jari berjaya maka anda boleh menambah bilangan jari kepada 2-3,jika berjaya biasanya kemasukan zakar adalah amat mudah.

Dari segi ubatan,isteri anda juga boleh mengamalkan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari,Kacip Fatima/Manjakani atau jamu yang bersesuaian.

Bawalah juga isteri untuk mengurut badan dan berpesan kepada makcik yang mengurut tu untuk mengurut batin iaitu urutan untuk melancarkan darah pada peranakan,biasanya rawatan hormon berserta langkah langkah di atas boleh membantu.

Jangan lupa lebihkan juga memberikan perhatian dan kasih sayang kepada isteri,kadang-kadang hal begini terjadi sebab isteri anda ada merajuk dan berdendam atas hal-hal tertentu.........

TQ

Alahan pada Pantiliner

SOALAN;

salam doc....saya nak tanya doc pasal jangkitan kulat..bln lepas kawan saye ada terkena jangkitan kulat gara2 pantiliner..lepas je pegi klinik,doctor bg sejenis ubat yg dimasukkan kedalam faraj..

selepas 3 mlm guna ubat tue,muncul pulak rasa kesat dan kering kat area faraj...than kawan saye terpaksa pergi farmasi utk beli antibiotik..lps je mkn antibiotik,br ok..

selang 3 minggu lepas tue,kwn sye period..lepas je 5 hr period,ari2 kwn saye ada rs sakit..mcm senggugut je..kalau nak kencing mcm ada rs sesuatu kat ari2..pendapat doc,mungkin tak kwn saye tue terkena jangkitan kumam atau jangkitan kulat berulang lagi...

JAWAPAN;

Biasanya jarang ada jangkitan kulat yang diakibatkan oleh Pantiliner,yang biasa berlaku ialah allergic setempat akibat bahan kimia pada pantiliner,biasanya ia ditandai dengan ruam kemerahan,pedih,gatal dan kadang-kadang melecet.Rawatan ialah ubatan /krim anti keradangan dan mengelakkan penggunaan patiliner yang sama jenis.

Rasa sakit pada ari-ari kemungkinan besar akibat keradangan pangkal rahim/servik atau jangkitan pundi kencing,rawatannya adalah hampir sama iaitu pengambilan antibiotik untuk 1 minggu serta ubat tahan sakit.

Ini biasanya disebabkan kekerapan hubungan seks atau akibat salur kencing dijangkiti kuman semasa Haid atau semasa seks.

Jangan bimbang sebab masalah ini boleh dirawat tetapi boleh berulang-ulang jika tidak berhati-hati dimasa depan.

TQ

Jangkitan Kemaluan/Vagina

SOLAN;

salam, Dr.,

saya mempunyai masalah irregular period dan juga vagina infection di sekitar labia kanan sejak sebelum berkahwin dan saya telah mendapatkn rawatan untuk infection tersebut dengan mengambil ketaconazole 200mg, dynavate cream, clotrimazole talcum, dan penggunaan eubos emulsion seperti saranan doktor.


saya baru berkahwin 12sept lalu.
saya telah mengalami pendarahan sewaktu Seks(SI) .
my first SI was on 17/9.
namun demikian, setiap kali SI, saya akan merasa sakit dan pedih.


saya sangkakan itu perkara biasa, namun pada kali terakhir, keluar darah merah dan darah merah pekat seperti ketulan darah haid.

saya telah berjumpa doctor.
doctor telah melakukan pemeriksaan, terdapa luka pada dinding vagina dan ia sudah membengkak.

terdapat juga infection di sekitar labia.
doctor menasihatkan saya untuk berehat daripada akiviti seks.
dan mencadangkan penggunaan K.Y jelly sebagai pelincir.


doctor memberikan antibiotik amoxycillin 250mg utk dimkn 3 kali sehari selama 3 hari, cream, pontalon dan eubos emulsion.


di sini terdapat beberapa soalan:

SOALAN 1;

1. adakah luka dan pendarahan tersebut berpunca daripada vagina infection yang saya hadapi sebelum ini?

JAWAPAN;

Waalaikum .............

Ada beberapa punca antaranya ialah:
1-Jangkitan kulat atau kuman pada dinding Vagina..
2-Luka akibat SI semata-mata yang diakibatkan oleh kekeringan Vagina.
3-Luka atau keradangan Pangkal rahim akibat tusukan zakar semasa SI.

Untuk merawat masalah ini biasanya rawatan seperti di atas diberikan,mungkin rawatan yang puan dapat terlalu singkat tempohnya (antibiotik hanya 3 hari-biasanya minimum 5-7 hari).

Jangkitan Kulat/kuman biasanya memerlukan rawatan selama 2 minggu hingga 20 hari jika Ketoconazole digunakan.Jika tidak ianya akan berulang.

Puan juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan bertanya cara mengatasi kekeringan Vagina semasa SI jika ini masalahnya,saya secara dasarnya merasakan puan sememangnya mengalami masalah ini,tandanya ialah sakit/pedih semasa SI.

Puan tidak perlu risau sebab masalah jangkitan dan kesakitan semasa seks adalah boleh dirawat jika kena caranya.

SOALAN 2;

2. saya faham penggunaan cream dan emulsion tersebut adalah untuk merawat infection di sekitar labia.
adakah betul apa yang saya faham?

JAWAPAN 2;

Ya,tetapi saya menasihatkan puan untuk mengurangkan penggunaan krim Dynavate yang mengandungi steroid pada bahagian kemaluan kerana penggunaan berpanjangan boleh mendatangkan kesan lain seperti penipisan kulit dan jangkitan kulat yang lebih teruk.Miconazole powder sudah mencukupi untuk jangkitan kulat.

Tentang emulsion,jika ianya sememangnya dicipta un tuk kemaluan maka puan boleh meneruskan penggunaannya tetapi jika ianya sekadar antiseptik biasa maka ianya adalah tidak sesuai untuk bahagian kemaluan akibat perbezaan PH.Ini boleh menyebabkan perubahan PH yang mempengaruhi jangkitan kulat/kuman.

SOALAN 3;

3. berapa lamakah jangka waktu untuk luka tersebut dan jangkitan kuman tu akan sembuh?

JAWAPAN 3;

Jangkitan kuman biasa akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu dengan antibiotik yang betul.
Jangkitan kulat bisanya lebih lama hingga 20 hari atau lebih tetapi biasanya 1-2 minggu juga.


SOALAN 4;
4. adakah saya akan mengalami masalah untuk hamil? period terakhir sya adalah pada 23/08-6/9 dan bersambung pada 10/9-13/9

JAWAPAN 4;

Ianya tiada kena mengena dengan kesuburan dengan syarat ianya tidak serius dan tidak melibatkan salur peranakan dalam.

Untuk maklumat lanjut puan boleh berjumpa saya jika puan berada di kawasan selayang,selangor.

TQ

Gynaecomastia/Buah Dada pada Lelaki

SOALAN;

saya lelaki, berumur 20 tahun.. saya mengalami masalah puting timbul pada sebelah kanan..tetapi pada sebelah kiri saya pula dalam keadaan normal.. kadang2 saya berasa segan untuk membuka baju.. memang dulu badan saya agak gemuk, tetapi sekarang tidak lagi.. saya mengalami masalah ini sejak berumur 16 tahun lagi.. sudah bermacam cara saya lakukan seperti bersenam, bermain bola sepak, bermain futsal, dan bermain gim.. tetapi tetap tiada perubahan..

apa yang perlu saya lakukan supaya puting sebelah kanan saya tidak timbul dan tenggelam, sama seperti puting sebelah kiri saya..??

perlukah saya membuat lazer treatment??? berapakah kosnya?? adakah cara lain untuk mengatasinya?? dan nasihat dr.mazlan??

JAWAPAN;


Assalamualaikum,

Awak mengalami masalah Gynaecomastia atau pengumpulan sel lemak dibawah puting buah dada seperti yang berlaku pada wanita,ianya tidak merbahaya dan bukan juga kanser tetapi kehadiran Gynaecomastia boleh memalukan.





Jika dibiarkan ianya boleh bertambah besar bergantung kepada tahap ketebalan lemak bawah kulit.

Tidak ada rawatan yang lebih berkesan dari rawatan pembedahan ,pembedahan ini hanyalah pembedahan kecil membuang sel lemak tersebut dan ianya boleh dilakukan di hospital kerajaan/swasta.

Kosnya adalah amat murah jika dilakukan dihospital kerajaan,so dapatkan appointment utk berjumpa pakar bedah secepat mungkin ye............

TQ

Vaginal Candidiasis/Jangkitan Kulat Kemaluan.

SOALAN;

saya seorg perempuan berumur 23 tahun dan belum berkahwin.
saya mengalami masalah bintik-bintik putih yang sgt kecil tumbuh begitu banyak di sekitar bibir kemaluan luar dan dalam.Bintik2 tersebut tidak sakit tp kdg2 gatal.ianya seprti jerawat nasi tp sgt kecil dan tidak pecah.

utk pengetahuan dr,masalah ni sudah bertahun2 dan makin bertambah tahun ke tahun.
apa yang saya ingat sewaktu sebelum didatangi haid yg pertama, saya mengalami lelehan biasa,dan disebabkn sentiasa basah, sudah menjadi amalan saya menyapu bedak talkum di seluruh kemaluan saya.lama juga saya buat begitu.

adakah bedak talkum menjadi punca?
sy malu utk brjumpa dr,apa yg patut sy lakukn since next year sy akan berkahwin?

JAWAPAN;

Salam,

Awak hanya mendapat jangkitan kulat ,ianya adalah dari kombinasi keputihan,kelembapan dan bedak yang awak gunakan.Cuba dapatkan rawatan berikut:

1-Pil anti-kulat-di ambil 1 biji setiap minggu untuk 2 minggu.

2-Hentikan penggunaan bedak talkum dikawasan kemaluan kerana ianya juga akan menggelapkan kawasan kemaluan.

3-Gunakan krim anti-kulat,sapu 2 kali sehari disekitar kemaluan hingga 2 minggu.

Sila dapatkan rawatan doktor atau boleh juga berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan jika tidak keberatan.Ubatan boleh juga dihantar melalui pos dengan bayaran tertentu.

TQ

JERAWAT KEMALUAN (FOLLICULITIS)

SOALAN;
Salam,

kehadapan Dr mazlan,

Saya N, berasal dr johor..sy mndapat email doktor di laman web ketika sy sdg melakukan sedikit kaji selidik berhubung masalah yg sedang sy lalui saat i ni. sy menghadapi masalh benjolan2 kecil di ats kemaluan saya.walaupun agk segan untuk berkongsi masalah, sy harap doktor dapat memberi serba sedikit penerangan agar sy lbh yakin untuk mndapatkan rawatan di klinik puan atau dapat berubat sndr untk mngatasi mslh ini.

pada asal nya, benjolan kecil ini cm satu saje dan ia nya bukan di bibir kemaluan saperti yg pnh dialami saudari sblm ini yg mnceritakan mslh yg dihadapi nya kpd doktor. bnjolan yg saya alami ini adalah diatas kemaluan. dari satu.. sy dapati dia mnjadi 3 ketulan di lain2 kwsn berhampiran. dan ini amatlah merisaukan saya. adakah benjolan ini akan hilang sendiri atau bagaimana.

adakah ianya bengkak kelenjar biasa atau penyakit lain..
sy rungsing akan kesihatan sy pada ms hadapan. ini kerana sy msih muda dan belum berumah tangga.

penerangan doktor amat2 sy hargai. diharap doktor dapat membantu sy.

sekian..terima kasih

JAWAPAN;
Wslm

Rasanya awak hanya mendapat jangkitan kuman liang roma atau Folliculitis,ianya juga dikenali sebagai jerawat kemaluan,ianya boleh berlaku dikawasan yang ditumbuhi rerambut seperti kepala ,ketiak atau kawasan kemaluan.

Pembengkakan biasanya bermula dengan sedikit benjolan kecil kemerahan,sakit ,sedikit gatal dan jika digaru ianya boleh merebak kererambut berdekatan.

Rawatannya adalah dengan pengambilan antibiotik untuk tempoh 2 minggu hingga 1 bulan dan krim antibiotik sapuan .Biasanya ianya akan sembuh apabila mengambil antibiotik tetapi boleh berulang jika kebersihan kawasan kemaluan tidak dijaga atau selalu lembab.

Rerambut kemaluan hendaklah juga sentiasa dipastikan pendek dan kemas tanpa apa-apa bau yang kurang sihat.Pemakaian seluar dalam bukan kapas juga hendaklah dielakkan kerana ianya hanya memerangkap lembapan.

Perlu diingat jangan sekali kali menggaru benjolan yang timbul sebab ianya hanya akan merebakkan lagi jangkitan kuman.


TQ

Tuesday, May 11, 2010

Benjolan Di Bibir Kemaluan.

SOALAN:

salam dr,
Saya berumur 23thn dan masih belum berkahwin...
saya mempunyai masalah di mana di bibir kemaluan saya mempunyai benjolan yang besar..sebelum ini benjolan 2 kecil sahaja tetapi seminggu ini benjolan 2 menjadi besar dan agak memedihkan...soalan saya:

1)adakah benjolan ini membahayakan?
2)apakah sebab2 benjolan ini terjadi?
3)apakah rawatan untuk menghilangkan benjolan ini?
4)di manakah saya boleh mendapatkn ubat ataupun rawatan untuk penyakit ini?

diharap dr dapat memberi nasihat dan feedback secepat mungkin kerana perkara ini membimbangkan sy dari hari ke hari...

trime kasih

JAWAPAN:

Wslm,

Sebenarnya agak susah utk mengagak sesuatu masalah tanpa melakukan pemeriksaan,walaubagaimanapun utk pengetahuan saudari majoriti benjolan dibibir kemaluan wanita adalah tidak merbahaya dan boleh dirawat.

1-Bahaya ?.
Saudari kemungkinan besar hanya mengalami pembengkakan kelenjar Bartholin,kelenjar Bartholin berfungsi utk menghasilkan cecair pelincir semasa persetubuhan atau sekadar untuk pembersihan corong/kawasan bibir kemaluan.Biasanya ia tidak kelihatan pada mata kasar.



Gambaran Bartholin Cyst



Kuantiti cecair akan bertambah sekiranya saudari berada dalam keadaan ghairah atau terangsang,jika tersumbat kelenjar ini akan membengkak dan kelihatan berbentuk benjolan yang sakit ,kemerahan dan boleh dijangkiti kuman menghasilkan bisul .



Gambaran Bartholin Cyst pada bibir Kemaluan.




Ianya tidak bahaya dan boleh dirawat dengan antibiotik atau pembedahan jika telah bernanah.......so dapatkan rawatan segera ya.


2-Sebab terjadi ?
Penyumbatan kelenjar akibat kekurangan air badan,rembesan terlalu pekat atau jangkitan kuman.

3-Rawatan.
Perlukan antibiotik utk 1 minggu.Pembedahan jika telah menjadi bisul.










Gambar pembedahan utk mengeluarkan nanah




4-Kena berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan secepat mungkin sebelum ianya merebak.

TQ.

Monday, May 10, 2010

VAKSIN HPV PERCUMA

Sungguh bertuah kita sebagai rakyat Malaysia,kerajaan kita amatlah perihatin terhadap rakyat terutamanya hal-hal berkaitan kesihatan.Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan program pemberian vaksin HPV percuma untuk pelajar sekolah menengah.Adakah ini langkah terbaik atau akan mengakibatkan berlakunya komplikasi sosial lain ?.


Contoh :Penile Wart








Apakah HPV ?,
HPV atau “Human Papilloma Virus” ialah sejenis virus yang boleh mengakibatkan penyakit ketuat dan juga boleh menyebabkan Kanser Pangkal Rahim untuk wanita.Ada 180 jenis HPV dan 40 jenis daripadanya boleh memudaratkan manusia .HPV 16 dan 18 adalah telah diketahui boleh mengakibatkan ketuat tularan seks pada awalnya dan penyakit kanser termasuklah Kanser Pangkal Rahim,kanser penis,kanser rektum dan kanser mulut pada akhirnya.



Contoh Vaginal Wart-Ketuat Kemaluan








Macam mana HPV berjangkit ?,
Secara umunya HPV yang mengakibatkan kanser tularan seks berjangkit melalui sentuhan kulit dari pembawa kepada penerima baru,risiko jangkitan adalah tinggi dikalangan golongan yang mengamalkan seks bebas atau secara lainnya ianya hanya berjangkit melalui hubungan seks termasuklah seks oral,seks anal atau lesbian .

Rawatan yang boleh didapati ?,
HPV yang hanya mengakibatkan ketuat di kawasan kemaluan,dubur,mulut atau kerongkong biasanya boleh dirawati secara ubatan sapuan ataupun pembedahan.

Jika telah menyebabkan kanser maka rawatan adalah secara menyeluruh termasuklah pembedahan dan kemoterapi/radioterapi.Walaubagaimanapun kanser yang terjadi biasanya hanya dapat dikesan pada peringkat yang teruk jadi rawatan yang boleh diberikan kurang membantu.


Contoh :Cervical Cancer.






Pencegahan adalah langkah terbaik ,ini termasuklah :

1-Mengelakkan pengaruh dan amalan seks bebas.
2-Menjaga kebersihan diri dan memastikan pemakanan yang sempurna.
3-Mengambil suntikan Vaksinasi HPV-Gardasil adalah vaksin yang kini telah diluluskan oleh kerajaan untuk pencegahan.

-Vaksin biasanya diberikan kepada gadis yang belum pernah melakukan seks ,biasanya dalam usia 15-16 tahun,atau wanita dalam usia 19-26 thn yang belum terdedah kepada seks.

Nasihat saya ,kalau lah anak-anak kita disekolah hendak diberikan suntikan vaksinasi HPV percuma,ambil jelah………….usahlah berfikir panjang sebab kita tidak dapat meramalkan masa depan apa yang akan berlaku pada anak-anak kita.

Selain itu diharapkan langkah pemberian vaksin HPV percuma tidak disalahertikan oleh gadis/wanita sebagai galakkan untuk melibatkan diri dengan seks bebas.

Adakah pemberian Vaksin HPV adalah langkah terbaik ?

Apakah dengan pemberian percuma vaksin ini akan secara tidak langsung menggalakkan seks bebas ?


Biar anda yang memberi jawapannya …………………………bagi saya sebagai seorang doktor dan beragama islam langkah mengelakkan seks bebas masih adalah langkah pencegahan terbaik.

TQ.

Saturday, May 8, 2010

Gangguan Hormon oleh Stress

Soalan:

Saya berumur 24 tahun dan sudah berkahwin
usia perkahwinan sudah mencecah 2 tahun, february lalu..
saya masih belum mempunyai cahaya mata kerana saya masih belajar
dan mengikut perancangan untuk tidak mempunnyai anak dalam masa terdekat ini..
setiap kali bersama suami, kami menggunakan kondom..
kebelakangan ini haid saya agak tidak teratur...
bermula dari february hingga kini (april) haid saya tidak datang...
saya akui yang saya agak stress dgn pelajaran saya kebelakangan ini..
dan ini adalah kali pertama saya merasakan yang diri saya sgt2 stress..
haid saya sebelum sentiasa teratur..
dan apa yang merisaukan saya lagi,..
puting payudara saya juga keduanya mengeluarkan cecair putih seperti susu..
saya membuat test kehamilan kerana bimbang saya hamil..
tetapi keputusan adalah negatif...
dua kali saya menjalankan ujian tersebut dan keduanya adalah negatif..
jadi,.. apakan cecair yang keluar seakan susu itu dah adakan ianya normal?..
adakah ia berkaitan dengan haid saya yang mengalami gangguan itu...

Izatul.

Jawapan:
Salam utk Pn.Izatul,

InsyaAllah apa yang awak alami adalah perkara yang tidak merbahaya.Keadaan ini hanya disebabkan gangguan hormon,kemungkinan besar stress yang ada alami telah menyebabkan pengeluaran hormon Prolaktin yang berlebihan dari kadar yang asal,ini akan merencatkan pengeluaran hormon Oestrogen/progesteron yang mengawal haid.

Hormon Prolaktin yang tinggi akan mengakibatkan Haid terencat dan berlakunya pengeluaran susu dari buah dada,kesan lain antaranya ialah kekurangan nafsu seks dan kekeringan faraj semasa seks.

Seeloknya cuba tangani stress sebaik mungkin ,dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti ,jaga kesihatan umum,insya Allah keadaan akan kembali normal.

Keadaan ini hanya perlukan rawatan sekirannya anda bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat.

TQ.

Bisul di Kepala

Soalan:

Salam Dr Mazlan,

Anak saya berusia 2 tahun dan akan ditinggalkan di taska semasa saya bekerja. Baru-baru ini tumbuh 3 bisul kecil di bahagian belakang kepalanya.Saya sedari setelah melihat kepalanya seakan-akan mempunyai luka kering.
Untuk pengetahuan doktor, saya sentiasa mementingkan kebersihan anak saya.
Menurut suami saya, semasa kecil dia pernah mengalami bisul yang agak serius.

Soalan saya:
1. Adakah ini melibatkan faktor keturunan?
2. Adakah bisul ini akan berlarutan jikalau tiada pengambilan ubat?
3. Adakah bisul akan berjangkit dari satu individu kepada yang lain?
4. Adakah Bisul ini bakal tumbuh di bahagian muka atau badan yang lain?
5. Apakah punca sebenar dan rawatan yang terbaik bagi mengelakkan bisul?

Diharap Doktor dapat memberikan pandangan terhadap masalah ini.
Sekian, terima kasih

Norasma

Jawapan:

Waalaikum mussalam,

Maaf ye lambat reply sebab streamyx break down,apapun janganlah bimbang masalah anak puan ini adalah kecil sahaja.

1-Bisul tak de kena mengena dengan keturunan.

2-Bisul boleh membesar,berlarutan dan bertambah teruk jika tidak diubati.

3-Bisul adalah jangkitan kuman dan ia boleh berjangkit melalui sentuhan ,biasanya dari tangan yang menggaru kepada orang lain yang disentuhnya.

4-Bisul boleh tumbuh dimana mana yang ada liang roma.

5-Bisul adalah jangkitan kuman bakteria pada liang rerambut/rambut/roma yang tersumbat oleh habuk dan rembesan peluh/minyak badan.Ianya biasa berlaku dikawasan kulit yang banyak berpeluh/berminyak terutamanya bahagian kepala,belakang badan,ketiak dan bahagian kemaluan.

Bisul biasanya menyebabkan kawasan jangkitan menjadi kemerahan,gatal,pedih dan boleh bertukar menjadi nanah,jika digaru ia akan pecah mengeluarkan nanah atau cecair mengandungi bakteria.

Biasanya bisul merebak melalui sentuhan tangan yang telah dicemari cecair bisul yang berbakteria.

Cara terbaik ialah mengambil rawatan antibiotik sama ada secara sapuan jika bisul masih pada peringkat awal ataupun antibiotik oral jika telah bernanah dan banyak.Kesan penyembuhan akan berlaku dalam tempoh 3-5 hari.

Pembedahan utk membuang nanah juga perlu jika bisul telah membesar dan mengandungi banyak nanah.

TQ.

Bisul-Perianal Abscess

Soalan:
A'kum

Dr. saya nak tahu apa cara rawatan yang berkesan untuk penyakit bisul di punggung dekat dengan saluran buang air besar? saya dah jumpa doktor tapi di bagi tahu bisul saya akar di dalam dan tak kan sembuh. tolong lah saya.

terima kasih

Jawapan:
Waalaikum mussalam,

Siapa kata tak boleh sembuh ?,doktor tu tak tahu kot ...............atau pun saje je nak tutup kelemahan diri..........

Bisul dekat dengan salur najis atau perianal abscess(kalau betullah) boleh disembuhkan tetapi memakan masa yang agak lama.






1-pastikan punca
Bisul jenis ini sama ada berpunca dari masalah sembelit atau hanya jangkitan kuman biasa dari najis.Kalaulah ada masalah sembelit hendaklah rawat masalah ini sekali.

2-Antibiotik
Secara umumnya apa-apa jenis bisul pun perlukan antibiotik,tetapi jika bisul yang berpunca dari dalam ataupun dari usus antibiotik biasa tidak akan berkesan,perlu ambil antibiotik yang kuat dan mahal.

3-Pembedahan
Jika telah dipastikan bahawa anda mengidap bisul jenis "perianal abscess" yang berpunca dari masalah usus besar tersumbat oleh sembelit,pembedahan adalah langkah terakhir jika rawatan antibiotik tidak berkesan.

Ada 2 cara pembedahan:
1-Pembedahan membuang nanah
2-Pembedahan untuk menyembuhkan saluran bisul,ini memerlukan satu benang seakan tali tangsi dibiarkan terikat pada bisul hinggalah sembuh.

Jadi apa perlu buat ?.Jika doktor biasa gagal merawat maka mintalah dia refer anda ke hospital untuk berjumpa pakar bedah yang sememangnya lebih pakar dari doktor biasa macam saya ni.

Good luck.

Cervisitis(Radang Pangkal Rahim)

Soalan:
Akum dr.

Saya mengalami pendarahan sejak bulan jan 2010 ni.setiap kali bersama memang akan berlaku pendarahan sehingga hari ini dan sakit pada pelvis.Saya juga ada kelenjar yang tumbuh di sekitar bibir kemaluan.Sya bimbang perkara ni berlarutan...pap - smear saya sudah lakukan semasa pertama sekali berlaku pendarahan.tetapi keputusan nya normal.tiada sebarang jangkitan.

Jawapan:
Waalaikum mussalam,

Penerangan puan ini sebenarnya kurang lengkap,perlu juga dinyatakan tempoh perkahwinan,berapa lama ?.Dah ada anak ke ?.Waktu hubungan seks semasa kemasukan kemaluan suami ada rasa kesakitan ke ?.

Apapun saya andaikan puan hanya mengalami pendarahan semasa seks dan puan serta suami kedua-duanya adalah bebas dari gejala seks bebas.

Berdasarkan penerangan yang diberikan,saya rasa puan hanya mengalami Cervisitis iaitu radang pangkal rahim,ini biasanya berlaku disebabkan oleh tusukan zakar semasa seks yang mencederakan pangkal rahim,pangkal rahim yang cedera boleh dijangkiti kuman.

Antara tandanya ialah sakit bahagian ari-ari terutamanya semasa pergerakan,keluar cecair dari kemaluan yang berlebihan seperti hingus atau keputihan,demam ringan dan sakit serta pendarahan semasa/selepas seks.

Cervisitis biasanya berlaku pada peringkat awal perkahwinan dan perlukan rawatan termasuklah antibiotik.Dengan rawatan masalah ini akan sembuh dala 3-7 hari.Cervisitis biasa berlaku,saya pernah merawat banyak kes-kes begini.

Biji-biji sekitar bibir kemaluan biasanya tanda jangkitan kuman,ianya boleh disembuhkan dengan antibiotik atau antikulat.

Jika rawatan antibiotik gagal membantu atau puan terlalu bimbang takut-takut terkena jangkitan tularan seks,sila jalani ujian saringan darah.

Sila berjumpa doktor utk mendapatkan rawtan,ok.

TQ.

Jangkitan Kulat/STD

Soalan:Salam.

Doc, saya nak tahu macamana atau apa pemeriksaan yang boleh di buat untuk memeriksa penyakit STD ni?.Berapa pulak kosnya?

Untuk pengetahuan doc, saya pernah dapat gatal yang teramat sangat pada hujung zakar dan melecet. tapi ape yang saya perasan, tiada lelehan nanah atau sakit masa nak kencing. saya risau saya terkena jangkitan STD.

Sekarang ni pulak, isteri saya sering terasa tak tahan bila nak kencing dan rasa sakit selepas kencing.

Saya tak pernah mencari pelacur atau main dengan perempuan lain. Saya harap doc boleh tolong merungkaikan masalah yang merunsingkan kepala saya ni.

terima kasih...

Jawapan:
Waalaikum mussalam,

Insyaallah awak hanya terkena jangkitan kulat je.........tetapi isteri awak mengalami jangkitan /luka salur kencing.

Kedua-dua masalah ini boleh dirawat,awak perlukan krim antikulat ,pil antikulat /antibiotik.Isteri pula perlukan rawatan antibiotik utk kencing kotor.

STD(Sexual Transmitted Diseases) ?????,jika awak dan isteri tak pernah terlibat dengan seks rambang kenapa perlu bimbang dengan STD ?.Secara amnya STD hanya berlaku jika kita terlibat dengan seks bebas,walaupun ada beberapa penyakit STD tertentu boleh juga menular secara lain umpamanya melalui jarum suntikan,pemindahan darah tercemar ataupun semasa kelahiran kepada bayi..........ini anugerah Allah utk mereka yang "terpilih" sahaja.

STD boleh dikesan dengan melakukan ujian darah yang berkos sekitar RM 50-RM 150,senang je.

Jumpa doktor ye utk rawatan..................boleh sembuh tu.........kacang je.

TQ