Soalan:
Bagaimana cara untuk menyatakan pada suami rasa tidak puas hati tentang keperluan seks yang di abaikan(jarang-1/month or nil/month)?
Jawapan:
Saya sebenarnya amat bersimpati atas masalah puan ini,namun bagi saya sebelum masalah menjadi semakin parah ,eloklah sekiranya puan cuba menyelesaikannya,bagi lelaki normal,fikirannya biasanya sememangnya akan selalu mengigati seks tetapi secara yang terkawal mengikut agama dan akal,jika suami secara tiba-tiba mengabaikan seks maka tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangga,ini termasuklah:
1-Suami lemah atau mati pucuk.
2-Suami curang.
3-Isteri bermasalah.
Seks yang normal ialah 2-3 kali seminggu bergantung kepada keperluan masing-masing.
1-Berbincang hati ke hati.
Cara yang terbaik ialah dengan berterus terang,ajaklah suami untuk berbincang sama ada semasa kelapangan atau sebelum tidur tanpa kehadiran orang lain,nyatakan pada suami secara lemah lembut apa yang puan mahukan darinya dan luahkanlah juga rasa tidak puas hati puan tentang seks yang diabaikan,namun seboleh mungkin dengan cara yang paling halus dan tidak memaksa.
Saya benar-benar mengharapkan yang suami puan adalah seorang yang berfikiran terbuka dan bukanlah yang mementingkan diri terutamanya dalam hal seks.Tanpa malu-malu tanyalah suami apa kekurangan anda hingga menyebabkan anda dibiarkan tanpa belaian dan sekirannya ada yang tidak disukainya cubalah perbaiki dan berjanji dengan suami akan melakukan perubahan.
Sekiranya cara bersemuka ini juga tidak mengdatangkan hasil,maka seeloknya puan cuba mendapatkan bantuan pihak ketiga,sebolehnya biarlah saudara perempuan terdekat yang akrab dengan suami dan boleh dipercayai iaitu ibu,ibu mertua ,kakak ipar dan sebagainnya.
2-Lakukan dengan perbuatan.
Perlu diingat lelaki biasanya lebih mudah tergoda melalui deria tertentu seperti melalui pendengaran,pengelihatan dan sentuhan.
Seeloknya cubalah bersikap manja dan mengada-ngada bila berduaan dengan suami,kenakanlah pakaian yang sedikit menggoda,berwarna terang lembut dan terdedah sedikit bila melayan suami di rumah,jika hanya berdua seeloknya tinggalkanlah “Underwear” dan “Bra” supaya kelihatan lebih menggoda.
Lelaki biasanya lebih menghargai apa yang sedikit terdedah dari yang semuanya terdedah,seperti baju yang menampakkan lurah buah dada dan bentuk badan.Elakkan hanya “berkemban” kerana sememangnya ia tidak langsung membantu dalam membangkitkan godaan.
Pakailah wangian yang disukai suami yang biasanya berbau lembut menggoda,jaga penampilan diri supaya tidak berbau sana-sini terutamanya dibahagian sulit.
Apa salahnya sekiranya sesekali anda cuba meraba suami semasa menonton TV atau mandi bersama-sama sambil membersihkan badan suami.
Jangan sesekali cuba memprotes dengan cara kasar seperti bermasam muka,tidak menegur suami atau berpaling muka membelakangi suami semasa tidur,ini bukanlah cara terbaik.
3-Gunakanlah teknologi
Apa salahnya jika anda cuba menggunakan kemudahan SMS,hantarlah SMS untuk menyatakan betapa anda merindui dan mengharapkan belaian suami,biasanya SMSlah sebelum suami pulang dari kerja atau semasa suami “Out station” supaya suami merasai bahawa anda sememangnya menghargai kehadiran suami disisi.
Akhirnya, jangan sesekali mengambil hati sekiranya suami menyatakan bahawa anda “buang tabiat” atau “kemaruk seks” kerana sememangnya anda benar-benar mengharapkan belaian beliau terutamanya dari segi nafkah batin.
TQ.
Friday, June 20, 2008
Isteri Terabai
Haid dan Kehamilan
Soalan:
Sebelum datang bulan seorang isteri telah bersetubuh dengan suami,adakah isteri yang telah datang bulan akan mengandung?
Jawapan:
Secara umumnya sekirannya seseorang perempuan itu datang bulan maka tidaklah ia mengandung,namun perlu diingat pendarahan dari kemaluan bagi perempuan boleh juga disebabkan faktor “Hampir keguguran”.
Perlu diketahui tidak semua persetubuhan sebelum “Haid” boleh menghamilkan seseorang wanita,kehamilan hanya boleh berlaku sekirannya persetubuhan dilakukan pada tempoh subur iaitu pada hari ke -11 hingga hari ke-17(Dikira hari pertama haid sebagai hari ke-1),persetubuhan sebelum atau selepas tempoh ini biasanya tidak akan menghamilkan kecuali dengan izin NYA.
Nasihat saya sekirannya datang bulan kali ini tidak seperti biasa sama ada ianya terlalu pendek atau darah yang keluar terlalu sedikit maka buatlah ujian kehamilan untuk memastikan bahawa perempuan itu benar-benar tak mengandung.
Saya pernah mendapat pesakit seperti ini yang “Haid” nya terlalu sedikit dan berhenti dalam tempoh 2-3 hari sahaja ,tidak seperti “Haid” nya yang biasanya mengalir banyak darah dan berlaku selama 5-7 hari,setelah diperiksa beliau didapati hamil 3 bulan.
Untuk pengetahuan,ini dipanggil “Threatened abortion” atau keadaan di mana kandungan adalah tidak kuat dan berada di ambang keguguran,peluang untuk gugur ialah 50%.
Tq.
Saturday, May 31, 2008
Puting Tenggelam "Rectracted Nipples"
Soalan:
Askum.Macam mana nak betulkan bilateral inverted nipples.Apa caranya?.Saya adalah lelaki 26 tahun dan saya malu untuk buka baju kerana masalah ini.
Jawapan:
Waalaikum mussalam,anda sebenarnya tidak perlu bimbang atau malu kerana masalah anda ini adalah biasa walaupun tidak normal.Masalah putting berkedudukan kedalam atau “Retracted Nipples” dalam bahasa perubatan adalah masalah yang tidak merbahaya.
Masalah ini biasanya di alami oleh kaum lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan dan pengumpulan lemak berlaku secara tidak sekata di bawah buah dada,tetapi pengumpulan lemak tidak berlaku dibawah puting buah dada,ini mengakibatkan putih kelihatan tenggelam dalam lapisan kulit.
Ianya juga berlaku pada wanita,mereka biasanya akan menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka di kemudian hari.Masalah ini walau macam mana pun tidak ada kaitan dengan masalah kanser atau masalah kesihatan lain.
Untuk lelaki yang menghadapi masalah ini,sebenarnya hanya pembedahan yang boleh menyembuhkannya 100% tetapi bagi saya ianya tidak perlu dilakukan kerana tidak ada kepentingan sangat.
Apa yang perlu dilakukan ialah mengurangkan berat badan dan kandungan lemak badan,membentuk semula otot-otot dada dan akhirnya belajar menerima yang keadaan ini adalah tidak mencacatkan.
Cara terbaik ialah dengan mengamalkan senaman berterusan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti berjogging atau bermain bola sepak.Mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan juga pergilah ke Gimnasium untuk melakukan senaman bagi membentuk,memejalkan dan menguatkan otot dada.Ini sedcara tidak langsung akan menolak puting yang tertanam tadi keluar semula.
Bagi kaum wanita yang mengalami masalah “Retracted Nipples”,tidak banyak yang perlu dan boleh dilakukan,apa yang penting terimalah keadaan ini sebagai anugerah tuhan dan cubalah dapatkan nasihat doktor bila keperluan menyusu badan tiba nanti.
TQ.
Dr.Mazlan Mat.
Bulu Roma berlebihan seakan "bermisai"
Soalan:
Saya seorang wanita ada masalah dengan bulu roma yang tumbuh lebat di bahagian atas bibir. Ia kelihatan seperti misai.macam mana nak hilangkannya?
Jawapan:
Secara semulajadi,sememangnya semua wanita mempunyai bulu roma di bahagian atas bibir tetapi biasanya ia tidak lebat,halus dan pendek sahaja.Bulu roma akan lebih ketara jika mereka berkulit putih/cerah.
Bulu roma yang lebat,kasar dan agak panjang menyerupai misai lelaki biasanya menunjukkan masalah ketidakstabilan hormon,iaitu wanita itu mempunyai paras hormon seks lelaki yang lebih dari hormon seks wanita.
Keadaan ini biasanya ada kaitan dengan berat badan berlebihan,haid yang tidak teratur ,tumbuhnya jerawat,kulit lebih kasar dan berminyak dan biasanya sukar mendapat anak jika telah berkahwin.
Apa yang cik/puan perlu lakukan ialah :
1-Melakukan pemeriksaan Ultrasound dan pemeriksaan darah untuk melihat paras hormon berkaitan.Seeloknya berjumpalah dengan pakar sakit puan.
2-Jika perlu ,bulu roma yang mencacatkan hendaklah dicabut,elakkan dari mencukur kerana ia boleh meransangkan pertumbuhan bulu yang lebih lebat.Jika anda berkemampuan bolehlah melakukannya dengan rawatan laser yang agak mahal tetapi berkesan.
3-Mengurangkan berat badan ke berat yang ideal.
4-Mengamalkan pengambilan supplemen Evening Primrose oil(EPO) 500mg atau 1000mg setiap hari,Manjakani atau seumpamanya yang boleh menaikkan paras hormon seks wanita.
5-Jika perlu,doctor akan memberikan rawatan hormon Oestrogen.
Rawatan yang betul biasanya mengambil masa antara 3-6 bulan untuk menampakkan hasil/perubahan yang ketara.Oleh itu anda hendaklah banyak-banyak bersabar.
TQ.
Dr.Mazlan Mat.
Wednesday, May 7, 2008
Buah dada lebih besar/montok.
Soalan:
Assalamualaikum..saya nak tanya..macam mana nak dapatkan buah dada yang besar dan montok tanpa pembedahan.
Jawapan:
Waalaikum mussalam………..
Sememangnya majoriti wanita menginginkan buah dada yang besar ,cantik dan montok,namun perlu diingat apa sahaja yang telah dijadikan Tuhan tentu ada hikmahnya.
Dari segi perubatan dan seksologi,buah dada sememangnya memainkan peranan yang penting sama ada sebagai daya penarik seksual,organ penyusuan dan juga titik penting semasa hubungan seks.Namun yang besar tidak semestinya lebih menarik dari yang kecil di mata kaum lelaki,begitulah sebaliknya.
Pertumbuhan buah dada setelah “sampai umur” dipengaruhi oleh hormon seks iaitu Oestrogen,tingginya kandungan Oestrogen dalam darah semasa proses ini maka lebih saiz buah dada juga akan lebih besar.Faktor lain termasuklah faktor keturunan,pemakanan dan persekitaran.
Bagi saya cara yang paling selamat untuk mendapatkan buah dada yang besar,montok dan cantik ialah secara meningkatkan kembali paras hormon Oestrogen dalam badan,sama ada secara langsung atau tidak langsung:
1-Terapi hormone Oestrogen-contohnya Premarin 0.625mg,1mg atau 2 mg.
Terapi ini memerlukan nasihat doctor dan pemeriksaan kesihatan berkala.Ini sememangnya berkesan dan banyak digunakan oleh golongan “Maknyah” untuk tujuan membesarkan buah dada,menghaluskan kulit dan mendatangkan sifat lebih kewanitaan.
2-Pil Manjakani,Lobata ,pati kacang soya dan sebagainya.
Bahan-bahan di atas mengandungi Phyto-Oestrogen dari tumbuhan yang secara tidak langsung boleh meningkatkan paras hormone Oestrogen dalam badan dan seterusnya meningkatkan saiz buah dada.
3-Terapi HRT-mengandungi kombinasi hormon iaitu Oestrogen dan progesteron.
Juga boleh digunakan dan biasanya digunakan untuk mengatasi masalah pre-menoupause dan menoupause tetapi juga berkesan untuk membesarkan buah dada.
Urutan buah dada atau pam Vakum juga boleh membesarkan saiz buah dada tetapi ianya tidak berkekalan dan menyebabkan buah dada menjadi semakin lembut dan mengendur untuk jangkamasa panjang.
Senaman “tekan tubi” atau apa saja senaman yang melibatkan anggota atas iaitu tangan ,bahu dan bahagian dada adalah disyorkan,ianya dapat memantapkan otot-otot yang menyokong buah dada dan membuatkan buah dada kelihatan lebih besar,menonjol dan padat.
Apapun,pengamalan ubatan dan senaman di atas sememangnya memakan masa antara 3-6 bulan untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.
Selamat mencuba.
TQ
Pigmentasi /kesan kehitaman
Soalan:
Bagaimana untuk saya pulihkan kemaluan saya kerana bahagian bibir luar kemaluan saya hitam dan pangkal paha saya juga hitam malah bawah punggung saya juga.
Jawapan:
Kehitaman atau pigmentasi sememangnya biasa berlaku dibahagian kemaluan,celah pangkal paha atau bahagian bahagian lain yang tersepit/terlindung.Ada pigmentasi yan g terjadi secara semulajadi dan ada juga yang berlaku akibat keradangan dari jangkitan kuman atau kulat.
Pigmentasi majoritinya adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati dan penebalan lapisan kulit yang berlaku akibat keradangan kronik,radang biasanya ditandai dengan kulit kemerahan,kegatalan dan terasa pedih akibat luka garuan.
Secara jujur kehitaman/pigmentasi yang berlaku sememangnya boleh dihilangkan secara perlahan-lahan tetapi memakan masa yang panjang,mungkin 3-6 bulan untuk melihat perubahan ketara.
Suka diingatkat bahawa kawasan kemaluan dan pangkal paha adalah kawasan yang berkulit lembut,sensitif dan mudah luka.Oleh itu penggunaan bahan-bahan pemutih yang mengandungi agen pemutih atau agen pengelupasan dari bahan kimia seperti Hydroquinone,asid dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.
Saya mencadangkan agar saudari/puan cuba menggunakan bahan bervitamin seperti yang mengandungi Vitamin A,C dan E yang sememangnya berkesan sebagai agen anti-oksida,bertindak sebagai agen pemutih semulajadi dan juga agen pengelupasan secara perlahan-lahan.
Vitamin-vitamin ini biasanya bertindak secara menggalakkan pertumbuhan dan penggantian kulit baru dan secara tidak langsung memutihkan kehitaman/pigmentasi .
Antara ubatan/krim yang boleh digunakan ialah:
1)Krim Vitamin ACE (Jenama YSP),sapu rata hingga meresap 2 atau 3 kali sehari,hendaklah dilakukan secara berterusan.
2)Vitamin E oil-minyak vitamin E juga digunakan secara menyapu hingga meresap pada bahagian terlibat 2 -3 kali sehari.
3)Pil Vitamin C 1000mg setiap hari dan Pil Vit E 400mg setiap hari.
Selain itu, gunalah juga produk –produk lain jika mahu,yang penting ianya berkesan dan selamat seperti basuhan pati sireh dan sebagainya.Menyental secar lembut juga digalakkan untuk membuang sel-sel mati.
Apapun yang digunakan hendaklah selamat,jika sekiranya berlaku kesan kegatalan yang lebih setelah pengunaan apa-apa produk,hendaklah berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat pakar.
TQ.
Tuesday, April 29, 2008
Luka bersalin,kesakitan Faraj/kurang nafsu seks.
Soalan:
Luka bersalin 8 tahun yg lalu tidak becantum.Saya selalu sakit di faraj,nafsu seks tiada.Bagaimana kah rawatan nya?
Jawapan:
Terima kasih atas pertanyaan puan ini.Saya menjangkakan bahawa luka semasa bersalin itu telah 100% sembuh kerana ianya sudah terlalu lama tetapi mungkin jahitannya telah terbuka semasa dalam proses penyembuhan dulu,menyebabkan luka itu kelihatan seolah olah tidak bercantum,ini akan menyebabkan bukaan faraj kelihatan luas dan mengelebeh.
Namun luka faraj yang tidak bercantum begini sebenarnya boleh dirawat jika puan benar-benar mahu tetapi ianya perlulah dilakukan secara pembedahan kecil,boleh dilakukan oleh doktor terlatih atau pun pakar sakit puan.Ianya adalah selamat dan tidak merbahaya.
Prosedur ini biasanya melibatkan suntikan bius setempat di tempat luka lama,sedikit luka semula akan dibuat kembali sebelum ianya akan dijahit semula,setelah sembuh luka baru ini akan bercantum semula seperti mana keadaan faraj puan yang asal.
Prosedur ini sebenarnya banyak dilakukan sekarang oleh wanita-wanita yang merasakan bahawa faraj mereka telah longgar setelah melahirkan anak,apabila sembuh rongga faraj mereka akan kembali ketat ke bentuk yang asal.
Namun bagi saya sebagai seorang doktor,saya merasakan bahawa masalah puan yang berikutnya adalah tidak ada kaitan langsung dengan luka bersalin yang tidak bercantum itu.
Kesakitan di faraj(biasanya semasa hubungan seks) dan kurangnya nafsu seks adalah 2 perkara yang saling berkaitan.Ianya biasanya disebabkan oleh beberapa perkara:
1-Trauma/Psikologi-mungkin puan mengalami kekeringan semasa seks yang disebabkan oleh perasaan takut kalau-kalau luka yang tidak bercantum itu akan memberikan masalah kepada puan .Perasaan bimbang yang terbawa-bawa semasa seks akan menyebabkan faraj tidak bertindak balas sewajarnya denganmengeluarkan cecair pelincir .Ini mengakibatkan tusukan suami ke dalam faraj menimbulkan kesakitan dan merencatkan nafsu seks puan.
2-Kurannya persefahaman semasa seks.
Ini melibatkan kurangnya pasangan puan memahami keperluan seks puan,kurangnya pemanasan seks dan puan pula malu-malu untuk memberitahu suami apa yang puan ingin suami lakukan semasa seks.
3-Kekurangan hormon.
Keadaan ini biasa berlaku jika puan kekurangan vitamin dalam badan,selalu keletihan,stress dan makin ketara jika puan telah berumur 35 tahun ke atas.Namun keadaan kekurangan hormon seks boleh dirawat dengan mudah di masa kini melalui rawatan tradisional atau terapi hormon.
4-Jangkitan kulat atau luka melecet dalam rongga faraj.
Keadaan ini pun boleh dirawat dengan antibiotik atau anti-kulat.
Rawatan:
Untuk rawatan yang benar-benar tepat dan berkesan saya menasihatkan puan untuk berjumpa doktor dan menceritakan apa masalah puan yang sebenarnya.Mungkin luka puan yang tidak bercantum itu tidak memerlukan rawatan pembedahan tetapi puan boleh mengetatkan kembali rongga faraj dengan melakukan senaman “kemutan”,cuba dapatkan nasihat doktor tentang bagaimana untuk melakukannya.
Puan juga mesti mendapatkan rawatan untuk kesakitan faraj dan kekurangan nafsu seks.
Biasanya puan akan diberikan nasihat berkaitan dan digalakkan untuk berbincang dengan suami untuk sama-sama cuba menyelesaikan masalah puan ini.Mintalah nasihat dari doktor berkenaan hubungan seks dan masalah berkaitan yang puan alami.
Doktor boleh memberikan rawatan hormon untuk puan dan memberikan vitamin.Puan juga boleh mengambil pil Evening primrose oil,produk mengandungi Manjakani/Kacip Fatimah atau yang seumpamanya yang sememangnya berkesan menaikkan paras hormon seks wanita secara tidak langsung.
Selamat mencuba.
TQ.
Monday, April 28, 2008
Lepas Bersalin secara "operation"
Soalan:
Saya nak tanya saya tahun lepas bulan 9 baru bersalin secara “operation” adakah saya subur lagi dalam masa terdekat ini dan mungkinkah saya boleh “pregnant” dalam masa terdekat ini ?
Jawapan:
Jika puan telah datang Haid selepas bersalin sama ada secara normal atau “operation” maka puan bolehlah dikira telah subur semula.Oleh itu puan sememangnya boleh mengandung semula dalam masa terdekat ini namun secara perubatan puan tidak digalakkan untuk mengandung semula dalam masa 2 tahun selepas “operation” kandungan terdahulu.
Ini penting untuk memastikan bahawa badan puan benar-benar bersedia untuk mengalami perubahan semasa mengandung semula dan untuk memastikan luka peranakan puan sudah sembuh 100% dan kuat semula untuk mengandung.
Luka peranakan yang belum betul-betul sembuh dan kuat boleh mengakibatkan luka kembali atau pecah peranakan semasa kandungan memasuki usia 8-9 bulan.Ini boleh mengancam nyawa ibu dan kandungannya.
Akan tetapi jika puan tiba –tiba telah disahkan mengandung dalam masa terdekat ini silalah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat .
TQ.
Sesak nafas semasa tidur.
Soalan:
Apakah tanda2 seseorang itu menghidap penyakit jantung? .Saya semasa tidur selalu rasa sesak nafas dan kadang-kadang sakit dada sebelah kiri.
Jawapan:
Secara jujur saya merasakan bahawa anda tidak mengalami serangan/sakit jantung.Ini mungkin tanda-tanda bahawa anda mempunyai masalah angin di usus atau penyakit Resdung/Sinus yang biasanya menyerang semasa tidur di waktu malam/awal pagi yang sejuk.
Angin berlebihan di usus biasanya akan naik ke dada semasa tidur berbaring dan menyebabkan perasaan sukar bernafas atau nafas menjadi pendek.Biasanya ini boleh dielakkan dengan mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan angin seperti minuman berkaffein(Nescafe,Kopi,Air berkarbonat dan makanan pedas),elakkan merokok dan elakkan mengambil makanan dalam tempoh 4 jam sebelum tidur.
Jika anda ada mengalami pedih ulu hati dan mengalami masalah sembelit,berjumpalah doctor untuk rawatan,mungkin anda telah terkena penyakit Gastrik yang juga menyebabkan angin berlebihan.
Resdung/sinus biasanya akan menyerang di waktu sejuk atau jika terdedah kepada habuk ,ianya biasanya ditandai dengan selsema,gatal hidung,mata dan tekak,hidung tersumbat dan sedikit batuk-batuk.Mudah berlaku jika jika tidur dalam bilik yang tertutup tingkap kerana tahap pengudaraan yang lemah /teruk.
Sakit jantung biasanya menyerang semasa melakukan aktiviti fizikal sama ada ringan atau berat,lepas makan berat tetapi jarang menyerang semasa tidur atau berehat.
Antara tanda-tandanya ialah:
1-Sakit dada sebelah kiri atau ulu hati secara tiba-tiba dan sakit yang teruk.Terasa seperti hendak mati.Sakit biasanya akan merebak ke bahu kiri atau tangan kiri.
2-Sesak nafas hingga begitu sukar untuk bertutur walaupun sepatah ayat.
3-Muka pucat dan berpeluh-peluh sejuk.
4-Berdebar-debar .
5-Lemah atau kurang bertenaga dan boleh pitam.
6-Bengkak kedua-dua kaki jika jantung telah lemah.
Jika anda ada mempunyai mana-mana 2 dari tanda di atas silalah berjumpa doktor untuk melakukan ujian tekanan darah dan ujian ECG.
Jika semasa anda sakit dada atau terasa sukar bernafas tetapi anda masih boleh bercakap-cakap seperti biasa maka kemungkinan besar anda tidak mengalami sakit/serangan jantung.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Friday, April 18, 2008
Bengkak kaki
Soalan:
Kenapa kaki saya selalu bengkak-bengkak banyak angin,tapi saya tak ada sakit buah pinggang?
Jawapan:
Perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah bengkak kaki:
1-Sakit Buah pinggang,
2-Kerosakan/lemah Jantung
3-Penyumbatan/kerosakan salur darah.
4-Penyakit Hati kronik
5-Penyakit sendi yang kronik-SLE,Rheumatoid dan Scleroderma.
6-Kekurangan protein dalam darah.
7-Kesan pil perancang kehamilan.
8-Penyakit Tiroid
Dalam perubatan tidak ada istilah bengkak angin,yang biasa berlaku ialah bengkak yang disebabkan oleh air berlebihan di bawah kulit.Ianya akan lekuk apabila ditekan.
Puan hendaklah menjalani pemeriksaan fizikal,ujian air kencing dan ujian darah untuk menentukan apakah punca yang sebenarnya puan hadapi.
TQ
Pil Perancang
Soalan:
Apa jenis perancang untuk mengelakkan “black spots” atau jeragat?
Jawapan:
Puan boleh mencuba Pil Mercilon/Novenytte tetapi yang terbaik dalam pasaran ialah Pil Yasmin,ianya memang terbukti mengurangkan kesan ini,boleh menguruskan badan,mencantikan kulit dan sebagainya.
Cara lain ialah dengan alat dalam rahim atau IUD.
TQ
Kekeringan Vagina
Soalan:
Vagina saya kekeringan dan ketika bersama dgn suami vagina saya tidak mengeluarkan cairan,saya keliru sekarang ini .
Jawapan:
Terima kasih atas kemuskilan puan ini,bagi saya masalah puan ini hanyalah masalah kecil dan melibatkan masalah teknikal sahaja,boleh diatasi tetapi boleh berulang-ulang jika dibiarkan ,ada beberapa kemungkinan puncanya:
1-Kekurangan hormone seks.
Perkara ini biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur 35 tahun ke atas dan makin ketara pada umur lebih 45 tahun.Ini berkait rapat dengan proses semulajadi penuaan,stress,keletihan, kekurangan zat,penyusuan badan atau kesan pengambilan pil perancang tertentu.
Keadaan ini boleh dirawat dan memberikan kesan yang positif dalam masa yang cepat iaitu lebuh kurang 2 minggu dari tarikh rawatan dimulakan.Dalam hal ini puan perlu mendapatkan nasihat doktor secara langsung.
2-Kekurangan ransangan semasa seks atau “Foreplay”
Hal ini pernah saya huraikan sebelum ini di dalam jawapan yang terdahulu.Masalah kekurangan ransangan atau kesilapan dalam “Foreplay” adalah merupakan punca utama kepada kekeringan Vagina semasa seks.
Perlu ditekankan cecair Vagina hanya akan keluar dengan banyak apabila adanya rangsangan yang mendatangkan rasa khairah wanita,rangsangan ini termasuklah rangsangan secara verbal,sentuhan atau pengelihatan.
Kaum wanita pula memerlukan tempoh yang agak lama iaitu sekitar 30 -45 minit untuk betul-betul terangsang semasa foreplay sebelum bersedia untuk aktiviti seks penetrasi kemaluan.
Sebagai lelaki dan seorang doktor saya menasihatkan agar puan secara tanpa malu-malu memberitahu suami apa yang puan mahukan semasa seks,beritahu suami sama ada secara verbal atau secara perbuatan apa yang perlu suami lakukan semasa foreplay,di mana tempat yang perlu suami sentuh atau belai,bagaiman sentuhan perlu dilakukan sama ada secara lembut atau secara kasar dan sebagainya hinggalah bila suami perlu mula memasukkan zakarnya pun puan perlu beritahu untuk memastikan bahawa puan telah benar-benar bersedia untuk itu.
Jangan sesekali beranggapan bahawa suami telah mahir dalam aktiviti seks,secara umumnya kaum lelaki sememangnya suka membelai kaum wanita terutamanya bila diminta-minta sebab ianya mengambarkan kehebatan bagi seseorang lelaki pandai memuaskan hati pasangannya.Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif semasa seks kerana ia boleh merencatkan rangsangan dan kekhairahan.
Berbincanglah dengan suami dan gunakanlah pancaindera/deria deria yang tuhan telah berikan dan cuba sama-sama terokai kenikmatan hubungan suami-isteri,mudah-mudahan akan berjaya.
Rawatan:
1-Puan boleh juga mencuba ubatan tradisional/alternative seperti:
-Pil Kacip Fatimah/Manjakani untuk stamina,nafsu dan menambahkan sensitiviti Vagina.
-Minuman berasaskan herba untuk wanita seperti Kopi Kacip Fatimah/Manjakani diminum terutamanya 30minit sebelum seks untuk tenaga dan stamina.
-Pil Evening Primrose Oil,Pil Lobata dan sebagainya untuk menaikkan hormon seks wanita secara tak langsung.
2-Secara fizikal puan juga boleh cuba cara-cara berikut:
-Mandi bersama serta membelai satu-sama lain untuk meningkatkan kekhairahan.
-“Seks kilat” iaitu hubungan seks secara tergesa-gesa dalam waktu yang singkat terutamnya selepas bangun tidur diwaktu pagi ,tidak semestinya puan mencapai klimak semasa ini tapi ianya digalakkan untuk memastikan yang kekhairahan yang tercipta di pagi hari akan kekal hingga malamnya sebelum di akhiri dengan hubungan seks sekali lagi.
-Mengurut dan sauna untuk perjalanan darah.
-Mempelbagaikan posisi seks atau tempat untuk mengelakkan kejemuan seks.
-Melakukan adegan ringan-ringan bersama suami bila berpeluang.
3-KY Jelly –jika segala usaha puan tidak juga berhasil,bolehlah puan menggunakan bahan pelincir ini atau bahan pelincir lain yang berasaskan air.
4-Rawatan terapi Hormon.
Banyak digunakan dalam perubatan moden,ianya terbukti berkesan untuk meningkatkan hormone seks secara sintetik,menggalakkan pengeluaran cecair vagina,memberi tenaga dan meningkatkan nafsu seks.Perlu meminta nasihat doktor sebelum menggunakannya.
Harap nasihat saya ini boleh membantu mereka yang memerlukan.
TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.
Buasir
Soalan:
Sihat saya bermasalah buasir. Apakah ubat yg paling baik, utk hilangkn bengkak dan kurangkn kesakitan?
Jawapan;
Ubat Buasir:
1-T.Dafflon atau T.Haemorrid atau T.Pilex(Herba) untuk dimakan.
- 2 biji 3 x sehari untuk 3 hari.
-2 biji 2 x sehari untuk 4 hari
-2 biji sehari untuk 1 minggu atau lebih hingga sembuh.
2-Neohelar ointment atau seumpamanya
-Sapu pada pembengkakan 3 kali sehari.
3-Neohelar suppository atau Proctosedyl suppository atau Anusol suppository
-Dimasukkan dalam dubur untuk mengecutkan luka dan bengkak secara langsung.
-Masukkan 1 biji 2 kali sehari,pagi dan malam sebelum tidur.
4-Ubat tahan sakit-contohnya Ponstan 500mg,Voltaren 50mg atau Tenoxicam 20mg untuk yang ada masalah Gastrik.
-Dimakan 1 biji 2-3 kali sehari atau bila perlu sahaja.
Sepatutnya dalam masa 3 hari akan ada perubahan yang ketara,sakit dan bengkak akan berkurangan.
Selain itu minumlah lebih air,makan sayuran dan buahan untuk mengelakkan sembelit atau susah membuang air besar.
Sekian .
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Ubat kurus dan koplikasinya.
Soalan:
Mengapa saya mengalami kejang seluruh badan,sejuk-sejuk dan hampir terkancing gigi setelah saya makan ubat kuruskan badan?
Jawapan:
Cepat minum air gula jika puan mengalaminya sekarang,ini tanda-tanda kekurangan gula yang serius.
Untuk pengetahuan semua ubat menguruskan badan biasanya terdiri dari beberapa jenis ubat iaitu:
1-Ubat diet-berfungsi untuk mengawal/merencatkan selera makan,antaranya ialah Duramine,Adipex ,Reductil dan Ionamine.
2-Ubat pecah lemak-berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak berlebihan kepada tenaga.
3-Ubat anti-kolesterol-berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah dan membuang lemak berlebihan dalam makanan yang dimakan.
Ada juga pihak tertentu yang menggunakan ubat Frusemide untuk membuang air dari badan,ubat Dulcolex untuk melawaskan pembuangan air besar dan ubat Metformin(Ubat kencing manis) untuk membakar gula dalam darah.
Pada pendapat saya puan mengalami komplikasi Hypoglycaemia atau kekurangan gula yang ketara dalam darah,tanda-tanda awalnya ialah seram-sejuk anggota badan,lenguh leher,sakit kepala,mata berpinar-pinar dan jika terlalu serius boleh menyebabkan kancing gigi/sawan ,koma dan kematian mengejut.
Oleh itu sesiapa juga yang ingin menguruskan badan dengan bantuan ubatan moden,silalah mendapatkan penerangan yang betul dan detail dari doctor bertauliah,jujur dan telus.Jangan sesekali membelinya dari farmasi atau dikaunter klinik tanpa pemeriksaan doctor dahulu.
Secara jujur,ubatan yang digunakan sememangnya boleh membawa malapetaka jika tidak kena caranya.Secara peribadi saya melarang pesakit saya menggunakan ubatan dibawah ini jika mereka ingin mengurangkan berat badan:
1-Ubat Julap-Dulcolex atau seumpamanya kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal usus,akan mengalami sembelit jika berhenti mengambilnya setelah memakanya untuk jangkamasa panjang.
2-Ubat lawas kencing-Frusemide/lasix-Ubat ini boleh menyebabkan kekeringan cecair badan dan kekurangan garam Kalium yang boleh menyebabkan kekejangan dan sakit jantung.
3-Ubat kencing manis-Metformin atau seumpamanya sebab boleh menyebabkan penurunan paras gula mendadak dalam darah mengakibatkan pengsan,koma dan kematian.
Ada juga pesakit yang menggunakan ubat diet dari syarikat MLM yang kadang-kadang amat berkesan tetapi status pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) diragui.
Berhati-hatilah sebab ubat apa sekalipun jika dapat memberikan kesan ketara dalam jangkamasa yang pendek biasanya juga amat beracun dan mempunyai kesan samping yang serius dalam jangkamasa yang pendek juga.
Antara kesan samping yang boleh membawa maut ialah kerosakan kekal hati,sakit jantung dan kerosakan kekal buah pinggang.Kes-kes kematian sememangnya telah berlaku dan janganlah anda pula yang mengalaminya.
Sekian terima kasih.
TQ.
Dr.Mazlan Mat.
Wednesday, April 16, 2008
Kesakitan dan Pendarahan selepas Buang air besar.
Soalan:
SAYA BARU BERSALIN 6 BULAN YANG LEPAS TAPI BEKAS JAHITAN MASIH SAKIT DAN SUSAH MEMBUANG AIR BESAR..KESAKITAN DI BAHAGIAN BEKAS JAHITAN DAN DUBUR DIIKUTI DARAH BILA BUANG AIR BESAR.
Jawapan:
Saya bersimpati dengan masalah puan ini .Saya menjangkakan bahawa puan baru pertama kali bersalin dan koyakan yang berlaku adalah agak besar yang memerlukan jahitan yang dalam dan banyak.
Masalah puan ini boleh dikatakan berpunya dari 2 perkara iaitu:
1-Parut jahitan.
2-Masalah susah buang air besar .
1-Parut jahitan.
Bekas jahitan sepatutnya sudah sepenuhnya sembuh dalam tempoh 6-8 minggu.Parut yang terhasil biasanya lembut dan memerlukan masa untuk mengeras kembali terutamanya parut dibahagian otot kemaluan.Parut puan ini masih dikira masih parut baru yang masih lembut.
Kesakitan yang puan alami mungkin disebabkan oleh luka yang kembali terjadi pada bahagian dalam parut jahitan itu disebabkan oleh aktiviti meneran semasa membuang air besar.Namun luka ini biasanya tidak menyebabkan berlakunya pendarahan melalui dubur.
2-Masalah susah buang air besar.
Masalah ini adalah kerap berlaku selepas melahirkan anak,biasanya ia disebabkan oleh perasaan takut untuk meneran kerana akan menimbulkan kesakitan pada parut jahitan,menyusu badan ,kurang pengambilan serat dan kurang meminum air.
Pendarahan akibat masalah ini hanya akan berlaku sekiranya salur najis telah luka akibat najis yang keras atau telah terjadinya buasir sama ada yang terjadi semasa mengandung atau semasa meneran dalam proses kelahiran.
Rawatan;
Kedua-dua punca yang saya sebutkan di atas adalah tidak serius dan sememangnya boleh disembuhkan.Puan hendaklah melakukan pemeriksaan doktor dan jika perlu puan akan diberikan ubat berikut:
1-Ubat tahan sakit:T.Ponstan 500mg 3 x sehari atau selainnya.
2-Ubat buasir:T.Haemorrid 2 biji 3 kali sehari untuk 2 minggu.Ubat suppository untuk dimasukkan kedalam dubur -2 kali sehari,pagi dan sebelum tidur.
3-Antibiotik seprti : T.Cefadroxil 500mg 2 kali sehari untuk 7 hari.
4-Ubat lembut najis:Syrup Lactulose 10 mls 2-3 kali sehari.
Dengan rawatan yang tepat biasanya maslah ini dapat diatasi dalam masa 3-5 hari.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Pendarahan semasa seks.
Soalan:
Mengapakah keluar darah setiap kali membuat hubungan kelamin bersama suami? Masalah bermula sejak 1 bulan yg lalu. Terima kasih
Jawapan:
Secara semula jadi rongga kemaluan wanita/vagina adalah lembut,lembab dan mudah cedera sekiranya berlaku kemasukan sesuatu secara tergesa-gesa atau paksa.
Keluarnya darah semasa/selepas seks biasanya disebabkan adanya luka atau melecet di bahagian rongga vagina atau radang pangkal rahim.Inilah punca yang paling biasa saya rawat untuk kes-kes pendarahan apabila bersama suami.
Punca –punca lain boleh juga disebabkan oleh jangkitan kulat,bakteria atau adanya ketumbuhan di rongga vagina atau pangkal rahim.
Biasanya pendarahan yang diakibatkan oleh luka kecil atau melecet dirongga vagina akan berhenti sendiri,tidak serius dan tidak memerlukan rawatan doktor kecuali jika diikuti dengan pendarahan dan kesakitan berpanjangan di bahagian kemaluan.
Namun begitu puan dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan kemaluan/vagina untuk memastikan bahawa pendarahan yang berlaku adalah tidak bahaya dan pangkal rahim juga tidak ada ketumbuhan atau radang.
Selalunya doktor akan juga menjalankan ujian pap-smear pangkal rahim atau mengambil sampel cecair vagina untuk pemeriksaan bagi memastikan tiada jangkitan kulat atau kuman.
Rawatan.
Rawatan akan hanya diberikan jika pendarahan adalah banyak dan berlarutan,adanya jangkitan kuman atau jangkitan kulat,antaranya:
-Antibiotik - T.Ciprodac 500mg 2 kali sehari atau T.Cefadroxil 500mg 2 kali sehari untuk 5 hari.
-Anti kulat- T.Fluconazole 150mg sekali sahaja. atau Vaginal suppositori setiap malam- 1-5 hari.
Sekiranya ada didapati ketumbuhan pada pangkal rahim,maka barulah pembedahan untuk membuangnya perlu dilakukan.
Sekian .
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Tuesday, April 15, 2008
Haid berpanjangan
Soalan:
Saya mengalami kedatangan haid yang tidak menentu,ada kala sepanjang bulan.Berat badan saya 90kg dan berusia 31 tahun dan sudah berkahwin selama 6 tahun tapi belum ada cahaya mata.
Jawapan:
Puan mengalami dua kemungkinan iaitu:
1-Gangguan hormone.
2-Ketumbuhan dalam rahim “Fibroid”.
1-Gangguan hormone.
Saya merasakan puan mungkin mengalami masalah ini,ini dibuktikan dengan masalah berat berlebihan(Perkiraan berat ideal tidak boleh dilakukan kerana tidak dinyatakan tinggi),katakanlah tinggi puan ialah 165cm,berat yang ideal bagi puan adalah sekitar 50kg-60kg sahaja.Gangguanlah hormone juga boleh menyebabkan puan mengalami masalah untuk mendapat zuriat.
2-Fibroid.
Ini adalah ketumbuhan biasa dalam peranakan/rahim wanita,ianya bukan kanser tetapi boleh menyebabkan haid berpanjangan,darah yang banyak serta senggugut.Fibroid boleh juga menyebabkan kemandulan tetapi jarang.
Jika ianya berlaku puan biasanya akan merasakan pembengkakan bahagian perut bawah pusat.
Apa perlu puan lakukan ?
1-Langkah pertama ialah berjumpa doctor untuk pemeriksaan dan rawatan,apa doctor akan lakukan ?
Biasanya doctor akan mengambil semula ukuran berat dan tinggi puan,menjalankan pemeriksaan perut dan jika perlu juga pemeriksaan kemaluan untuk mengesan sebarang pembengkakan.
Doktor juga boleh melakukan pemeriksaan imbasan Ultra sound dan mengambil darah untuk ujian hormone.
Setelah disahkan bahawa puan mengalami masalah tertentu,barulah rawatan boleh diteruskan.Jika puan ada gangguan hormone maka rawatan hormone boleh diberikan.Jika ada Fibroid ,mungkin pembedahan diperlukan.
2-Langkah ke-2
Puan juga hendaklah mula merancang untuk menurunkan berat badan kepada berat yang ideal,mungkin sekitar 50-60kg.Umur puan masih muda dan tidak mustahil untuk puan menurunkan berat badan secara perlahan-lahan secara kawalan diet atau senaman.
Kadang-kadang dengan menurunkan berat badan sahaja pun kandungan hormone sudah boleh distabilkan.
3-Langkah ke-3.
Setelah puan telah selamat menjalani ujian dan pemeriksaan doctor,pujuklah suami untuk menjalani pemeriksaan doctor juga,ini untuk memastikan bahawa suami adalah sihat dan sempurna untuk membolehkan puan hamil kelak.Biasanya suami perlu menjalani ujian analisis air mani.
Sementara itu puan juga boleh mengambil ubatan tradisional yang berdaftar dengan KKM seperti produk Kajip Fatimah,Manjakani atau Spirulina untuk menolong menstabilkan hormone puan.Mungkin ianya boleh membantu.
Selamat mencuba,harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.
(Puan boleh juga berkomunikasi secara memberi komen di ruangan komen dibawah jawapan ini)
TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.
Monday, April 14, 2008
Jangkitan Kuman Vagina
Soalan:
Boleh tolong terangkan apakah itu jangkitan kuman vagina dan apakah tanda seseorang itu mengalami jangkitan tersebut dan apakah kesannya ?
Jawapan:
Jangkitan Kuman kemaluan wanita/Vagina terbahagi kepada beberapa bahagian,iaitu:
1-Jangkitan Kulat(Candidiasis).
Jangkitan kulat adalah jangkitan vagina yang paling biasa terjadi,di dalam vagina sememangnya terdapat kuantiti tertentu kulat yang bertindak untuk menjaga kesihatan rongga vagina dari pertumbuhan/jangkitan kuman lain yang memudaratkan.
Namun populasi kulat ini akan bertambah ketahap yang memudaratkan jika kelembapan dan persekitaran vagina adalah tidak sihat.Contohnya dari darah Haid,cairan mani dan peluh .
Jangkitan kulat biasanya akan menyebabkan keluarnya cairan keputihan dari vagina yang pekat,berbau hanyir dan mendatangkan kegatalan kepada vagina.Kadang-kadang kesakitan perut dibahagian bawah pusat juga berlaku.
Rawatan untuk jangkitan kulat adalah mudah dan amat berkesan.Jika dibiarkan tanpa rawatan ,jangkitan kulat boleh menyebabkan radang/luka rongga vagina,pendarahan dan sakit semasa hubungan seks.
2-Jangkitan Bakteria biasa.
Bakteria semulajadi juga terdapat dalam rongga vagina dalam jumlah yang terkawal.Ianya akan membiak ketahap memudaratkan jika kesihatan vagina tidak terjaga.
Jangkitan bacteria biasanya akan menghasilkan cecair vagina yang berwarna kekuningan atau hijau pekat berserta bau busuk,ianya jarang menyebabkan kegatalan.
Jangkitan bacteria jika tidak dirawat boleh merebak ke salur peranakan dalam dan menyebabkan jangkitan peranakan yang lebih serius yang dipanggil “Pelvic Inflammatory Disease(PID)”.
PID akan menyebabkan seseorang itu demam dan sakit di bahagian ari-ari yang teruk.Dijangka masa panjang PID boleh menyebabkan kerosakan salur peranakan dan boleh juga menyebabkan kemandulan.
Jangkitan bacteria biasa/PID boleh dirawat dan disembuhkan dengan rawatan antibiotic.
3-Jangkitan bakteria tularan seks(STD).
Ini termasuklah “Clamydia” dan “Sifilis”.Jangkitan ini berlaku jika wanita melakukan seks dengan lelaki yang ada kuman tersebut didalam badan mereka.Kuman ini berjangkit melalui cecair mazi atau mani.
Tanda STD termasuklah demam berpanjangan,lelehan kehijauan yang berbau,kesakitan semasa kencing/seks,luka/ulcer di kemaluan dan kencing bernanah.
STD kini boleh dirawat setelah pengesahan melalui ujian darah dilakukan.Ianya boleh disembuhkan tetapi boleh meninggalkan kesan kerosakan salur peranakan yang kekal.
STD yang tidak dirawat sempurna boleh juga kekal dalam badan wanita terbabit dan akan mengjangkiti pasangannya di masa depan.
4-Jangkitan virus tularan seks.
Ini termasuklah virus Herpes,virus wart dan virus HIV.Antara tandanya ialah demam berpanjangan,ulcer di kemaluan yang amat menyakitkan,kencing yang amat sakit,rasa kepanasan di kemaluan dan sakit bahagian ari-ari.
Jangkitan boleh disahkan melalui ujian darah,rawatan untuk Herpes dan wart boleh dilakukan dengan antivirus tetapi HIV tidak boleh disembuhkan.
Jangkitan wart boleh menyebabkan kanser pangkal rahim dikemudian hari.
Jika anda tidak pasti sama ada anda dijangkiti atau tidak,berjumpalah doctor untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan tepat dan berkesan.Ingat semuanya boleh dirawat dengan izin tuhan kecuali HIV.
Harap anda berpuas hati.
TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.
Seks semasa Haid
Soalan:
Saya nak tahu apakah kesan yang akan terjadi jika kita melakukan hubungan seksual jika perempuan itu dalam keadaan haid?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan ini tetapi saya hanya akan menjawab soalan ini berdasarkan bidang perubatan.
Semasa haid biasanya dinding vagina/kemaluan adalah lembut dan diselaputi darah haid.Pintu rahim juga terbuka pada masa ini.
Pergerakan keluar masuk kemaluan lelaki semasa seks boleh menanbahkan risiko jangkitan kuman vagina kerana ianya menyebabkan kuman dibahagian luar vagina ditolak masuk.Keadaan vagina yang diselaputi darah memudahkan kuman-kuman ini membiak.
Gerakan zakar semasa seks juga boleh menyebabkan darah haid melimpah kedalam menuju ke bahagian dalam rahim wanita.Ini boleh mendedahkan seseorang wanita itu kepada “Endometriosis” di kemuadian hari.Endometriosis ialah salah satu daripada punca senggugut.
Nasihat saya,jika keadaan sudah tidak dapat dielakkan silalah ambil langkah berjaga-jaga sebelum hubungan iaitu dengan kencing dahulu dan seterusnya mencuci vagina dengan pencuci wanita seeloknya sebelum dan selepas seks .
TQ.
Dr.Mazlan Mat
Vagina kering semasa seks
Soalan:
SOALAN SAYA Bagaimana utk mengatasi vagina kering?.Saya rasa tidak selesa apabila bersama.
Jawapan:
Rasanya masalah puan ini tidaklah berat sangat,mungkin hanya melibatkan masalah psikologi atau teknikal sahaja.Secara teorinya hubungan seks bagi manusia mempunyai 4 langkah/peringkat iaitu:
1-Tempoh pemanasan atau “Foreplay”
Peringkat ini adalah peringkat yang paling penting yang menentukan sama ada puan telah bersedia atau tidak untuk ke peringkat seterusnya.
2-Peringkat kemasukan/penetrasi kemaluan .
Di peringkat ini jika seseorang wanita belum betul-betul bersedia atau belum khairah,kemasukan zakar akan menimbulkan rasa sakit/pedih.Jika ianya berterusan maka pihak wanita akan trauma dan kemasukan zakar pada lain kali pun akan memberikan kesan sakit.
3-Peringkat kepuasan/Klimak
Peringkat klimak menentukan sama ada hubungan seks adalah berjaya atau tidak mencapai tujuannya iaitu untuk kepuasan kedua-dua pihak.Secara umumnya kaun wanita lambat mencapai tahak ini tetapi pihak lelaki boleh mencapainya pada bila-bila masa dan dengan apa cara sekali pun.
4-Peringkat kelesuan.
-Peringkat ini ditandai dengan rasa yang amat letih dan mengantuk kerana pengaruh hormone yang dikeluarkan oleh badan jika kaum wanita mencapai tahap klimak,biasanya tanpa klimak kelesuan tidak akan terasa sangat.
Hubungan seks pula memerlukan beberapa perkara sebelum ianya boleh berjaya:
1-Keinginan/nafsu.
2-Salur darah.
3-Tenaga.
Secara semulajadi seseorang wanita itu telah dijadikan tuhan mempunyai kelenjar –kelenjar disekeliling dalam bibir vagina yang berfungsi untuk menghasilkan cecair pelincir semasa hubungan seks atau semasa terangsang.Rangsangan yang berterusan sudah tentu akan mengaktifkan kelenjar ini.
Foreplay yang singkat/salah:
Masalah kekeringan vagina secara umumnya adalah disebabkan oleh ketidak sedian puan untuk aktiviti penetrasi pada peringkat ke-2.Mungkin tempoh “Foreplay” yang terlalu singkat atau ianya dilakukan secara terburu-buru dan tidak mengikut apa dan bagaimana cara yang puan inginkan.
Seperti yang saya tekankan sebelum ini,pihak wanita hendaklah tanpa malu-malu memberitahu dan meminta suami untuk melakukan apa dan cara apa yang mereka inginkan semasa “Foreplay”.Apabila benar-benar bersedia dan nafsu sudah memuncak beritahu pasangan untuk memulakan penetrasi.
Perlu diketahui,tanggapan bahawa pihak lelaki sudah tahu apa dan bagaiman cara untuk melakukan hubungan seks dan memuaskan pasangannya adalah satu tanggapan yang salah.
Memaksa diri untuk seks:
Jika sekiranya 3 perkara di atas tidak wujud semasa hubungan seks,maka akan ada pihak yang merasakan bahawa mereka semacam dipaksa untuk seks.Bagi kaum wanita ini akan menyebabkan mereka mengalami kekeringan vagina dan disusuli kesakitan.
Rawatan:
Puan dinasihatkan untuk cuba mengambil langkah-langkah berikut:
1-Multivitamin untuk kesihatan umum.
2-Evening primrose Oil,Manjakani,Kacip fatimah untuk meningkatkan hormone seks.
3-Rawatan Hormon jika berumur lebih 35 tahun.
4-Berurut dan bersauna untuk perjalanan darah.
5-Menggunakan KY Jelly sebagai pelincir jika sudah tidak ada pilihan.
Cubalah juga mengambil minuman bertenaga seperti Kopi Ginseng/kopi Kacip Fatima/Manjakani yang banyak terdapat di pasaran sekarang dalam tempoh 30 minit sebelum hubungan seks,mungkin ini boleh membantu.
Selamat mencuba.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat
Saturday, April 12, 2008
Gangguan Hormon
Soalan:
Saya alami kitaran haid yang tidak teratur,kadang-kadang 2 ,3 atau 4 bln sekali.Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 2thn 4 bln tetapi masih belum dikurniakan anak.
Jawapan:
Terima kasih atas soalan Puan ini ,saya turut bersimpati dengan masalah puan ini .Pada pendapat saya puan mengalami masalah gangguan hormon,eloklah Puan berjumpa dengan doktor/Pakar sakit puan di hospital/klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Puan dan suami hendaklah melakukan pemeriksaan doktor untuk memastikan siapakah sebenarnya yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat.Di zaman serba moden ini bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah puan ini.
Jika suami tidak mempunyai sebarang masalah ,perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat puan secara menstabilkan haid/hormon dalam badan Puan,2 cara boleh dilakukan untuk melakukannya iaitu:
1-Cara moden
Secara rawatan terapi hormone,ini memerlukan pemeriksaan dan kebenaran doktor kerana terapi hormon juga memberi kesan samping yang ringan.Terapi hormon biasanya dilakukan untuk tempoh 3 bulan dan ianya akan dihentikan pada bulan berikutnya untuk melihat sama ada kestabilan hormon yang tercapai adalah kekal atau tidak.Jika masih gagal maka terapi akan disambung semula.
2-Cara Alternatif.
Hormon seks wanita boleh juga distabilkan secara lebih semulajadi,iaitu dengan mengamalkan pemakanan pil Evening Primrose Oil(EPO) 1000mg setiap hari dan mengambil ubatan berasaskan herba Manjakani( pil Binari) dan Kajip Fatimah (Keluaran orang kampong) atau Pil Maharani (keluaran Hai-O),produk ini memerlukan tempoh 3 bulan untuk memberikan kesan optimum dan ianya memang berkesan berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit.
Secara jujur saya lebih menasihatkan Puan mencuba cara alternatif kerana kurang/tiada kesan samping tetapi Puan hendaklah bersabar kerana kesannya lebih lambat.Rawatan alternatif hendaklah juga diteruskan walaupun kitaran Haid puan telah teratur setiap bulan.
Adanya Haid setiap bulan menunjukkan bahawa puan berupaya menghasilkan benih/telur yang matang setiap bulan.Setelah ini tercapai bolehlah puan mendapatkan pil kesuburan dari klinik/farmasi berdekatan iaitu pil Clomiphene 50mg,diambil 2 biji sehari bermula pada hari ke-5 hingga ke 10 haid(dikira Dari Hari pertama haid bulan itu).
Pil Clomiphene berfungsi untuk menggandakan bilangan telur puan yang terhasil setiap bulan dan secara langsung meningkatkan peluang puan untuk hamil.
Puan juga hendaklah cuba menggoda dan mengajak suami untuk melakukan hubungan seks sekurang-kurang setiap 2 atau 3 hari sekali terutamanya pada tempoh subur (hari ke-11 hingga ke-17 dari hari pertama haid bulan itu)dan memastikan air mani suami dipancutkan kedalam rongga kemaluan puan.
Cuba puan baca jawapan kepada soalan-soalan sebelum ini kerana saya pernah menjawap soalan yang hampir sama sebelum ini.
Selamat mencuba dan diharap puan berpuas hati dengan jawapan saya ini.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Friday, April 11, 2008
Jangkitan Salur Kencing/Kencing Kotor
Soalan:
Asalamualaikum, saya mengalami sangat sakit dan pdih ketika membuang air kecil..ada juga darah keluar bercampur dengan air kencing..bagaimana cara utk mengatasinya? Ubt apa yang sesuai untuk saya ambil?
Jawapan:
Waalaikum mussalam,kemungkinan besar anda telah terkena jangkitan kuman salur kencing atau “UTI”,ianya boleh dikatakan kerap berlaku pada kaum wanita atas sebab-sebab tertentu.
Antara punca-jangkitan UTI ialah:
1-Kuman dari saluran najis-merebak secara tidak sengaja semasa mencuci selepas membuang air besar.
2-Saluran kencing wanita yang pendek iaitu 5 cm,mempercepatkan kuman naik ke pundit kencing.
3-Selalu menahan kencing apabila terasa hendak kencing.
4-Kurang meminum air menyebabkan air kencing pekat dan perkumuhan terganggu.
5-Hubungan seks –menyebabkan salur kencing terluka dan dijangkiti kuman-biasanya disedari diwaktu pagi selepas melakukan seks pada malamnya.
6-Penjagaan kemaluan yang tidak sempurna semasa haid.
Rawatan:
Amat mudah dan boleh dikatakan amat berkesan,perubahan akan mula terasa selepas 2 kali memakan ubat:
-Antibiotic-T.Bactrim 2 biji 2 kali sehari untuk 3-5 hari atau T.Ciprodac 500mg 2 kali sehari utk 3-5 hari.
-Ubat tahan sakit-T.Voltaren 50mg 3 kali sehari atau T.Ponstan 500mg 3 kali sehari.
Cara untuk mengelakkan jangkitan berulang:
1-Minum 2-3 L air sehari.
2-Kencing bila terasa hendak kencing tanpa menunggu-nunggu.
3-Mencuci diri secara depan ke belakang selepas membuang air besar.
4-Kencing dan membersihkan kemaluan sebelum dan sejurus selepas aktiviti seks.
5-Menukar tuala wanita lebih kerap semasa haid.
Selamat mencuba.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Thursday, April 10, 2008
Vaginal Candidiasis semasa Mengandung.
Soalan:
Saya mengalami masalah keputihan,ia bertukar warna kekuningan dan gatal,saya pregnant 6 minggu,macamana cara untuk mengatasi masalah ini?
Jawapan:
Puan dijangkiti kulat “Vaginal Candidiasis” yang biasa berlaku semasa kehamilan.Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan sakit bawah perut,radang kemaluan dan boleh juga menyebabkan kelahiran pra-matang jika berlarutan hingga tempoh akhir kehamilan.
Rawatan:
Ubat kulat dalam bentul pil untuk dimakan tidak lagi sesuai di sebabkan puan mengandung.Puan bolehlah menggunakan ubat berbentuk “Vaginal pessary” yang digunakan secara memasukkan ke dalam kemaluan setiap malam sebelum tidur untuk 1 hari hingga 5 hari bergantung kepada jenis ubat.Contohnya Candid V-1 Vaginal pessary: hanya satu biji cukup utk menyembuhkan jangkitan kulat kemaluan.
Untuk kawasan luar kemaluan yang juga dijangkiti,puan boleh menggunakan krim antikulat seperti Econazine,Miconazole atau Candid-B .
Cuba dapatkan ubatatn ini di farmasi jika boleh atau jumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan tersebut.
TQ
Dr.Mazlan Bin Mat.
Haid tidak teratur,perut kembung.
Soalan:
Saya sudah dua bulan tak datang haid,kenapa setaip petang bila saya lepas mandi perut saya kembong?
Jawapan:
Jika awak sudah berkahwin/melakukan hubungan seks mungkin awak mengandung,jika belum maka ianya hanya gangguan hormon biasa yang boleh disebabkan oleh stress,tidak cukup rehat,perubahan berat badan dan faktor perubahan persekitaran.
Awak tidak perlu risau,lakukan ujian air kencing UPT (Ujian mengandung)sendiri untuk memastikan awak tidak mengandung,jika ianya negatif maka gangguan hormon adalah punyanya.
Gangguan hormon biasanya boleh normal kembali secara semulajadi tetapi boleh berulang-ulang kembali.Pengambilan pil Evening Primrose Oil(EPO) ,manjakani atau kacip fatimah mungkin boleh membantu secara semulajadi menstabilkan hormon anda.
Perut kembung selepas mandi terutamanya di waktu petang biasanya hanyalah masalah mekanikal iaitu penyumbatan angin di perut.Ianya berlaku sama ada disebabkan oleh perut masuk angin atau pembungan angin telah terganggu oleh masalah sembelit atau tidak membuang air besar beberapa hari.
Perut kembung boleh di atasi secara pengambilan minuman panas/suam yang manis.Elakkan mengambil makanan sehinggalah anda telah sendawa atau “kentut”.Jika anda mengalami sembelit atau sudah beberapa hari tidak membuang air besar,ikhtiarlah supaya anda dapat melakukannya sekurang-kurangnya setiap 2 hari.
Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan ubat julap:
1-Pil Dulcolex 2 biji bila perlu atau 2-3 kali sehari
-anda akan membuang air besar 6 jam selepas pengambilan ubat ini.
2-Gunakan Ravin enema 10-20mls-digunakan secara mengepam kedalam lubang najis,dalam 10 saat ,anda akan membuang najis jika ada berserta angin yang tersumbat tadi.
3-Menggunakan Dulcolex suppositori 10mg.,ianya digunakan secara memasukkannya kedalam lubang najis,10 minit diperlukan sebelum anda terasa hendak membuang najis/angin.
Perlu diingat pengambilan ubat julap tidak digalakkan sangat kerana ada kesan samping.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Haid tidak teratur,Lelehan kemaluan.
Soalan:
PERIOD TIDAK TERATUR & SELEPAS B'SAMA,LELEHAN BANYAK KELUAR.
Jawapan:
Haid Tidak Teratur:
Masalah datang haid tidak teratur termasuklah :
1-Haid lebih dari sekali sebulan.
2-Haid berpanjangan melebihi 15 hari setiap pusingan.
3-Haid tidak datang setiap bulan.
Masalah haid tidak teratur biasanya disebabkan oleh ketidak stabilan hormone dalam badan puan.Puan mungkin mengalami kekurangan hormone seks yang berfungsi untuk penghasilan telur/ovum dan penebalan dinding rahim.
Apakah punca-puncanya ?
1-Berat badan tidak ideal:
-Sama ada terlalu berlebihan berat badan atau badan terlalu kurus.Berat badan yang tidak ideal boleh mengganggu penghasilan hormone seks perempuan.
-Jika puan gemuk,muka berjerawat ,banyak bulu rerambut dan haid tidak teratur puan mungkin mengidap penyakit “Polycyctic Ovarian Syndrome”.Ini boleh disahkan dengan pemeriksaan dan ujian oleh doctor.
2-Perubahan berat badan yang mendadak sama ada pertambahan atau kehilangan berat badan.
-Ini juga mempengaruhi kitaran haid.
3-Penyusuan badan.
-Hormon Prolaktin yang menggalakkan penghasilan susu boleh merencatkan haid.
4-Kesan smping ubatan,sama ada moden atau tradisional termasuklah pil perancang,jamu dan antibiotic.
5-Penyakit kronik
-seperti penyakit kencing manis,darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.
Jika masalah haid yang tidak teratur puan ini adalah masalah biasa ketidakstabilan hormone,saya cadangkan puan cuba cara ini:
a-Cara alternative:
1-Pil Evening Primrose Oil 500mg -1000mg setiap hari.
2-Pil Manjakani/Pil kacip Fatimah mengikut dos seperti yang disyorkan pengeluar.
3-Mengamalkan minuman yang mengandungi kacip fatimah/manjakani.
4-Mengamalkan jamu terpilih yang diluluskan kementerian kesihatan.
b-Cara moden:
-Berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan terapi hormon mungkin untuk sekurang-kurangnya 3-6 bulan.
Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut jika masalah ketidak tentuan haid ini berterusan melebihi 6 bulan dan segala ikhtiar puan sebelum ini gagal.
Lelehan kemaluan:
Masalah lelehan yang banyak keluar dari kemaluan selepas hubungan seks bolehlah dianggap sebagai masalah biasa jika lelehan itu berwarna jernih sedikit keputihan,tidak disertai rasa gatal,sakit perut atau sakit kemaluan dan tidak berbau busuk .
Kemungkinan besar lelehan itu hanyalah lebihan campuran antara air mani suami dan air mazi puan semasa hubungan.Jika inilah masalahnya maka ianya hanyalah memerlukan cucian kemaluan yang teratur seperti biasa dan lelehan ini akan berkurangan /kembali normal dalam 2-3 hari.
Sekiranya lelehan ini telah bertukar menjadi putih pekat seperti dadih serta menyebabkan kegatalan ,sakit serta berbau busuk maka puan mungkin telah dijangkiti kulat/bakteria kemaluan.Ianya memerlukan rawatan antikulat atau antibiotik.(Ada diterangkan dalam kes-kes sebelum ini dalam blog ini).
Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Sakit semasa seks.
Soalan:
Saya dah punyai suami,bila berhubungan seks kemaluan saya rasa sakit, jadi apa ubatnya yang boleh di gunakn ?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan puan ini,sebelum itu hendaklah kita cuba selidiki apa punca kesakitan itu ?.Antara punca punca yang mungkin ialah:
1-Kekeringan faraj/kemaluan .
-Ini adalah masalah yang paling biasa di alami oleh wanita jika hubungan seks tidak mengikut aturan yang sepatutnya.Kesakitan yang dialami biasanya semasa dan selepas aktiviti seks.
Secara semulajadi jika seseorang wanita dalam keadaan khairah,sejenis cecair putih likat akan dikeluarkan oleh kelenjar dibahagian dalam kemaluan ,ianya berfungsi sebagai pelinciran yang penting untuk mengelakkan kecederaan kepada rongga kemaluan semasa hubungan seks.
Jika tahap keghairahan adalah tinggi maka banyaklah cecair itu keluar dan begitu juga sebaliknya.Tahap keghairahan sememangnya boleh ditingkatkan dengan melakukan “Foreplay” iaitu tahap pemanasan seks meliputi sentuhan,ciuman dan kata-kata manis.
Tanpa “foreplay” yang sempurna maka seks hanya akan menyakitkan bagi wanita,tiada lagi keindahan dan tiadalah kemuncak seks atau”Klimak”,Perlu difahami,kaum wanita biasanya memerlukan masa “pemanasan” antara 30 min-45 min untuk betul-betul bersedia untuk aktiviti seks yang melibatkan penetrasi/kemasukan kemaluan.
Jika inilah yang puan alami,saya nasihatkan puan berbincang dengan suami dan meminta suami memainkan peranan yang lebih sebagai mana yang puan inginkan semasa “foreplay”,jangan segan untuk meminta dan memberitahu suami apa yang suami patut lakukan,suami pula hendaklah cuba memenuhi permintaan isteri,bila puan rasa benar-benar bersedia maka aktiviti penetrasi kemaluan bolehlah diteruskan.
Jika segala ikhtiar semasa “foreplay” telah dilakukan tetapi puna masih juga mengalami kekeringan faraj,maka puan bolehlah menggunakan cecar pelincir buatan seperti KY-Jelly atau sebarang cecair pelincir berasaskan air yang boleh dibeli di farmasi.
2-Radang dinding kemaluan.
-Akibat aktiviti penetrasi yang berpanjangan,dinding dalam kemaluan melecet dan luka.Kadand-kadang ianya disertakan dengan lelehan kemaluan seperti hingus yang lebih dari biasa.
-Juga boleh diakibatkan oleh masalah jangkitan kulat/keputihan serta penyakit kelamin yang membentuk “ulcer” di dinding dalam kemaluan.
3-Radang Pangkal Rahim.
-Boleh berlaku secara normal selepas aktiviti seks dan akan mengakibatkan kesakitan dibahagian dalam kemaluan semasa seks berikutnya,terutamanya semasa penetrasi dilakukan.
-Biasanya juga akan menyebabkan sakit dibawah bahagian pusat atau bahagian ari-ari yang berlanjutan beberapa hari.
-Boleh juga diakibatkan oleh tanda-tanda awal kanser pangkal rahim(Jarang berlaku),sedikit pendarahan boleh berlaku semasa penetrasi seks.Risiko lebih tinggi jika puan/suami mempunyai ramai pasangan seks atau bertukar-tukar pasangan.
Saya beranggapan bahawa puan hanya mengalami masalah yang kecil yang kemungkinan besar disebabkan oleh kekeringan faraj semasa seks.Ianya boleh diatasi dan boleh dirawat.
Benbincanglah dengan suami dan amalkan pengambilan Pil EPO,Pil manjakani,kacip fatimah atau sebarang minuman untuk wanita .
Puan boleh mengambil Pil.Voltaren 50mg 3 kali sehari berserta pil Buscopan 2 biji 3 kali sehari untuk menghilangkan kesakitan puan itu.Pil-pil ini boleh dibeli di farmasi/klinik berdekatan.
Puan dinasihatkan berjumpa doctor jika masalah puan ini berlarutan untuk memastikan puan tidak mengalami masalah lain.
Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini,terima kasih.
TQ.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Wednesday, April 9, 2008
Cecair putih selepas seks.
Soalan:
Saya sering keluar cecair putih seperti susu…selepas melakukan sex bersama suami.Adakah ianya bahaya kpd saya ?
Jawapan:
(Saya beranggapan bahawa cecair putih itu keluar dari kemaluan puan dan bukannya dari buah dada)
Biasanya jika tidak disertakan rasa kegatalan,sakit atau bau busuk maka ianya tidak bahaya.Kemungkinan besar cecair putih seperti susu yang keluar dari kemaluan selepas hubungan seks itu ialah lebihan air mani suami.
Air mani biasanya berwarna putih pekat atau putih jernih semasa cair dan kekuning semasa kering.
Keadaan ini adalah normal,lebih kurang 20% air mani biasanya akan melimpah keluar bila kemaluan suami ditarik keluar.Ini juga tidak mempengaruhi keberangkalian puan untuk mengandung jika puan ada niat ke arah itu.
Kadang-kadang lebihan air mani juga akan keluar keesokannya tetapi bau yang terhasil akan lebih hanyir dan kuat.Warnanya juga akan menjadi putih pekat.
Jika cecair putih seperti susu yang puan maksudkan keluar dari puting buah dada,maka ianya juga tidak merbahaya tetapi memerlukan pemeriksaan lanjut dari doktor untuk memastikan yang hormon Prolaktin yang berfungsi untuk pengeluaran susu tidak tinggi secara yang bukan semulajadi.Hormon Prolaktin yang tinggi akan mengganggu kesuburan dan peluang untuk kehamilan.
Harap puan berpuas hati.
TQ.
Dr.Mazlan Mat.
Folliculitis/Bartholin's Cyst.
Soalan:
UMUR SAYA 24TH,SAYA DAH KAHWIN 4TH DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA 3 TAHUN,MASALAH SAYA, DI TEPI BIBIR ALAT SULIT SAYA ADA MEMPUNYAI KETUMBUHAN SEBESAR BIJI LIMAU,DULU IA KECIL SAHAJA TETAPI SEMAKIN MEMBESAR,ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN DIRI KITA ?
Jawapan:
Ada dua kemungkinan :
1-Kalau dibahagian luar bibir besar kemaluan iaitu disekitar rerambut kemaluan ianya hanya “biji” yang disebabkan oleh kelenjar peluh dan rerambut yang tersumbat.Ianya dikenali sebagai “Folliculitis”.
2-Kalau dibahagian dalam bibir kecil kemaluan,ianya ialah “Bartholin’s cyst” iaitu penyumbatan kelenjar di bibir bahagian dalam yang berfungsi menghasilkan cecair pelincir semasa hubungan seks,biasanya ia tersumbat oleh sel-sel mati dan cecair pelincir yang terlalu pekat.
Puan jangan risau sebab kedua-duanya,Folliculitis dan Bartholin’s cyst biasanya tidak merbahaya ,bukan kanser tetapi boleh dijangkiti kuman dan bertukar menjadi bisul yang sakit dan bernanah.
Bartholin’s cyst yang terbentuk juga boleh membesar hingga boleh mengganggu pergerakan dan hubungan seks.
Adakah ianya perlukan Rawatan ?
1-Folliculitis;
Memerlukan rawatan antibiotic dalam bentuk krim dan oral.
2-Bartholin’s cyst
-Ianya jika tidak dijangkiti kadang-kadang boleh mengecil dan sembuh dengan sendiri,minumlah lebih air sekurang-kurangnya 2-3L sehari dan amalkan mencuci kemaluan dengan pencuci wanita yang sesuai.
-Jika telah dijangkiti rawatan krim antibiotik dan oral antibiotik adalah wajib.
Elakkan dari memicit ke dua-dua biji/ketumbuhan itu kerana ia hanya akan lebih memudaratkan.Sekiranya ianya telah dijangkiti kuman,puan akan mengalami demam dan kesakitan ,sekitar ketumbuhan akan kemerahan dan membengkak,semasa ini rawatan antibiotic adalah amat penting.
Hanya pembedahan mengeluarkan /melepaskan penyumbatan “Marsupialization” akan dapat memastikan Bartholin's cyst itu hilang sepenuhnya.Perlu diingat di bahagian dalam bibir kecil kemaluan terdapat banyak kelenjar seperti ini dan masalah ini mungkin boleh berulang di kelenjar yang lain pula.Oleh itu langkah pencegahan secara memastikan kemaluan sentiasa bersih dan meminum air secukupnya adalah amat penting.
Berjumpalah doctor untuk rawatan jika :
1-Folliculitis semakin membesar,sakit dan bertukar menjadi bisul.
2-Saiz Bartholin’s cyst telah membesar hingga mengganggu pergerakan dan hubungan seks.
3-Bartholin’s cyst telah dijangkiti dan rawatan antibiotic serta langkah pembedahan diperlukan.
Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.
Terima kasih.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Tuesday, April 8, 2008
"Secondary Amenorrhoea" oleh Penyusuan Badan
Soalan:
SAYA TLH MELAHIRKAN ANAK 1 THN YG LALU DAN MASIH MENYUSU BADAN DI SAMPING SUSU FORMULA..DAN SAYA CUMA DATANG HAID 1 KALI SEPANJANG TEMPOH ITU..APAKAH SBB SAYA TDK DATANG HAID IALAH ANAK MENYUSU BADAN?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan puan ini,secara umum jawapannya ialah ya.Menyusu badan sememangnya boleh menyebabkan ketidakstabilan Haid tetapi ada lagi punca-punca lain yang mungkin iaitu seperti:
1-Stress dan kekurangan rehat secukupnya.
2-Perubahan berat badan secara mendadak.
3-Penggunaan pil perancang semasa penyusuan atau pengaruh ubat-ubatan tradisional.
4-Faktor umur.
5-Kehamilan semasa penyusuan(jarang tetapi ada berlaku) tanpa disedari.
Ketiadaan Haid atau “Amenorrhoea” yang puan alami dikategorikan sebagai “Secondary Amenorrhoea” iaitu ketiadaan Haid disebabkan perkara lain yang berlaku bukannya secara azali/semulajadi.
Menyusu badan secara teratur setiap hari menggalakkan perembesan hormone Prolaktin dari otak/pituatari yang berfungsi merencatkan penghasilan hormone seks perempuan iaitu LH,FSH,Oestrogen dan Progesteron.Ketiadaan atau kekurangan hormone seks ini menyebabkan penebalan rahim/uterus tidak berlaku dan telur/ovum dari kilang telur tidak terhasil.
Tiadanya pengeluaran telur dari Ovari dan tiadanya penebalan uterus/rahim menyebabkan Haid tidak berlaku seperti biasa.Penyusuan badan oleh itu bolehlah juga dianggap sebagai salah satu cara untuk pencegahan kehamilan secara semulajadi.
Masalah puan ini adalah tidak serius dan tidak berkekalan,biasanya Haid akan teratur semula dalam tempuh 3 bulan setelah puan berhenti menyusu badan ,mungkin bila anak berumur 2 tahun nanti.
Sekiranya puan ada merancang untuk mengandung semula dalam masa terdekat ini maka terpaksalah puan berhenti menyusu badan.
Sekian,terima kasih.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Monday, April 7, 2008
Bau Mulut "Halitosis"
Soalan:
Saya ada masalah bau mulut yg kuat.bagaimana utk mengatasinya?
Jawapan:
Bau mulut atau “Halitosis” dalam istilah perubatan sememangnya amat memalukan dan boleh merendahkan keyakinan diri pengidap terutamanya apabila perlu berkomunikasi secara langsung dengan orang ramai.
Sebelum kita memikirkan macam mana untuk mengatasinya marilah kita cuba menyingkap apakah punca “Bau mulut”,secara umumnya bau mulut terhasil melalui dua cara:
1-Gas Sulfida dari penguraian sisa makanan didalam mulut oleh bacteria.
2-Gas dari usus yang disebabkan oleh masalah usus.
Antara punca bau mulut ialah:
1-Dari dalam mulut:(Mewakili majority punca bau mulut).
-Kerosakan gigi.
-Plak gigi.
-Gigi berlapis.
-Pecah /ulcer mulut.
-Kuman di dinding dalam pipi dan di lidah.
-Kekeringan mulut/ air liur.
2-Dari usus.
-Gangguan penghadaman.
-Gangguan pembungan najis.
-Penyakit Gastrik.
-Pemakanan.
Kesihatan Gigi/mulut:
Saya mencadangkan agar anda berjumpa doctor gigi untuk memastikan sama anda bebas dari masalah kerosakan gigi,plak gigi dan gigi berlapis,jika ada terdapat keperluan untuk rawatan ,doctor gigi akan mencadangkan agar sama ada gigi dicabut,ditampal,dicuci atau sebagainya.Keperluan untuk menjalani pemeriksaan gigi ialah sekurang-kurangnya setiap 6 bulan.
Anda juga dinasihatkan selalu berkumur dengan air garam,air rebusan sireh atau bahan antiseptic yang terdapat dikedai/pharmasi selepas selesai memberus gigi atau bila anda rasakan perlu.Ini bertujuan untuk mengurangkan populasi bacteria dalam mulut ,menyembuhkan ulcer mulut dan menanggalkan plak gigi.
Jangan lupa memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari berserta memberus lidah dan bahagian dalam pipi jika boleh.Biasanya majoriti masalah bau mulut akan dapat diatasi sekiranya masalah dalaman mulut dapat diatasi.
Meminum sekurang-kurangnya 2-3 L air:
Amalkan pengambilan air minuman sekurang-kurangnya 2-3L sehari untuk memastikan masalah kekeringan air liur dapat diatasi.Ini juga penting untuk memastikan bahan kumuh dari usus dapat dikeluarkan secara normal melalui air besar ataupun air kencing.
Elakkan makanan/minuman berbau:
Dari segi pemakanan,anda dinasihatkan agar melebihkan pengambilan sayuran atau buah untuk melancarkan penghadaman ,cubalah juga mendapatkan berat yang ideal sekiranya anda menghadapi masalah berat badan.
Elakkan pengambilan makanan/minuman yang boleh menghasilkan bau mulut seperti makanan jeruk,budu,petai,jering,bawang segar atau makanan/minuman berkaffein seperti air kopi,Nescafe,Tea dan minuman bergas,banyakkan meminum air suam atau jus buah-buahan.Gula-gula getah tanpa gula juga boleh membantu secara menggalakkan pengeluaran air liur yang bertindak sebagai antiseptic semulajadi mulut.Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok.
Berjumpa Doktor:
Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah usus atau penghadaman cubalah mendapatkan rawatan yang tepat dari doctor anda,selain itu elakkan pengambilan makanan tinggi protein seperti daging merah atau kekacang.Pastikan bahawa anda membuang air besar sekurang-kurangnya setiap 2 hari.
InsyaAllah sekiranya semua aturan ini dapat diikuti sudah tentu anda akan dapat merasakan perubahan dari segi bau mulut yang lebih baik secara berkekalan.
Semoga anda berpuas hati dengan jawapan ini.Sekian terima kasih.
Dr.Mazlan Mat.
Saturday, April 5, 2008
Kemandulan
Soalan:
-TIADA ANAK
Jawapan:
(Soalan paling pendek tetapi mempunyai jawapan yang panjang lebar)
Selalunya kita akan mengatakan bahawa sesebuah pasangan itu adalah mandul jika mereka tidak ada zuriat.
Apakah itu mandul ?
Seseorang/pasangan itu hanya dikategorikan mandul sekirangan mereka telah berkahwin sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih tidak mendapat zuriat berserta syarat-syarat berikut:
1-Melakukan hubungan seks sekurang-kurang setiap 2-3 hari sekali.
2-Tidak mengamalkan sebarang langkah pencegahan kehamilan.
3-Memastikan air mani suami dipancutkan didalam rongga Vagina/kemaluan.
Sekiranya anda telah melakukan 3 perkara di atas tetapi masih juga gagal mendapatkan zuriat setelah 1 tahun maka anda dikategorikan sebagai mandul.Untuk memastikan apakah punca kemandulan anda itu,anda hendaklah berjumpa doctor untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Antara punca kemandulan termasuklah:
1-Dari isteri
-Ketidak stabilan Hormon
-Kegemukan.
-Salur peranakan rosak,bengkok .
-Kilang telur gagal menghasilkan telur setiap bulan.
-Haid yang tidak teratur.
2-Suami
-Kualiti air mani yang rendah.
-Jumlah air mani yang kurang.
-Kecacatan testes.
-Benih yang lemah,kurang dan cacat.
Di mana hendak mendapatkan rawatan ?
Rawatan hendaklah dilakukan oleh doctor bertauliah seperti di tempat berikut:
1-Klinik kerajaan terpilih/klinik swasta.
2-Klinik sakit puan di Hospital Besar kerajaan/swasta.
3-Klinik LPPKN di Jalan Raja Laut atau cawangannya.
4-Klinik Universiti seperti HUKM,HUSM,PPUM atau Hospital UPM Serdang.
Bagaimana rawatan dilakukan ?
Biasanya doctor akan mengambil/menanya beberapa soalan yang berkisar tentang perkara berikut:
1-Umur dan Sejarah penyakit kronik.
2-Lama tempoh perkahwinan.
3-Kekerapan hubungan
4-Dimana air mani dipancutkan.
5-Posisi pasangan wanita semasa pancutan air mani.
6-Apa yang dilakukan pasangan selepas air mani dipancutkan.
7-Penggunaan pil/ubatan moden atau tradisional jika ada.
8-Latar belakang kerjaya,cara hidup bersosial.
9-Kitaran Haid.
Seterusnya diikuti dengan pemeriksaan badan iaitu:
1-Ukuran asas-tinggi,berat,BMI ,tekanan darah.
2-Pemeriksaan tahap hormone secara pemerhatian seperti pembentukan buah dada,taburan bulu di badan,bentuk badan dan sebagainya.
3-Pemeriksaan abdomen/perut untu mengesan pembengkakan peranakan atau air/angin pasang pada lelaki.
4-Pemeriksaan kemaluan/Vagina –pemeriksaan luaran,kehadiran selaput dara dan sebarang pembengkakan atau keabnormalan.
5-Pemeriksaan Kemaluan lelaki terutamanya testes-kehadiran kedua-duanya dan saiz yang normal.
6-Pemeriksaan organ lain seperti Tiroid di leher.
Antara Ujian yang biasanya dilakukan untuk menentukan punca kemandulan ialah:
1-Ujian darah/air kencing:
Ini dilakukan untuk mengukur tahap hormone seks dalam badan,kencing manis atau kelainan hormone Tiroid.
2-Ujian Ultra sound;
Untuk melihat sebarang pembengkakan organ peranakan dalaman atau sebarang pembengkakan di dalam perut.
3-Ujian x-ray peranakan untuk wanita(HSG):
-Menentukan sama ada peranakan tersumbat ,bengkok atau sebagainya.
4-Ujian Laparoscopi jika perlu:
-pembedahan kecil didalam bilik bedah untuk melihat keadaan dalaman rongga perut.
5-Pemeriksaan kualiti air mani suami
-Menentukan kuantiti air mani,jumlah sperma/benih,bentuk benih dan pergerakan serta jangkahayatnya.
Setelah segala ujian perlu telah dilakukan barulah langkah rawatan yang berkesan boleh diberikan.Antaranya termasuklah:
1-Pemberian Hormon.
2-IVF
3-Permanian berhadas/tabung Uji.
Tidak dinafikan bahawa perubatan secara tradisional/alternative juga boleh membantu pasangan untuk mendapatkan zuriat terutamanya jika semua ujian yang dilakukan seperti di atas didapati normal.
Untuk menambahkan peluang untuk hamil ,anda juga boleh mencuba ubatan-berikut(Berdasarkan pengalaman dan keberkesanan):
1-Pil Folic acid sebiji setiap hari.
2-Pil Manjakani Binari atau Pil Kacip Fatimah seperti yang diarahkan.
3-Pil Spirulina Luxor 5-10 biji setiap hari.
Sepanjang 2001-2007,saya pernah memberikan rawatan untuk beberapa pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat,5 pasangan telah berjaya mendapat anak pertama atau berikutnya dalam tempoh 3 bulan hingga 3 tahun mencuba.
Cara saya ialah:
1-Memastikan pesakit wanita mempunyai kitaran Haid yang normal.
2-Pil Manjakani Binari dan Kacip Fatimah seperti diarahkan.
3-Pil Spirulina 10-15 sehari.
4-Pil kesuburan Clomiphene 100mg setiap hari dari hari ke-5 kitaran Haid hingga hari ke 10 Haid.
5-Memastikan pasangan melakukan hubungan seks tanpa pencegahan kehamilan sekurang-kurangnya setiap 2 hari .
6-Memastikan pihak wanita berada di posisi berbaring semasa air mani dipancutkan suami ke dalam rongga Vagina..
7-Meninggikan punggung dengan bantal dan meluruskan kaki selepas air mani dipancutkan.
8-Isteri hendaklah terus berbaring sekurang-kurangnya 30 min selepas air mani dipancutkan.
9-Isteri dilarang mencuci secara memasukkan pancutan air atau menggunakan pencuci wanita selepas hubungan seks.
10-Mengurut untuk perjalanan darah.
Jika sekiranya anda dan pasangan adalah normal,segala ikhtiar di atas telah dilakukan tetapi masih gagal,maka banyak-banyaklah berdoa,kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH yang menentukan………………
Harap puan/anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Sekian terima kasih.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Ubatan
Soalan:
Boleh Tak kita makan Ubat pharmaton sekali dengan Evening primrose.?
Jawapan:
Sememangnya boleh cuma anda perlu meminum lebih air 2-3 L sehari untuk mengatasi kesan kepanasan Ginseng dalam Pharmaton.Biasanya sebiji Pharmaton dan Sebiji EPO 500 mg atau 1000mg sehari adalah mencukupi untuk kesihatan anda setiap hari.
Terima kasih.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Vaginal Candidiasis
Soalan:
Saya ada keputihan dan ada bau yg tidak menyenangkan jadi bagaimana cara mengatasi masaalah saya ini?
Jawapan:
Secara semula jadi seseorang wanita biasanya akan mengeluarkan cecair likat jernih kekuningan dari kemaluan tetapi didalam jumlah yang sedikit.Cairan ini berfungsi untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati di dalam rongga Vagina,sebagai pelinciran semasa hubungan seks,antiseptic dan pengawalan pembiakan kulat/bacteria di dalam Vagina.
Sekiranya cecair itu bertukar kepada putih ,pekat seperti dadih/susu masam berserta bau hanyir dan kegatalan maka anda mungkin dijangkiti kulat kemaluan atau “Vaginal Candidiasis”.
Rawatan:
Vaginal Candidiasis adalah senang dirawat dan amat berkesan tetapi boleh berulang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.Berjumpalah doktor anda untuk rawatan.Antara rawatannya ialah:
1-Vaginal Suppository-
Ubat seperti peluru ini digunakan secara memasukkannya ke dalam rongga Vagina sebiji setiap malam sebelum tidur untuk tempoh 1-6 hari.
2-Capsul Itraconazol/Sporanox 100mg
Diambil 2 biji setiap hari untuk 1 hingga 3 hari berturut-turut.
3-Capsul Fluconazole 150mg
Sangat berkesan dan mudah diambil,hanya perlu dimakan sebiji sahaja.Kos –RM 15-RM 25 sebiji.
Langkah pencegahan:
1-Mengurangkan berat badan /mendapatkan berat ideal.
-Secara umumnya wanita yang gemuk mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat keputihan.
2-Mengamalkan pengambilan vitamin EPO ataupun pil Manjakani dan Kacip Fatimah.
-Berfungsi sebagai penstabil hormone seks wanita dan antiseptic.
3-Mencuci kemaluan sebelum dan selepas hubungan seks.
-Amat penting untuk mencuci kemaluan kerana air mani mengandungi bahan makanan yang amat sesuai untuk pembiakan kulat.
4-Menggunakan pencuci khas untuk Vagina .
-Elakkan menggunakan sabun mandi untuk tujuan mencuci Vagina.
5-Menjaga kebersihan intim semasa haid.
6-Pengambilan antibiotic hendaklah dielakkan jika boleh.
7-Mengeringkan Vagina secepat mungkin selepas kencing atau mandi.
8-Menggunakan seluar dalam yang bersih dan meresap peluh,ini mengelakkan bau dan cairan daripada mengotori kemaluan.
9-Mencukur/memotong bulu kemaluan sekurang-kurangnya setiap 40 hari atau bila perlu untuk mengelakkan lembapan dan bau.
Jika masalah keputihan anda berulang-ulang walaupun sudah mendapat rawatan ,anda dinasihatkan menjalani ujian darah untuk memastikan bahawa anda tidak mempunyai penyakit Kencing Manis atau penyakit kelamin.
Di harap puan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Terima kasih.
Dr.Mazlan Bin Mat.
Bau Badan/Ketiak
Soalan:
CAM MANE NAK HILANGKN BAU KETIAK KETIKA BERPELUH SELAIN MENGGUNAKN DEODORAN ?
Jawapan:
Bau ketiak/badan ketika berpeluh dipengaruhi oleh beberapa perkara:
1-Berat badan.
2-Jantina
3-Kitaran/ketidak stabilan hormone .
4-Alat kosmetik yang dipakai.
5-Pemakanan.
6-Penjagaan kebersihan badan.
Bau badan/ketiak terhasil apabila peluh yang dikeluarkan bertindak balas dengan bahan kimia dan bacteria/kuman yang ada dikawasan terlibat,ini adalah asas untuk menyelesaikan masalah bau ketiak.
1-Berat badan
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan maka dinasihatkan anda untuk cuba menurunkan berat badan ketahap yang ideal.Umum mengetahui bahawa mereka yang gemuk/berat badan berlebihan akan berpeluh melebihi orang yang lebih kurus.Peluh yang terhasil juga lebih susah meruap pada mereka yang gemuk berbanding mereka yang kurus.
2-Jantina
Secara semulajadinya,kaum lelaki akan menghasilkan peluh yang lebih berbau berbanding kaum wanita atas faktor hormone semulajadi,hormone lelaki biasanya akan merangsangkan pertumbuhan bulu-bulu badan,saiz pori-pori yang lebih besar dan lebih kuat baunya.
3-Kitaran/ketidak stabilan hormone.
Kita dilahirkan mempunyai kedua-dua hormone seks lelaki dan hormone seks wanita tetapi dalam nisbah yang tertentu,lelaki mempunyai kadar hormone seks lelaki yang lebih berbanding kadar hormone seks wanita dan begitulah sebaliknya.Masalah akan timbul sekiranya yang sebaliknya berlaku.
Perempuan yang mempunyai kadar hormone seks wanita yang lebih rendah berbanding hormone seks lelaki secara umumnya akan menghasilkan peluh badan yang lebih kuat baunya berbanding perempuan yang mempunya kadar hormone seks wanita yang normal.
Ciri-ciri lain perempuan yang mempunyai hormone seks lelaki yang lebih tinggi ialah:
a-Saiz badan yang lebih besar/dada lebih bidang.
b-Otot yang lebih besar dan kuat.
c-Tekstur kulit yang lebih kasar,pori-pori lebih besar,kulit lebih berminyak.
d-Bulu badan yang lebih lebat dan kasar.
e-Jerawat yang lebih banyak.
f-Kitaran haid yang terganggu.
4-Kosmetik yang dipakai.
Biasanya wanita manyapu bedak talcum di ketiak/badan setiap hari untuk lebih wangi.Perlu diketahui bedak yang disapu di ketiak boleh menyumbat liang peluh,menghalang pemeruapan peluh dan memerangkap habuk dan kuman.Kombinasi semua ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria yang menghasilkan peluh berbau masam/hangit dan berwarna kekuningan.
5-Pemakanan.
Umum mengetahui bahawa sesetengah bahan makanan/minuman akan menghasilkan bau tertentu.Untuk mengelakkan peluh badan/ketiak berbau ,cuba elakkan pengambilan makanan/minuman berikut:
-Makanan berbau-bawang terutamanya yang dijeruk,petai,jering,budu dan sebagainya.
-Minuman bergas atau berkafeein-Kopi,Nescafe,Tea tertentu.
-Ubatan terutamanya ubatan tradisional seperti jamu tertentu.
-Merokok atau pengambilan minuman keras/beralkohol.
6-Penjagaan kebersihan badan.
Ini adalah faktor yang paling penting,mandi yang cukup dan sempurna boleh mengelakkan pembiakan bacteria/kulat,menghilangkan liang roma yang tersumbat dan menanggalkan sel-sel mati.
Bulu badan/ketiak jika ada hendaklah dicukur/dipotong secara berkala supaya tidak terlalu panjang yang boleh memerangkap peluh/bau dan menjadi tempat pembiakan bacteria yang menghasilkan bau busuk/masam.
Pakaian terutamanya pakaian dalam seboleh-bolehnya hendaklah dari kain kapas yang mudah menyerap peluh,bagi kaum wanita pemakaian anak baju berkain kapas amat membantu untuk mengelakkan bau peluh.
Secara umunya jika anda mempunyai badan/ketiak yang berbau,cubalah langkah perawatan/pencegahan berikut:
-Mendapatkan berat badan ideal.
-Mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum 2-3L air sehari.
-Menjaga kebersihan badan.
-Mengamalkan pengambilan vitamin tertentu seperti EPO,Manjakani,Kacip Fatimah untuk golongan wanita.
-Mengelakkan penggunaan bedak diketiak.
-Berjumpa doctor sekiranya anda mengalami jangkitan kuman/kulat,mengalami ketidakstabilan hormone.
-Menjaga pemakanan,lebihkan sayur dan buah-buahan.
Walau apapun sekiranya anda malas untuk berusaha seperti yang disarankan,maka gunalah pelindung bau seperti Deodoran atau pewangi yang sememangnya lebih murah ,cepat dan berkesan untuk jangkamasa pendek.
Harap cik/puan berpuas hati.Terima kasih.
Dr.Mazlan Mat.
Friday, March 28, 2008
Bisul/Boil
Bisul/Boil
Hari ini saya merawat seorang pesakit berumur 52 tahun,perempuan,tidak mempunyai penyakit lain ,mengadu mempunyai pembengkakan pada pangkal paha kiri yang sudah berlarutan selama 1 minggu,kesakitan dan juga demam berulang-ulang.
Beliau telah mendapatkan rawatan antibiotic pada hari ke-3 tetapi tidak ada perubahan positif.Setelah diperiksa,beliau didapati mengidap jangkitan “kelenjar” pada pangkal paha kiri dan telah pecah mengeluarkan nanah,kulit sekeliling juga telah dijangkiti kuman dan kemerahan sekarang.Kulit bahagian atas bisul itu juga telah mati dan mula tertanggal.
Apakah itu Bisul/Boil ?
Bisul adalah jangkitan kuman kulit yang telah merebak berbentuk pembengkakan berair/nanah didalamnya .Jangkitan kuman ini biasanya disebabkan oleh bacteria S/Aureus iaitu kuman yang biasa di dapati di kulit.
S/Aureus biasanya akan aktif apabila berlaku penyumbatan kelenjar minyak di liang roma kulit.Tanda tanda awal jangkitan kulit ialah pembentukan ruam kemerahan,kegatalan dan rasa pedih .Ruam yang terbentuk boleh bercantum dan membentuk jangkitan yang lebis luas berserta air didalamnya,pada tahap ini terbentuklah Bisul.
Jangkitan Bisul biasanya tidak serius tetapi memerlukan rawatan antibiotic,jika nanah telah terkumpul maka pembedahan kecil adalah perlu untuk mengeluarkan nanah.Tanpa pembuangan nanah,rawatan antibiotic tidak akan berkesan sepenuhnya.
Bisul yang terjadi pada pesakit Kencing Manis hendaklah dirawat secepat dan sebaik mungkin untuk mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Rawatan:
1-Krim antibiotic-biasanya amat berkesan pada peringkat awal jangkitan.
2-Pil antibiotic.
3-Pembedahan kecil/I&D untuk pembuangan nanah.
4-Dressing-penjagaan luka dengan menggunakan antiseptic.
Dengan rawatan yang betul dan tepat serta penjagaan luka yang baik,Bisul biasanya akan mula menunjukkan tanda penyembuhan dalam tempuh 3 hari,jika tidak ada perubahan positif dalam 3 hari maka rawatan yang telah diberikan hendaklah dikaji semula.
Tanpa rawatan,Bisul biasanya akan pecah mengeluarkan nanah,luka yang terbentuk akan beransur-ansur sembuh secara semulajadi tetapi memakan masa yang panjang serta memberikan kesan kesakitan,lebam dan parut yang kekal.
Oleh itu rawatan awal adalah amat penting……………………..
Tuesday, March 25, 2008
Kulat kemaluan/Vaginal Candidiasis
Soalan:
Assalamualaikum Dr.Mazlan,saya seorang surirumah berumur 30 tahun,akhir-akhir ini saya mendapati ada cecair pekat keputihan hanyir yang agak banyak keluar dari kemaluan saya , rasa gatal pada sekeliling kemaluan serta timbulnya ruam pada kemaluan,perkara ini kerap berlaku terutamanya sehari selepas hubungan dengan suami,apakah masalah saya ?
Jawapan:
Waalaikum mussalam,
Pada pendapat saya Puan mungkin mengalami jangkitan kulat kemaluan yang juga dikenali sebagai “Candidiasis”,ianya biasa terjadi terutamanya selepas hubungan seks sekiranya puan terus tertidur tanpa mencuci kemaluan,untuk pengetahuan puan, di dalam rongga kemaluan wanita sememangnya ada “kulat” secara semula jadi,air mani suami yang kaya dengan “makanan” akan digunakan oleh kulat ini untuk membiak.
Cecair keputihan yang keluar biasanya mengandungi bersama kulat yang boleh menjangkiti kulit sekeliling kemaluan,tanda awal jangkitan kulit biasanya kegatalan,kemerahan dan juga ruam berair.
Jangkitan kulat biasanya mudah dirawat dengan beberapa cara,jumpalah doktor puan untuk rawatan:
1-Ubat pil-sama ada dimakan sebiji sekali sahaja atau 2 biji sehari untuk 3 hari.Keberkesanan adalah hampir 100%.
2-Ubat Suppositori-digunakan secara memasukkan kedalam kemaluan,sebiji sehari untuk 3-5 hari,juga amat berkesan.
3-Ubat krim-biasanya untuk bahagian luar kemaluan,disapu 2 kali sehari,juga amat berkesan tetapi hendaklah dugunakan untuk 2 minggu.
Sebagai langkah pencegahan,cucilah kemaluan sebelum dan selepas hubungan,30 minit atau 1 jam selepas hubungan bagi mereka yang ingin mengandung.
Jika masalah puan tidak selesai dengan rawatan di atas,puan disarankan untuk menjalani ujian darah bagi memastikan puan tidak mendapat jangkitan tularan seks.
Sekian,terima kasih.
Monday, March 24, 2008
Terapi Gantian Hormon(HRT)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhir-akhir ini saya mendapati semakin ramai golongan wanita yang mula berjumpa saya samada untuk mendapatkan penjelasan atau untuk rawatan bagi hal-hal yang berkaitan dengan masalah rumah tangga dan isu-isu sulit wanita.
Mungkin kerana malu atau atas prinsip hal dalam “kelambu” tidak sepatutnya dihebahkan kerana hanya membuka aib maka dulunya ramailah golongan wanita yang menderita tanpa rawatan yang betul ,rumah tangga pula terbiar tunggang-langgang,suami “makan luar” dan isteri “main” kayu tiga dan bermacam-macam lagi hal yang tidak elok didengar.
Kini dengan perubahan masa, maka pemikiran wanita moden kini kelihatan lebih terbuka untuk membicarakan isu-isu yang sememangnya amat penting untuk kesihatan wanita dan keharmonian rumah tangga.
Pernah saya mendapat seorang pesakit wanita berumur 38 tahun,sedang menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan berkerjaya,datang untuk mendapatkan rawatan atas desakan suami,beliau mengalami masalah berikut:
1-Badan cepat letih.
2-Kulit kering dan kusam.
3-Hilang berat badan dan bentuk badan tidak lagi menarik.
4-Hilang “nafsu” seks.
5-Payu dara mengecil dan kendur.
6-Sakit kepala dan sukar tidur.
7-Kekeringan Vagina dan Kesakitan semasa seks.
8-Tidak lagi ada kenikmatan dan kepuasan semasa seks.
9-Tidak datang haid untuk 6 bulan.
Dalam kes-kes sebegini biasanya doktor akan cuba mendapatkan penjelasan terperinci secara berasingan daripada suami dan isteri,ini untuk mengelakkan konflik dan untuk menjaga hati masing-masing supaya tidak ada pihak yang “terasa hati” bila kekurangan masing-masing diluahkan.Biasanya pihak doktor akan bertindak secara neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
Sebenarnya masalah seperti yang dialami oleh wanita di atas sudah lama berlaku dan ramai wanita berkahwin yang mengalaminya.Pesakit termuda(berkahwin) yang pernah saya rawati ialah berumur 25 tahun,manakala yang masih bujang berumur 17 tahun.
Setelah pemeriksaan ke atas wanita ini,saya mendapati beliau mengalami tanda-tanda “pre-menoupas” yang mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
1-Keletihan dan stress akibat kerja.
2-Kekurangan Vitamin .
3-Penyusuan anak.
4-Hubungan seks yang semakin jarang-2 kali sahaja sebulan.
5-Tidak ada kepuasan/ “klimaks” semasa hubungan yang telah lama berlarutan.
Setelah segala permasalahan telah terungkai maka kini bolehlah proses rawatan dilakukan,rawatan biasanya memakan masa panjang dan hasil yang positif biasanya boleh dijangkakan setelah 2 minggu menjalani rawatan jika mendapat kerjasama dari semua pihak.
Antara saranan yang diberikan untuk beliau ialah:
1-Mengambil “supplement” vitamin seperti multivitamin,EPO atau manjakani/kacip fatimah.
Evening Primrose Oil
3-Mengurut badan dan Sauna-untuk melancarkan perjalanan darah.
4-Membanyakkan pembacaan terutamanya hal-hal wanita dan hubungan seks.
5-Mengaktifkan semula hal-hal yang dulunya amat “seronok” untuk dilakukan seperti mandi bersama,meraba-raba pasangan dan aktiviti ringan-ringan.
6-Meluangkan lebih masa untuk bersama pasangan.
7-Memperbanyakkan komunikasi antara pasangan .
8-Lebih berfikiran terbuka antara pasangan semasa Seks.
9-Berhenti menyusu badan apabila anak sudah berumur 2 tahun.
Selain itu,antara rawatan yang memang berkesan sekarang ialah terapi gantian hormone atau disebut juga HRT.HRT berfungsi untuk membekalkan semula hormone Oestrogen,pregosteron dan Androgen yang telah berkurangan secara sintetik.
1-Pemeriksaan Buah dada.
2-Pemeriksaan Tekanan Darah.
3-Pemeriksaan Pap Smear
4-Pemeriksaan berat badan.
HRT boleh diambil oleh hampir semua wanita yang mengalami masalah ketidak stabilan hormone seks terutamanya yang berumur dalam lingkungan 35 tahun ke atas, kecuali mereka yang mempunyai perkara berikut:
1-Pembengkakan/Benjolan pada buah dada yang belum disahkan bukan Tumor.
2-Darah Tinggi
3-Penyakit Jantung.
4-Kanser/pembengkakan pada peranakan.
5-Mempunyai keluarga yang mengidap kanser buah dada.
6-Pendarahan haid yang bermasalah.
7-Pesakit yang mempunyai risiko pembekuan darah.
Kesan samping HRT biasanya adalah ringan,antaranya ialah:
1-Kenaikan berat badan pada mereka yang kuat makan.
2-Pigmentasi/kloasma .
3-Mual dan loya-loya.
4-Sakit kepala.
5-Kesakitan pada buah dada.
Perlu diingat,HRT bukanlah penyebab Kanser buah dada ataupun kanser pangkal rahim seperti yang sesetengah wanita sangkakan,kebaikan HRT adalah jauh melimpahi keburukan yang mungkin pengamal HRT akan alami.
Secara umumnya,keberkesanan terapi HRT adalah hampir 100%,jadi jika anda tergolong dalam kumpulan yang mengalami masalah seperti di atas,berjumpalah doktor anda,mungkin ini boleh menyelamatkan rumah-tangga anda.
Terima kasih.
SMS dengan menaip SIHAT <>Soalan/komen anda<> dan hantarkan ke 33886 jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau sebarang komen.